Thursday, December 22, 2011

Friday, December 9, 2011

im confuse

erm.. dont make my life complicated oke..
malas nak fikir malas nak amik tahu malas nak berada dlm keadaan serba salah

mencik le cenggini

Tuesday, December 6, 2011

move on please

saya tak pakai baju yang sizenya sangat besar
saya jugak tidka memakai baju yang muat-muat saja saiznya


saya memilih yang selesa dipakai.


p/s: Bukan kamu yang saya pilih

Saturday, December 3, 2011

Ombak Rindu

3/5 stars..

entah le aku rase sgt muram n suram je citer ni..
ade jugak part2 best..lawak2 sket..time Hariz gelojoh marah2 si Izzah tu kan..

pemandangan sgt cantik di Villa Hariz tu..lebey2 time malam nak matahari terbenam tu

sape ckp Lisa mcm kayu? aku rase dia try too hard tuk jd watak Mila aka Siti jamilah tu..tp nice try..watak Datuk Sufiah x leh sangkal la..

aku rs ramai yg nangis part Izzah kene halau dr Villa dgn Izzah kene tolak ngan Hariz kat umah pak Dollah kot..sebab time tu le budak yg br belajo berkapel sebelah kitorg duk sok sek sok sek nangis. pastu jd x best sebab sore pokwenya duk usik2 dia nangis.

Part len..bese2 je..lagu bolehlah..mendayu2..tp x rs touching n fresh mcm citer SEPI by khabir Bhatia. sib baik ade abe Aaron Aziz yg agak boroi tu kan..

ending pun very the cheap one.patutle Fauziah Ashaari tu bengang..

**kalau Miss pepel tu g tgk i rase dia akan nangis jugak..hahahah

Friday, December 2, 2011

Minggu dan Bulan Disember yang sibuk

sibuk ke?

sibuk ke luar daerah..

today will attend ourwedding ex-maid's daughter in Dungun.

Then rush to Kemaman after that. tomorrow ade wedding our 3rd cousin

petang br blk KT, Ahad lak pg2 insyaallah ke KL for 2 days kursus HRMIS.

Rabu masuk opis meeting pengurusan negeri lak..hohoho mabeles sungguh.

week 16,17 n 18 (kalo jd lah) ramai2 staff PPSPPA turun Kl sign option Sistem Saraan 2012 tu.

then, week krismas tu turun KL lg skali visit my sis+shopping+temankan org tu g jumpe doktor.


p/s: minggu bilenya nak gi mkn sotong goreng celup tepung ni? haish..

Sunday, November 27, 2011

its karma? isn't?

saya seteres n sedikit depress..

tipu..sgt bengang sebenornya.
menunggu tanpa apa2 kepastian sangatlah mendukacitakan

sgt bengang

Thursday, November 24, 2011

Thank You Allah

Kerana aku kuat dan cekal hadapi dugaan hidup
Walaupun adakalanya aku juga pernah tewas
Melawan emosi dan amukan hati

Kerana aku melihat mereka yang tersungkur
Dalam menghadapi musibah dan ujianMu
Menadah tangan aku bersyukur

Kerana hari ini aku belajar
Erti sebuah kehidupan
Yang kadang2 aku abaikan


Alhamdulillah

**semoga kekuatan ini sentiasa bersamaku dengan izin Mu, Ya Allah

Sunday, November 20, 2011

politik di opis

aku dah busan ngan politaik opis ni..

nak cutiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii

Sunday, November 13, 2011

What Say u?


Selalu kalau orang duk tanye apsal le aku idak le berpasangan lagi sementelaah usia pun dah lanjut remaja purba ni kan. Jawapan plg suke aku jawap adelah "x nak ade komitmen, rimas, n x nak emotially attached".

Tapi lain lah kes kat opis aku ni..kalo staff perempuan di suruh join activity mcm2 sebab komitmen ni le yg dijadikan alasan untuk x masuk or join apa2 yg org lain yg 'kanak-kanak ribena' wajib join..pendek kate manusia berkomitmen inilah yg terlepas dan sangat gumbira kelihatannya dapat melepaskan diri dengan alasan bangangread bodoh.
Senang je ye org berkomitmen ni nak lari dr tanggungjawap di opis ye..

anak itu lah inilah..laki x bg lah (oke fine laki x bagi aku accept la..tp betol ke?jgn propa or reka2 cipta cerita tu.Allah maha Mendengar).
dan jangan la plak bile kite2 yg x berkomitmen ni x dapat nak join program demi melaksanakan komitmen kat famili(parents n siblings or even tok nenek) korg duk cucuk2 org lain dengan kata2
"ye ke tak tu? betul ke? rekaan je tu". org x berkomitmen ngan pasangan juga masih ade tanggungjawap berkomitmen dengan family.

so salah ke kalau aku nak ckp manusia2 ni tergolong dlm golongan pentingkan diri sendiri dan sangat busuk hati..yg penting jgn berhasad dengki ye ngan kitorg2 yg single mingle x de komitmen ni(pasanganlah)..jgn dj KOLOT

Saturday, November 12, 2011

Telah sampai waktunya

Tarikh 11.11.11 mungkin ramai yg menoktahkannya sebagai hari bersejarah tuk meraikan sesuatu..tapi tragedi bas lawatan smalam..sangat menyayat hati.
Di mana semua 36 ahli rombongan selamat setelah bas yang dinaiki terbalik, namun akhirnya ade yang maut akibat dirempuh treler lori pasir.
Alfatihah, semoga Allah rahmatkan roh2 mereka yang terlibat. baik cikgu dan juga makcik UMONO yg menolong tapi akhirnya terkorban..sungguh murni hati arwah kan.

Nila telah sampai waktunya, x de terlewat atau terawal atau terlbeih sedetik pun pasti nyawa akan dicabut,mati tu kan pasti..

So beringatlah..yg mana hidup ni..

Thursday, November 10, 2011

When...........

When it is faded away
Nothing more i could hold
Nothing more could i done

When it is faded away
I pray i would not hurt
I pray i might not cry

When it is faded away
It still leave a pain
It still leave a stain

When it is faded away
I am not regret
Yet I am not forget


HAKCIPTA watachiwa azinsa

**lama x menulis poem cenggini..

Tuesday, November 8, 2011

Kenduri Aqiqah Amsyar

penat n sangat2 best..walopun adegan x brape nak best tu ade..
biase lah bile ade unsur2 nak kenenkan sana sini ni..ish..
artis le katakan..
positif thinking je..x kawen sebuk suh kawen kan..


Monday, November 7, 2011

Selamat berkorban..jangan terkorban sudah le



Lakukanlah pengorbanan dengan ikhlas..jangan nak ungkit2..karang hape pun x dapat

Sunday, November 6, 2011

Pengorbananku

Berbaloi ke ni?
nak mengorbankan jiwa dan raga ni..
ya Allah, satu je permintaan hambaMu ini..

Jangan huru hara esok sudah lah..
tabahkanlah hatiku..sabarkanlah amarahku..

Ameen

Saturday, November 5, 2011

berhenti berharap

i have learnt something today.. i will keep it in my mind..forever n ever..

berhentilah berharap dengan manusia2 ini yg bergelar LELAKI..
bunyik mcm pathetic sgt kan..

berharap tu dr segi kepercayaan lah..teringat kate seorang opismate
juga seorang lelaki..

"Lelaki ni cakap berubah2 kejap dia sebelahkan ko, kejap dia backstabbed ko..
dah sah2 la lelaki ni x leh percaya..stop believing them"

tu kate dia..


Selamat menyambut Hari Raya Qorban..

**mode::mari membaca buku

Thursday, November 3, 2011

patah seribu

Walau kau tiada di sini
Ku tetap ingat semua pesanmu
Ku hidup seolah-olah kau masih ada
Bisikan kata kepadaku

Bilakah kau akan utuskan surat buatku
Aku terus menunggu tibanya kata cintamu

oh.. patah seribu hatiku
Bila mengenangkan segala yang kita bina bersama
Haruskah ku lupa kerna engkau telah pergi

Biar pergimu tanpa relamu
Namun hatiku tetap rasa
Kejamnya kau meninggalkanku dengan nota-nota
Cinta buat kita berdua bila kan ku bisa menerima ketiadaanmu
Kan ku bakar semua hapuskan semua kenangan

Patah seribu hatiku
Bila mengenangkan segala yang kita bina bersama
Haruskah ku lupa kerna engkau telah pergi

Sayangku mohon padamu
Segera tinggalkanku
Pergilah kau ke tempat yang kau tuju
Pasti ada hikmah buatmu dan juga buat diriku

Pergilah

Wednesday, November 2, 2011

Suratan Atau Kebetulan

Suratan Atau Kebetulan

Sesuatu yang tak disangka
Seringkali mendatangi kita
Itukah suratan dalam kehidupan
Atau hanya satu kebetulan

Kita asyik membicarakan
Persoalan hidup dan pilihan
Sedang kejujuran semakin berkurang
Masih tiada bertemu jawapan

( korus 1)
Walau kita dihadapkan
Dengan berbagai pilihan
Mengapa sering terjadi
Pilihan tak menepati

( korus 2 )
Hingga amat menakutkan
Menghadapi masa depan
Seolah telah terhapus
Sebuah kehidupan yang kudus

Pertemuan sekali ini
Bagi diriku amat bererti
Tetapi ku bimbang untuk menyatakan
Bimbangkan berulang kesilapan


p/s: confuse tu selalu je melanda diri, org kate bisikan syaitan. tapi x salahkan kita berhati2 dalam membuat keputusan.Masa depan mmg tak dapat diramal. Apa2 yang berlaku kenalah hadapi dengan redha..walopun perit..it's life.what ever comes, be strong..ameen

Saturday, October 29, 2011

cakap2 orang

Assalamualaikum

Kita selalu dapat nasihat free daripada kaunselor tak bertauliah. tak kiralah saudara mara ke..sahabat handai ke.kadang2 nasihat2 free atau cakap2 orang ni ade jugak betolnya. dan ade jugak yang diberi atas dasar ape kita sendiri pun tak pasti bukan.

Kalau cadangan ataupun cakap2 orang ni lebih kepada nak menyusahkan hidup kita, better u think twice before u mak ur own decision. bukan ape, hidup kita, bukankah kita yang menentukan?
Mereka2 ini boleh lah bercakap2 sebanyak mana pun, memberi pandangan dan nasihat sampai kering air liur sekalipun. Namun yang tetap n pasti tuk menghadapinya adalah kita sendiri. mereka hanya mampu melihat dan mungkin di hujung2 cerita menyalahkan kita, andai keputusan itu x memberi benefit ataupun kebaikan.

Berbalik kepada cakap2 orang. Kadang2 rimas jugak. org yang rapat ngan kita, yang kita rasa dah mcm sebahagian hidup kita bagi nasihat yang kita rasa sangat ridiculous. x pastilah ikhlas atau tidak pandangannya, atau pun ade agenda dan muslihat lama yang masih tidak padam2 dalam hati dan ingatan mereka.Kadang2 kena jugak ingat kan..kalau nasihat yang diberi lebeh byk unsur2 cemburu dan perasaan x puas hati, jangan kata orang. kucing pun perasan oke.


kalau asik dengar cakap orang, abis semua mende x leh nak buat, camne nak maju. Sayang x bermakna memiliki, tidak memiliki apa yang kita sayang tak bermakna kita nak hancurkan hidup org yang kita sayang tu kan..kejam namanya.menidakkan kebahagiaan org. takkan kite je nak bahagia, org yg kita sayg x perlu bahagia sebab dia dah patahkan hati kita..XoXo

Wednesday, October 26, 2011

Waktu itu

been accused as too modern by my sista since im wearing a pair of black trousers..not a lady like one (not slack type) but more to casual type.tapi peduli hape kan.nak berlakon2 pakai baju kurung berjubah buat ape. its me.

For the first time lak tu..i chose black bawal tudung (black lagi..mmg gelap masa depan je rase).
parallel to my mood at that time lah. mood tadak, campur nak marah+geram+bengang semua ada.

Tak termasuk episod x bersembang sgt setakat 2-3 ayat je. Tapi puas hati dapat sediakan kueh tradisional Terengganu. harap pueh hati le ye.

segala layanan yang tak berape nak frenly tu harap dimaafkan.

that's all history kan. move forward for a better future. insyaallah

Monday, October 24, 2011

Tentang perancangan cuti Umum Deepavali

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
(eceh skema lak..oke oke oke..)

Korang2 semua buat ape eak cuti Deepavali ni? (Rabu -26/10/11)
Mesti planning baik punye kan..kalo di pantai barat cuti Deepavali ni tengah2 minggu ari bekerja.
Bagi kami di Pantai Timur dan juga di kedah, kire di penghujung2 la,walopun Khamis tu still keje kan.(nasib baik state Trg balik 3.30 petang ari Khamis kan..sudah untung di situ)

Setakat ni perancangannya nak pegi mengutip kulit siput(ceewah) di Pantai Chendering.
Pastu ade lak yg suggestkan tuk buat BBQ skali petang Rabu tu kat tepi pantai.
So tengah menunggu list nama berape ramai yg nak join.nanti leh collect duit n plan nak masak n bawak ape kan..

Tapi semuanya bergantung kepada keadaan cuaca yang tidak menentu ni..kadang2 hujan pagi, kadang hujan petang..kadang2 hujan sepanjang ari..jadi sama2 lah kita berdoa dan berharap cuaca tenang dan sesuai tuk aktiviti kutip kulit siput+BBQ+piknik tu..Ameen..

p/s: arini masa bukak blog, tgk ramai lak wish congrate sebab terpilih as blog pilihan en Ben Ashari..thank Ben..makin gigih lak rasernya nak update blog..cume kekangan waktu je kdg2 jadik masalah..insyaallah ade masa i'll make up sket blog ni...

Saturday, October 22, 2011

Cerita lawak ari semalam

Insiden kat Exit Rantau Panjang..bile driver kalut..
nyaris la pakcik Kastam tu x naik angin ye..
lepas lah beras 2 kampit tu..
mau pecah perut kalo ingat..hanya yg berada dlm kereta Saga TAV je yg tau..hahahah.
aku yg innesen..miahahah

insiden 2 di wakaf che yeh

Mat Apih::Aku gi berak kat Hotel td..
kitorg::Wah..hotel tu..hat mana satu?
Mat Apih::hang kua dr kedai ni..jalan stet je ade Hotel (aku lupe nama daa)
kitorg:: ye ke ni Apih?
Mat Apih::ye la..kene duit Rm5 td
Aku::gile mahal
Hafezal::hang biar betol ni
Mat Apih:: Ye la..aku hulur RM5 td..x tipu
Hafezal::RM 5???
Mat Apih:: Ye..dia bg RM4.50 kat aku

HAHHAHHAHAHAHAH..
lepas la buat meredakan hati2 yg di amuk amarah time tu kan


x termasuk insiden kesesatan cr kereta sebab pening duk tgk org lelong kat pasar Wakaf CHe Yeh tu..

Friday, October 21, 2011

Kisah2 teladan

Jangan buat kalau tak ikhlas
Andai bertarung pasti tewas

Esok hari hujung minggu
Masa bergembira dan berlagu
Usah termenung menongkat dagu
Pasti nanti ade yang tertunggu-tunggu


Kelantan, see u another 8 hours

Wednesday, October 19, 2011

Hari ini dan kisah di tempat kerja

Tidurku semalam tidak berapa lena kerana apa aku sendiri tidak mengerti.
Kusangka panas tengahari tapi mendung jugek sebab hujan dari pagi.
Ku mengerti siapa manusia baik budi siapa jenis busuk hati.
Ku nekad siapkan keje hal lain ku tak ingin peduli.


Hari ini mungkin hidupmu menongkat langit
Esok Lusa tak pasti siapa tersepit
Kerana setiap dosa yang terpalit
Pasti ada balasan yang telah dicatit


p/s: Allah tu Maha mengetahui dan Maha Berkuasa. Alhamdulillah, aku mengenal erti 'kawan' versi orang Terengganu part sinun.

Monday, October 17, 2011

Kisah 17 oktober 2011

Since arini sgt hectic dengan aktiviti berjimba2 buang masa keluar masuk opis .pg2 dah terkejar nak gi beli itu ini..dan akhirnya terkocoh2 dengan preparation state meeting..
termasuk TRAGEDI di depan pintu pagar MuZie
sangat tragis membawa kami sampai ke sekitar airport Sultan Mahmud sinun..tetttt.

as committee, aku rase sgt stressed dengan malaun2 staff atasan yg memerintah org dan mengarah2 dengan penggunaan word SEKARANG hello makcik,aku br nak amik napas dah ko dtg bwk muke kemek x psl2 la kan..tutup citer lah psl yg best ni.

actually sebelum TRAGEDI tu berlaku, (cerita aku dah tunggang langgang ni).NazRi ade bisik2 ajak gi somewhere Jumaat ni..
kunon2 aku ckp nak amik tempoh bertenang dulu nak fikir..padahal dah bitau mak dah td..mak x de ckp x leh gi pun(maknanya boleh la kan?)..tambah2 lak mak ckp "Beli beras siam hat 10kg tu skali.." x termasuk pesanan along suh beli selimut hat soploh hengget katenya..
maknanya confirm leh gi kan..kan kan..

aku x menjeleskan adik aku lg nak bitau aku nak gi jenjalan kalo x de aral melintang nanti..
lamenya x gi jenjalan ngan geng2 single mingle ni..last buek keje mcm ni bulan puasa, tp setakat gi bukak puasa skali n lepak2 kat org lelong2 brg2 raya je lah kan.

**teringat kata2 seorang teman ::Kalau dah kawen , suami mesti nak suh kite bancuhkan air untuk dia.-setelah dia dgr aku jawap"kalo dia nak air, buat sendiri..or just bancuh 3 in 1 je"
motif??? suke ati aku la dah life aku..

Friday, October 7, 2011

Cerita hari ini


menurut Kak Yong, dia jumpe Siti Puteri Hakimi(suke ati kan bg nama kat kuceng org tu) dlm longkang kat tepi umah ni hah..so dia ajak masuk. dan tanpa segan silu SPH ni masuk sampai ke dapur. x lama lepas tu mintak diri ke toilet..dia gi kencing oke..sgt beradab uols..

n kak yong telah di brainwash oleh makngahnya yg garang.sebab kurung dlm sangkar.
ptg tadi SPH ni dah blk umah dia kot..sesat kot..tp alhamdulillah dia kenyang.


**inilah antara tetamu yg dtg umah arini

Thursday, October 6, 2011

lite n ez

Dalam kehidupan kita seharian terlalu banyak perkara dan peristiwa yang kita tempuh. Baik yang kita suka dan yang kita benci.Mahu atau tidak kita tetap kena menghadapinya. Bukan seperti dalam cerita2 dongeng di TV yg boleh kita forwardkan(kalau kita rakamlah) kalau kita tak gemar sesuatu tu.

Bukanlah senang kalau namanya kehidupan. Dan bukanlah susah namanya dugaan hidup andai kita kuat dan tabah menghadapinya. Memang senang kita menulis dan bercakap-cakap macam kaunselor/pakar motivasi yg selalu kita jumpa. Nak melaluinya tu sedikit perit. Mana ada kehidupan yang sangat senang dan tidak ditimpa masalah. Pokok pangkalnya hati kita.

Andai kita menafsirkan hidup kita ni susah dan serabut.maka stress lah kita dengan kehidupan seharian kita.

Orang Yang Gagal Adalah orang Yang tidak pandai menguruskan masalah. Hanya Manusia yang mampu menguruskan masalah sahaja boleh berjaya.

Saturday, October 1, 2011

TrAGedik petang Sabtu

bukan tragedi dah..jd tragediks terus..
Since arini br ade ruang dan masa serta khudrat tuk keluar membeli brg2 keperluan..
So walopun hujan turun mencurah2, tetap gigih dan telah memaksarela the one n only niece tuk ikut together. tu pun setelah dijanjikan habuannya MEKDI.

Walopun ade tetamu dtg kat umah..my cousin n her daughter, my makciks2 n penjual merangkap kawan rapat our mum. mcm janji2 lak..dtg skali kan..tapi hajat nak kuar tu tetap diteruskan sebab dah set dlm kepala kan..time mood tgh ade ni..mmg lah. lagipun diorg dtg nak tgk AMsyar kan..bukan tgk Mak Ngah Amsyar pun
Entah ape lah yang x kena, mebi ade lah tu khilaf kat mana2 kan..tadi sesi memperabiskan duit di AVon Boutique..beli itu ini abislah RM100++..nak pegi Cosway tertinggal kad n kupon kat umah lg 1 la plak(so careless me)..so nak ke Hong leong Bank actually..tp dek sebab jalan jem( x tau apsal) n hujan yg sangat lebat. ditambah2 lak ngan bebelan penumpang umo 7 tahun kat sebelah tadi..so Mak Ngahnya telah memutuskan untuk terus pegi ke DRive Tru Mekdi..

hokkay..disebabkan tempat nya sgt strategik..berhadapan dgn pasaraya Giant..saspek ade jualan murah kot sebab semua kete berpusu2 masuk ke Giant sampai jem org parking di luar pagar. n nama je drive tru..sgt lembab oke..slow gile..order 10 minit br dpt ape yg di order..

lega lah sebab dah dpt nak melepasi kawasan jem..tetibe penumpang sebelah bersuara:
"kenapa air Ribena ni x kale pepel?"
tgh2 jalan jem nak menyelit nak elak kete yg ntah pape..aku belek2 air ribena kunonnya tu..
ku bukak penutupnya erm..aku silap tgk ke ape..(since pakai lens kaler violet)..
"Meh Mak Ngah test dulu rase dia"
konpem..air Sprite..tensen aku...seyes
"kakak tu silap bg..x pe la, Kak Yong minum je la air tu"
"Kak Yong x minum air x de kaler tu..tadikan kite order Ribena.."start berdrama dah anak sedara aku ni..siap buat2 muke..

oke sebagai Mak sedara yg sgt prihatin, aku pun try la cr jalan nak u-turn tgh2 jem tu..dan alhamdulillah manage to u turn n masuk area mekdi nak cr parking space..
oke kem salam sudah..x de oke..so, last choice aku masuk blk lane drive tru tu n wait for another 10 minutes..

sampai kat box order tu Mak Ngah dah naik angin;
"saya x nak beli/order saya nak tukar air"
"oke kak..teruskan pemanduan"
sampai kat kaunter bg makanan tu satu hal plak aku nak terangkan..jenuh oke..
aku rase aku ckp same language dah..x tau la mebi bile time marah tu speed aku ckp tu agak laju.. setelah 2-3 minit aku duk explain br lah budak tu paham..(thats why she work there..)

then my niece muke dah bercahaya ala2 taman I-city dah dpt Ribena..n best part sepanjang jalan tu ade byk trafic lite yg x function n ade lah abe2 polis trafik ni jaga kan..penat telinga dengan the one n only niece duk bebel2 komen psl polis n lastly dia tanya:
"kite x pegi bank pon?"

aku malas dah nak jwp..
n the worst part was brg yg dibeli di Butik Avon tu silap saiz. mmg pekak budak tu gamaknya..
or im the one yg tersangat careless x check semua brg yg dibeli td?oke..aku dah start tensen..

mencik!!!!!!!!!!!!!

Friday, September 30, 2011

Someone Like You

Adele - someone like you

I heard, that your settled down.
That you, found a girl and your married now.
I heard that your dreams came true.
Guess she gave you things, I didn't give to you.

Old friend, why are you so shy?
It ain't like you to hold back or hide from the lie.

I hate to turn up out of the blue uninvited.
But I couldn't stay away, I couldn't fight it.
I'd hoped you'd see my face & that you'd be reminded,
That for me, it isn't over.

Nevermind, I'll find someone like you.
I wish nothing but the best, for you too.
Don't forget me, I beg, I remember you said:-
"Sometimes it lasts in love but sometimes it hurts instead"
Sometimes it lasts in love but sometimes it hurts instead, yeah.

You'd know, how the time flies.
Only yesterday, was the time of our lives.
We were born and raised in a summery haze.
Bound by the surprise of our glory days.

I hate to turn up out of the blue uninvited,
But I couldn't stay away, I couldn't fight it.
I'd hoped you'd see my face & that you'd be reminded,
That for me, it isn't over yet.

Nevermind, I'll find someone like you.
I wish nothing but the best for you too.
Don't forget me, I beg, I remember you said:-
"Sometimes it lasts in love but sometimes it hurts instead", yay.

Nothing compares, no worries or cares.
Regret's and mistakes they're memories made.
Who would have known how bittersweet this would taste?

Nevermind, I'll find someone like you.
I wish nothing but the best for you too.
Don't forget me, I beg, I remembered you said:-
"Sometimes it lasts in love but sometimes it hurts instead"

Nevermind, I'll find someone like you.
I wish nothing but the best for you too.
Don't forget me, I beg, I remembered you said:-
"Sometimes it lasts in love but sometimes it hurts instead"
Sometimes it lasts in love but sometimes it hurts instead, yay yeh yeah


~Tetibe je terjumpe lagu ni(boleh gitu..) i start searching n dowload memane yg patut lagu Adele ni..

Thursday, September 29, 2011

Tragedi September

Terlalu byk peristiwa yg berlaku dlm bulan September 2011 ni..
starting from celebrating Eidulfitri..
welcoming newborn nephew sampailah some personal
things which byk yg sedey2 je yg melanda.

tak termasuk kes2 tempat keje.

tapi x pelah semoga september 2011 ini cepat berlalu membawa awan hitam kelabu dan bawak awan pink(ade kew?) yg comey secomel biri2 pink dlm citer 10th kingdom tu..wakakak(byk pengaruh Tv la plak)

cant wait for Oktober lak..semoga yang indah2 belaka yg dpt cover sadness bulan September ni

Tuesday, September 27, 2011

Bagaimana Hati Yang kecil Mampu menampung banyak perasaan??

Kadang2 tu perasaan boleh berubah fasa dlm sekelip mata..
geram bertukar marah..marah bertukar sedih.

Betapa agung dan Maha berkuasanya Allah. memberi kita nikmat mempunyai sekeping hati...



-->Hati bengkak tidak kenampakan, bengkak mata kerna menangis jelas pulak nampaknya kan..Kantoi di situ

Friday, September 23, 2011

Kisah bermula di tepi pantai


Perancangan asalnya lepas makan2 menu di atas tu nak le lepak umah member tuk maghrib n lepas tu sambung jenjalan gi expo kat Syah bandar..tp disebabkan tgn gatal nak belek SMS..

"Jangan Balik Lewat. Mak x larat nak masak ptg ni..ramai org dtg td tgk Amsyar td."

Jangan kate putus selera..abis planning pun berubah. terpaksa mengecewakan kawan2 yg lain sebab kesian kat mak. Ade ke anak yg pentingkan diri sendiri?bawak kete pun x leh dah..sebab rase bersalah lak tinggal mak kat umah ngan along n anak beranak layan tetamu..yelah td masa turun kul 5.15 x de org pun dtg umah.

sampai umah tgk kete mak x de pun..terdetik dah dlm ati..mls nak bising2..
elok je msk dlm umah.

"nanti masak sambal ikan bilis tuk nasik lemak esok tu"

anak durhaka jawap,

"esok boleh..bukan x sempat..td br nak kuar ngan member blk bwk kete mcm ape je ingat semua org duk lapar x mkn x de org nak msk..rupenya msk tuk esok!!"

oke..bukan nak ckp aku marah..tp bahaya ye..sebab aku bwk kete laju td..baca msg mak td dah maghrib..duk fikir budak2 nak mkn kat umah..sampai umah camtu lak citernya..
konklusinya sms ptg tuk masak esok ye..

Wednesday, September 21, 2011

slow down

nearly 1 week x update blog..main game kat fesbuk pun dah kurg.
perasaan nak jimba2 sana sini pun makin lama makin kurang dan hampir tadak dah.

nak update blog pun fikir 10 kali since selalunya update blog psl ape yg dibuat ape yg dialami n more to cerita ceritut bout myself.

im gonna think to write bout anything else la pasnih..cukup2 la korg bc psl my life..muak nanti..plus buat ape lah nak diceritakan kat org kan. no need pun.

so fesbuk pun jrg dah sket meng'express' my feeling..unless x tahan sgt dah..karang duk tulis perasaan marah n bengang ade lak kate aku buat dose ngutuk org..oke fine..stop it. kalo x suke baca just hide my status or plg afdal just delete me from list.

ckp psl fesbuk ni..tgh cr masa nak reduce fren list kat FB.yg mana masuk dlm list ntah or x kenal akan di buang la.


notatulisantanganku::i need to back to old version of my way in expressing my feeling, releasing my tension. get back to my diary..i mean written one lah..so esok nak gi cr diari yg dah stop tulis bulan 3 aritu..hahaha

Monday, September 12, 2011

Mana mau lari??!!

Siapa yang tak ditimpa masalah dan dugaan hidup atas muka bumi ni?
Tipu bebenor ler kalau kate hidupnya manjang je happy dan best2 aje..

Setiap orang ade cara mereka tersendiri bagi menyelesaikan masalahmasing2. paling tidak mereka cube bermacam2 perkara bagi mengalih tumpuan mereka daripada terlalu memikirkan masalah itu.

As my nephew. kalau dia kene marah or stress kene sakat(makngah dia lah kaki menyakatnya) laju ajer dia capai pensel warna dan kertas dan terus melukis objek2 kegemarannya seperti Angry Bird, Doraemon Transformer dan lain2 watak kartun. Its good for him actually.

itu cara budak kecik umo 5 thn nak elak dr memikir dia kene marah. bagi kite yang dewasa dan remaja purba ni selalu je buat perkara2 yang tak berfaedah dan kadang2 sgt childish. ade yg manusia jenis pegi hisap dadah le..mabuk2 le(nauzubillah la kiter terlibat kan).
ade jugak manusia2 yg dia x nak fikir masalah dia tu tapi dia cube nak lari dari masalah tu.

Yang paling top dlm perancangan aku dulu zaman2 byk masalah adalah LARI PI DUK OVERSEA..hahaha mcm byk duit oke..siap pakat2 ngan geng2 ketat. nak gi Aussie la Jepun la..jd tukang basuh pinggan pun dakpe kunon lah..jd cleaner ke..(mcm sanggup kan).time2 zaman kegelapan(byk sgt masalah) tu lah mikir ngarut2. tu x termasuk ngan pakwe duk ajak kawen byk2 kali..penat mintak putus..x jalan gak.mulalah buat keputusan blk duk menganggur kat kg.(ade jugak mcm tu yek)

Sebenarnya masalah tu x selesai pun. buat ape nak lari. nak tukar keje. nak elakkan dr keadaan bermasalah tu. jalan plg mudah walopun perit adalah selesaikan masalah tu. kalau x dpt setel 100% cube lah cr jalan, at least 50% setel, yg plg penting adalah move on. bukak buku baru dan tak yah pandang2 belakang lg.

no regret oke. masa silam adalah sesuatu yang berharga untuk dijadikan ikhtibar dan sejarah dalam mencorakkan masa depan kita agar kite lebih berhati2 dan tidak mengulangi kesilapan yang sama, sejarah bukan untuk ditangisi oke.

notakukukaki::arini plg best..melepak kat pusat srevis kete sampai 4 jam..

Wednesday, September 7, 2011

Edisi Flash back

Jangan ditanya aktiviti raya sebab malas bebenor nak citer. Nanti x pasal2 org meluat kan..so just nak kongsi persoalan manusia2 sekeliling yang 'unik' dan 'pelik'

FB1
----
Zakat Fitrah.
Since my late dad meninggal thn 1997..so 1998 my late Tokki byrkan tuk kami 4 beradik ni.but unfortunately 1999 tu my Tokki dah x de..so kami strat byr sendiri lah..(at the beginning my mum byrkan).Lebey kurg dlm thn 2003 ke 2004 dah start byr sendiri n selalunya byr kat Jusco Wangsa Maju n i choose to pay rate yg plg mahal la.Sebab mmg mak selalu pesan, time makan sedap tu x ingat pon org susah kan..so byr plg mahal.
Tapi br2 ni before raya time kecoh2 aku sorg je x byr lg dlm famili ade la sorg hamba allah ni.Tanye Mak Ngah bile n kat mana nak gi byr..siap suh gi byr kat mesjid..paksa2 lak tu..siap ckp "buat ape byr yg plg mahal..byr yg RM5 sudah lah"
terdiam jap aku.bukan ape.aku x tau la mentaliti dia ape kan..
setiap kali ade org ckp psl zakat fitrah ni, dia dah jd mcm pegawai promosi terlatih lak..duk sbeuk suh byr RM5 je jgn lebey2 bazir katenya.
erm..aku end up byr rate ikut nasihat mak aku le kan. heran dgn perangai org2 yang hidup senang tp sgt berkira ni.

FB2
----
Puasa ganti Ramadhan /puasa sunat syawal
~ni pon ade kes ade org ajar aku suh aku niat puasa ganti skali niat puasa sunat syawal.2 in 1 katenya byk pahala.aku mula2 mls nk jwp..dah le puasa kan. tp aku cube lah kongsikan dengan org tu ape yg ustazah aku ajar masa aku sekolah dulu.
Sekolah biase2 je..SMKA Sheikh Abdul Malek. teringat UStazah Rokiah ade bg bandingan dan suruh kami fikir sendiri.masa tu kami form 1.
kate ustazah..ade ke kite solat fardhu tu kite niat solat sunat skali dgn harapan dpt le pahala solat sunat?nak niat 2 in 1 la lebey kurg.so it's same apply to fasting lor. puasa n solat tu rukun Islam..yg wajib x leh buat main2. suke hati nak niat sekali..sebab byk khilaf ulama' psl hal puasa ganti n puasa sunat syawal ni.
kite kalo hutang mestilah wajib byr dulu..kenapa lak nak hegeh buat yg sunat.
kalau mcm tu x yah la solat maghrib/subuh/zuhur..buat solat sunat je dulu.kan dah silap konsepnya tu.

FB3
----
Qadha' puasa/bayar fidyah
~puasa kalau tak sempat ganti tahun berikutnya sebelum dtgnya Ramadhan WAJIB byr FIDHYAH DAN GANTI PUASA bukan ko gi byr je fidhyah pastu puasa ko x ganti..adoila..
kalo tahun kedua masih x ganti lg, bayarah fodhyah berganda..puasa menten je bilangan hari kite tinggal tu..dah beranak pinak, x tau ko x tanya..buat pandai2 je..ni le kate BODOH SOMBONG..org plg rugi atas dunia


FB4
---
Akhirnya satu hubungan
~duk pot pet sana pot pet sini..nak clash ke nak break up ke lantak ko la..
pening dah aku ni.move on la


notakukukakiku::duk list brg nak beli tuk jamuan minum teh cicah biskut raya Jumaat ni

Monday, August 29, 2011

Salam E'idul Fitri

Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua teman-teman dan sanak saudara.
Maaf zahir Batin.


notakukukaki::byk sgt mende yg terjadi arini.

Saturday, August 27, 2011

RaYa NyEr PaSaL



So..

Bershopping brg2 i ngan 2 org jejaka..konpem pening budak berdua tu tgk akak yg sorg ni shopping..N'way thanx ye sebab menemankan akak mu ini dengan menjadi drebar dan jugak menadah telinga dgr akak membebel2 dlm kete td.

sesambil duk layan hujan lebat menunggu keropok nombor td

Friday, August 26, 2011

Kisah semalam

Since semalam ari Khamis, we all penjawat awam di Terengganu waktu tamat bekerja adalah jam 3 petang. Dengan workload yang sangat menstresskan diri,tak termasuk staf2 yang kerasukan'setan' terlepas di bulan Ramadhan ni. memang x yah cakap. rasernya kul 3 tu dah nak duk terpacak kat depan Thumbprint mesin tu. tapi nak jugak kene setelkan keje.pegi memanggil mana2 yang patut sebab starting on 28th(Ahad) ramai yang dah start bercuti raya especially bahagian pentadbiran.

So lebey kurang pukul 3.20 mcm tu br leh masuk kete. tu pun stuck kat depan opis yang mmg terkenal dgn kesesakan melampau time peak hour.ujung2 Ramadhan ni lagi lah, ddah ramai perantau berpusu-pusu balik kampung dan terkedik2 nak memenuhkan jalan. believe it or not.pukul 3.45 br sampai ke tempat nak dituju.

Destinasi pertama
------------------
X ramai orang lagi. sebab masih awal. my aimed nak beli kasut n henbeg sajork. so sgt frust sebab ade je henbeg branded2. tp not my taste.so setelah hampir setengah jam kat situ. kitorg beredar n hantar one of our opismate blk opis.mas ani lah terserempak ngan Miss Pepel Anak Jati Segamat ni kat depan MAsjid Putih

Destinasi kedua
---------------
Jalan sgt jem n manage to get there n alhamdulillah ade parking. beg2nya oke sket dr destinasi pertama tadi.tapi still x puas ati.

Destinasi ketiga(bukan tempat shopping)
--------------------------------------
sampai je kene tegur ngan guard sebab park kat tempat x sepatutnya..bohong je.
tapi x sempat naik sebab orang tu dah discharged.

Destinasi keempat
----------------
Ke Giant tuk solat n cr tempat nak bukak puasa. semua fullhouse. OMG.

Destinasi kelima
-----------------
Pantai Batu Buruk.berbuka kat pantai? owh tidak..we all masuk A&W. x de org meja dlm 4-5 je full. then elok je 5 min nak bukak puasa tu pack gile. kat kaunter pun kelamkelibut.risau kalau terserempak dengan opismate yg lain. wakaka kang ade lak yg merajuk kan.

Destinasi keenam
----------------
balik semula ke Giant. Solat n terus ke destinasi seterusnya

Destinasis ketujuh
------------------
Terengganu Trade Center- org tu nak cari baju Melayu tuk baju raya dia. n Baju Kurung tuk mak dia. Akak inilah yg tolong pilihkan.oke yg dia dah complete tuk baju2 tu..yang akak dia ni..kasut x dapat,henbeg x dapat. alih2 beli selendang 2 helai.camne nih..
Part paling kelakar elok2 je nak kuar dr Hall B tu adik aku sorg ni dah gelabah. dia ckp jgn kuar lg pi jen jalan dulu sebab ade budak opis caw lain duk depan exit tu. tunggu wife dia kot.so kitorg round2 la sekali lg cepat2 keluar.(tu bg mengelakkan sesi gossip je).
So masuk Giant blk beli brg2 buat kueh n kuar2 je ujan lebat.jam dah kul 10.30malam.
Hantar org tu blk umah n i arrived at home around 11.15. Hujan lebat sgt.bawak kete slow gile.

notakukukakiku::brg2 x beli lagi
~henbeg
~kasut
~brooch
~angpow
~lens
~byk lg tp x ingat dah..

Monday, August 22, 2011

edisi cuak

arini penuh dengan kecuakan.

Dengan 1st time ngadap Pengarah baru..sesi perkenalan..
tgh2 berkenalan tergerak hati nak check SMS. tiba2 cuak lagi..
Ada SMS from my mum psl my Along yg warded sebab blood pressure naik.

actually pagi td dia dah merungut bile anak2nya yg bertuah 2 orang tu x bangkit2 tido lagi walopun jam dah 6.30am. selalu 6.30 diorg dah siap berbaju uniform sekolah n ngadap tv. sorg2 buat perangai..yg akak nya dgn songehnya yang adik dgn perangainya.
sampailah Along ckp
"dah la arini checkp up pregnancy..harus darah aku naik ni melayan karenah 2 org ni"

kan dah masin mulut Along aku tu.

so dalam cuak2 dpt boss baru, tukar itulah tukar inilah.x menang tgn aku call sana sini ty psl Along aku.ditambah2 dgn ade kawan sorg ni ..aku pun cuak gak ngan mamat ni.hahahaha. lantaklah labu bukan depan mata pun.jauh kan..asal x kacau n ganggu gugat hidup aku sudah.

dah petang cuak pulak bile ade yg call nak beramah mesra lak..hohohoh bahaya oke.tepis siap2.

notakukaki::cuak gak ni..henbeg raya, kasut raya,adiah tuan haji pon x beli lg..bile nak gi beli ni

Saturday, August 20, 2011

Amalan di Bulan Puasa Bagi Wanita yang Di Datangi Haid

Kredit to http://penyuluh.blogspot.com

Amalan Ketika Haid di Bulan Puasa
SOALAN:

Assalamualaikum ustazah,

Selamat menjalani ibadah puasa dan ibadah lain sepanjang bulan ramadan.
Saya ingin bertanya kepada ustazah tentang amalan bagi wanita yang kedatangan haid. Apakah amalan yang dapat dilakukan pada bulan mulia ini agar tidak ketinggalan meraih barakah dan rahmah dari Allah.
Mohon ustazah menjelaskannya.
Terima kasih.


JAWAPAN:

Wa'alaikumus-salam wr.wb.

Wanita haid hanya dilarang solat, puasa, tilawah al-Qurandan menyentuhnya, iktikaf dan bersetubuh dengan suami.
Selain itu tidak dilarang.
Jadi dari segi ibadah khusus mereka boleh berzikir, beristighfar, berselawat dan seumpamanya. Selain itu terdapat banyak ruang-ruang kebajikan yang boleh dilakukan seperti bersedekah, ziarah orang sakit, berdakwah, hubung silatul rahim, tulung orang susah dan lain-lain. Paling baik sekali ialah sediakan makanan untuk orang berbuka puasa, pahalanya adalah sama dengan orang berpuasa. Bayangkan haid 7 hari, setiap hari sediakan untuk 3 org berbuka, maka anda dapat pahala puasa 21 hari. Untung tak? Perlu diingat, makanan yg disediakan adalah sekurang2nya sebiji kurma dan sekelas airpun sudah memadai.
AllahuA'lam.

~Teringat di zaman persekolahan di SMKA Sheikh Abdul Malek, Jalan Budiman, KTrg. Menurut Ustaz (aku x ingat nama dia). Ceramah pada masa itu khas untuk pelajar perempuan yang makzurah.Golongan wanita yang didatangi hadi ni boleh amalkan membaca bacaan tahiyat akhir di hujung bacaan yakni

'kamaa sholaita ‘ala saidina Ibrahiim wa ‘ala aalihi saidina Ibrahiim, wa baarik ‘ala saidina Muhammad wa ‘ala aalihi saidina Muhammad, kamaa baarakta ‘ala saidina Ibrahiim wa ‘ala aalihi saidina Ibrahiim, fil alamina innaka hamiidum majiid.”


ada juga beberapa bacaan zikir dan tasbih yang lain, namun x dapat recall buat masa ini. so jangan rase sedih x dapat nak teraweh, nak solat hajat di bulan Ramadhan. lebih2 lagi di penghujungnya ni. Kerana kita tak de pilihan rite.Redha je.

dan juga bacaan

Alhamdulillah for everything

Merujuk my entry beberapa minggu lepas.
Azam Ramadhan 1432
3 daripadanya dah tercapai. yakni azam no 1(tadarus),2(potong rambut) dan 4(bukak puasa). Azam no 5 insyaallah akan dilaksanakan semampu mungkin. Azam no 3 tu suppose smalam tp keadaan kesihatan tak mengizinkan.arini pun stil selsema tapi x seteruk smalam.

Dalam seminggu ni telinga ni banyak terima berita gembira. Syukran jazilan ya Allah.
~Bermula dengan cuti tidak dibekukan tuk staff admin(tapi aku x amik cuti pun..just cuti PH tu je).
~Then dengan bonus setengah bulan yang diberi oleh Kerajaan(x byk pun dapat..tp at least ade dr x de kan).
~Duit raya pun da tukar(alhamdulillah dipermudahkan urusan).
~My sis pun dah tahu result amik dentistry kat UM
~n yesterday my sista dah announce kate kitorg bakal dpt nephew middle September ni..
~Raya ke-3 bakal ke Kelantan (which part kurang pasti sebab Majlis sambut menantu my cousin).
jadiknya sangat teruja nak ke Kelantan walopun dah tahu confirm jalam jem teruk time tu.raser mcm dah lama gila x pegi kelantan.kalau setakat merentasi kelantan tu ade la masa thn 2008.tapi pegi jenjalan n shopping2 was on 1999. thn ni dah 2011.nearly12 years.masa pegi tu zaman iols muda remaja zaman matriks.nak best lagi masa pegi Rantau Panjang tu leh terserempak ngan geng2 senior coursemate kat MCIIUM.teringat lg geng2 abg senior tu bantai gelak kat aku yg duk kendong patung pooh. mula2 diorg tgk aku muke diorg confuse sebab yg dtg rombongan diorg tu semua senior. junior x ajak pun.alih2 tgk aku duk ke hulu ke hilir masuk kedai. sampai ade kakak tu siap tegur aku. dia ingat aku naik bas skali ngan dia. Lupekan kenangan lama tu. yang penting cant wait nak gi Kelantan on 3rd day raya.

Berbalik pada Azam Ramadhan aku yang no 2. br je 2 jam lepas pegi salon gunting rambut. x leh lupa lak bile kakak salon tu duk tanye dekat 5 kali x menyesal ke dtg potong rambut ni.aku gelak je td. lepas tu akka tu zass..then dia tunjuk kat semua org dlm salon tu rambut aku lebey kurang 7 inci pjg. aku senyum je lah.yang penting setel.

notakukukaki::semoga sempat lah buat kueh raya i thn ni

Wednesday, August 17, 2011

17th Ramadhan aka Nuzul Quran aka Namat

x tahulah kenapa Nuzul QUran ni dipanggil hari Namat di Terengganu..its not about the complete Quran actually..It's all about the first ayat was delivered to Prophet Muhammad (S.A.W). That's why we called Nuzul Quran. or in arababic language NUZUL means turun.

Kebiasaannya di Terengganu ini hari Namat ni di kampung2 or mahupun di bandar2 akan sebuklah rakyat jelata menyediakan lauk pauk or kueh muehe untuk dihantar ke masjid atau surau berdekatan bagi menjamu jemaah2 dan meraikan hari turunnya ayat pertama dari al-quran. Supposed i had to join my mum n sisters balik kampung lor. tp disebabkan my mum n sisters sgt teruja nak bershopping, they all kejutkan i pun dah pukul 7.30 while im still sleepy n belum mandi sedangkan diorg dah siap semua tunggu nak masuk kete je.

So, without being selfish,i told my mum to leave me at home sajalah.(uwa..nak gi shopping jugek..uhuk..tp mengenangkan kalo mood pagi ku dah terganggu dek tido x cukup, avoidkan lah nak kuar shopping or menyinggah ke mana2..or i'll spoil everyone's mood lak nanti).i just stay at home. Thanksfully, my headache recovered n i managed to sew 2 pair baju kurung(sembat je pun..).

And about 5 minutes to break fast..they all arrived at home with lauk pauk dr kampung. which yesterday i already singgah umah tok bg duit to our cousin suh dia masak sedap2.so arini makan lauk gulai daging, ayam masak merah,kacang pjg goreng,sambal belcan, telur masin,sayur terung masak lemak.(mcm lauk kenduri hokkay).

N now, i skip to go to masjid tonite. kene solat terawih sorg2 le sebab nak kuar jap lg.sempat lg duk belek kamera baru my adik bongsu..hello dia beli NIKON D1300 cett..budak ni lebey2 lak..org beli henbeg n kasut raya dia sebuk beli kamera.ngidam katenya. sanggup kuarkan duitnya dr bank (sgt kedekut ye adik aku ni suke pow duit kitorg). boleh le sewa bile dia dah masuk UM nanti..ngeh ngeh ngeh.sebab dah buat oral agreement td, x leh bwk gi UM kamera tu..hahahaha.
Harap2 sempat lah jahit lg 2 pasang baju lepas blk mengular sat lg.


Notakukujaritangankuyang lentik::AL-fatihah tuk Kak Med.Mcm mimpi je kak med dah x de. Tetibe rase sedey sebab kak med pergi tanpa meninggalkan waris(anak). ni Yang tetibe rase nak accept someone's proposal ni..ngeh ngeh ngeh

Monday, August 15, 2011

sentap

entry title pun x semenggah kan..
dtg keje pagi2 elok je..walopun pg2 kat depan opis sakit telinga aku dgr mcm2 org duk mengata kat bawah tu.

Naik atas.niat arini nak jumpe dgn ex-opismate masa kat cyberjaya dulu..diorg ade 2 org yg kene transfer ke Terengganu.tapi x berkesempatan.(dont ask why)

tapi bukan sebab itew Makngah sentap ye..NO NO NO..

bile ade org yg GILA KUASA n sgt sombonk n very the rude.x payah tanya lah dia buat ape. tapi mengingatkan aku tgh puasa je td aku tahan je mulut ni dr maki hamun kan..x pasal2 lak karanga rini puasa just lapar n dahaga je..kan rugi kalo mcm tu.

BUT, i will remember. ade sesetengah org ni dia x reti nak bergaul dan bersosial antara rakan sekerja kot. dia main cakap ikut sedap mulut.otak buh kat tapak kaki agaknya. pastu boleh lak duk buat2 x ingat dan mungkin dia harap org dah lupe semuanya sebegitu cepat mcm dia duk kelip2 mata dgn maskara tebal dia tu.

sebab tu org ckp, to forgive mungkin senang, tapi to forget..susah woo..hati terguris terluka kalau buh ubat iodin pong..parutnya masih ada..susah plak nak go cr produk nak ilangkan parut.

ditambah2 dgn makngah x brape nak ckp tido sebab terjaga jam 3.30pg td lepas mimpi ade ular sawa besor masuk dlm umah..jenuh aku halau n tutup sliding door tetap jugak dia ade dlm umah..apsal ntah..harap2 dijauhkanlah mana2 anasir jahat dan kurang baik dlm keluarga makngah.

cess, ade budak Selangor yg kene transfer ckp aku makin 'sehat' lepas blk Trg ni..nak nangis

ni pix smalam. before gi bukak puasa ngan geng2 ketat


notakukukaki::i need to sleep n mimpi camne nak kurus lg..wakakaka

Wednesday, August 10, 2011

10 already

Pejam celik pejam celik dah 10 Ramadhan arini..ade lagi 20 ari tuk kite penuhi dengan sebaiknya.gandakan lebih drpd yang telah dilakukan 10 ari lepas.

Dalam pada masing2 ghairah nak menyediakan barang2 keperluan untuk sambutan aidilfitri, kadang2 kita lupe lak puasa kita camne..baguskah..teraweh kita bagaimana plak..zakat dah bayar ke? jangan sebuk nak bertukar hanbeg baru bertukar kasut baru dan beli baju berpasang2..ade juga yang sampai skip solat teraweh semata2 nak buat kueh raya. sampaikan orang yang gigih menunaikan solat teraweh dan menolak ajakan join venture buat kueh tu dituduh 'terlalu islamic'. Astaghfirullahalazim..mazhab ape pulak yang dipakai ni?

Tak termasuk adegan keluar mengular time opis untuk beli butter cup(sampai duit pun tak de tuk kutipan derma) dan gigih plak blk ke rumah menghantar segala macam butter cup dan mak nenek bahan2 buat biskut raya ke rumah.Yang tu anda jawaplah di akhirat kelak berhubung amanat dan tanggungjawap.(kes boss tadak)

Kadang kala kite selalu nampak salah dan silap orang dan laju pulak kite gi mengadu kat bos.sebab kita lupe kita seringkali buat salah yang melampau tapi x de lak kite pi ngaku kat bos kan??selalunya bile bos x de kita dah sambut raya dah kat opis. bile bos ada, kita buat2 ade keje..berlakon kalah primadona filem. sampai tumpah air mata kunon2 byk keje x terbuat.sedangkan masa lapang kita duduk bergelak ketawa.print resepi kueh la kek la.

Taubatlah..paling tidak janganlah busuk hati memburukkan orang. Gajah didepan mata x de nampak lak, kuman seberang lauk terang je nampak..ni kes rabun dekat la ni..

notakukukaki::teringin nak main bunge api

Tuesday, August 9, 2011

something to share

nak menepek gambor ni sebenornya.lepas mintak ngan opismate. gambar ni dah lama actually..end of July time otw blk dr KL ke Trg..

Taaadaaa
Otak-otak-sila abaikan tangan n jemari gebus itew

pix kedua ni nak memenuhi rekues kak jiejah ku cayang..kunon2 ICT Trg la ni..konon lah kan..
idak le byk sgt pokoknya


muke kekenyangan..hahaha..

gambar yang last tu bukan nak creat spekulasi pun. just nak maklum..kitorg bukan ade skandal ape2 pun seperti yg digossip2 budak2 opis yg tak tahu apa2 tu..
mamat gebus tu pangkat adik je ngan i oke..



Saturday, August 6, 2011

Excuses

Sempena bulan berkat ni kalau boleh tak nak lah bg excuses yg ntah ape2 bg nak elakkan ape2 yang x best.tapi kadang2 tu risau gak takut karang makin banyak plak dosa2 yang terkumpul. mengenang kata2 seorang ustazah yang menggunapakai calculation ini::"kalau bulan Ramadhan ni kite sering dengar orang cakap buat perkara baik, pahala nya berganda2. jangan plak kate buat jahat dosa x berganda di bulan mulia ni"
soal betul atau tidak bukanlah persoalannya.

So,i need good excuse for avoiding one program (bukan official relate ngan opis pun). Dah ade satu alasan yg bukan TIPU. tapi dijangka alasan x leh diguna pakai. walau cenggane sekalipun aku tetap nak gune alasan tu n buat bekap perkara2 yang berkaitan.
Susah kalau ramai peminat neh..(gelak kuat2 oke).

SO konklusinya, kite rase tak nak terjebak dengan hubungan sosial ni.tapi kadang2 kite terperangkap lak tanpa ade jalan keluar.ouch..sangat sadis nye kenkawan oi..


notakukukakiseluarhjeansku::Tahun ni my mum benarkan buat kueh jenama popiah je ngan rempenyek dan jugak bunge durian. segala macam kueh raya adalah prohibited untuk disediakan. so jangan ckp aku malas oke.

Thursday, August 4, 2011

Pencemaran

Bulan2 Ramadhan ni memang menguji kesabaran sesangat. Tak tahu lah sampai petang tu ujung2 pahala puasa tinggal brape percent lagi.seawal pagi di uji dengan macam2 karenah manusia.


Pencemaran perasaan 1
_____________________

Pagi tadi nyaris eksiden actually betol2 kat depan SMK Padang Midin tu. ade satu kete wira aerobak ni ha dr lane kiri terus masuk lane aku. ms tu traffic lite br je tukar hijau mmg tgh sedap duk speed. tanpa melengahkan masa aku tekan brek n bunyikan hon. (kalaulah ade hon yg bile aku tekan kuar bunyik BODOH kan best). jem jalan sebab insiden tu. tgk2 makcik ni dlm umo 40++ duk angkat2 tgn mintak maaf. kete aku dgn kete dia ade la 1 inci je lagi jaraknya. Stress makngah oke..pg2 je dgn karenah pemandu yg mcm ape je.

Pencemaran Perasaan 2
_____________

Suasana tempat keje. Kejap cakap A kejap cakap B. kejap ingat kejap ilang ingatan.dont want to give details explainantion. tapi satu je la aku nak pesan(untuk iktibar org lain). u give respect then u get respect. cara bercakap jangan emosi sangat kalo ye pun ko ade masalah personal ke ape kan. what u give u get back. then dont expect people suke nak bergaul mesra nak berhanging out ngan ko kalo cenggitu leh perangainya.

Pencemaran perasaan 3
______________________

Dengan penuh ikhlas aku mengaku malam ni baru 1st day aku gi solat teraweh kat masjid. selalunya solat sorg2 je kat umah while the others pegi masjid. sangat tak larat sebab drive dr opis hampir 45 minit br sampai umah.tapi malam ni masa mula2 masuk masjid besar tu sgt lain perasaannya. semuanya ilang mcm tu je sebab time solat td starting dr solat isyak lagi. ade budak2 menjerit2 bergelak ketawa di belakang saf. aku rase nak gi sepak je mak2 budak yg sgt x bertamadun bawak anak2 ke masjid tu. teringat zaman sekolah rendah dulu. Guru besar dah warning kalau jumpe mana2 budak sekolah aku buat bising kat masjid mmg dia tampar je.even main mercun pun kene rotan kalau cikgu kenal n dpt tangkap kat masjid tu.
td depan mata aku budak2 besar umo 5-6 thn main sepak2 songkok (yes budak lelaki ye maknya bwk ke bahagian muslimat solat)songkok tu terkena makcik2 tua yg duk solat sunat witir. mak budak tu boleh duk sesembang ngan geng2 dia di sebelah tu. x leh tahan beb, aku mmg sgt menyampah dgn incident tu.terus fikir 10 kali nak gi teraweh ke masjid lg ke tak malam esok.

nitakukukaki::kita x leh paksa orang tuk suke ape yg kite suke. dan kite x leh paksa org lain suke kat kita.semua org bebas buat pilihan masing2.

Sunday, July 31, 2011

Azam Ramadhan 1432

Semua orang pasang niat nak buat macam2 kan. nak khatam Quran lah, x nak tinggal puasa (kalau boleh lah kan) lah. Terlalu banyak kalau nak di buat list.

1-Tadarus
Tahun ni Alhamdulillah masih seperti tahun lepas walaupun sudah kembali ke bumi kelahiran, namun tradisi opis masih dikekalkan yakni bertadarus QUran. to fullfill the Khatam QUran ceremony which will be held on 21st August. Our group 3 org n will recite Juz 15, 16 n 26. So esok akan mula recitation.( I wish I would be involved in the earlier part :( )

2-Potong rambut
Oke yang ni x de kene mengena langsung dengan bulan Ramadhan pun. Bukan sebab rimas. Tapi nak kate ubah angin tu ye gak kot. actually aku ade habit yg dari dulu x leh nak di buang. potong rambut kalau ade problem besar or bile frust..x leh nak buang habit tu. kunon2 lepas potong rambut tu mcm ala2 start new leaf lah..(verangan kan..macam masalah selesai pun)..so dari rambut panjang dr kat bwh ni-contoh je sebab rambut aku lg pjg dr tu.
contoh rambut orang lah bukan rambut aku pun

teringin nak rambut pendek mcm ni
oke tak?


This one pun mcm cun kan

so niatnya setelah hampir 3 thn x potong rambut ni..weekend ni nak gi potong rambut..x kirelah

3-buat kueh raya
ni pun jatug kategori verangan gak ni sebab mak i x support langsung. dia ckp beli kacang n kerepek je. alah dulu2 dia muda2 pun dia excited ape buat kueh raya kan...plan nak buat 2 jenis kueh je then nak buat blueberry cheese tart.

4- bukak puasa dgn geng2 ketat
yg ni harap2 lah jadik kan..x dapat ngan my BFF kat uia dulu ngan budak2 opis yng ngam satu kepala pun cukuplah..rasernya will not offer for those yg dah kawen n beranak pinak la.

5-meningkatkan segala macam amal ibadat.
sebab tu la aku ckp aku missed zaman duk uia dulu.kalo kat sana waktu maghrib dah rase suasana lain mcm tau..lepas bukak puasa berduyun2 ni jalan kaki gi masjid. perasaan solat 5 waktu dlm masjid uia tu sgt berbeza dgn masjid2 lain. kalau solat terawih lagi la..(x dapat nak citerkan)..oke fine aku x pernah solat kat masjid nabawi ke kat Mekah ke..tp aku suke sgt solat dlm masjid uia. especially tingkat bawah yg share dgn muslimin tu.

notaamalanharian::oke fine aku sengal malam ni duk minum byk sgt coke kat Mc D petang td.dan setelah dgr gossip2 pelik dan lawak psl aku.sampai satu part aku rase mcm artis plak oke..will share that one in next entry

Saturday, July 30, 2011

campur-campur

Tak nak citer pun ape yang terjadi arini sebab biarlah ianya tersimpan jadi sejarah dan kenangan yg meninggalkan kesan di ingatan.

cume mimpi awal pg td(lebey kurang jam 3pagi) sampai skarang menghantui aku. oke fine, aku jenis yang agak mudah termakan hasutan setan percaya pada alamat dan tanda2 dalam mimpi yang dikatakan hanyalah mainan tidur.(camne tidur pun pandai bermain ni??confuse!!)

n i keep on thinking..makngah tensi sebenornya sebab elok je terjaga kul 3 pagi td tu terus terfikir psl dia.OMG. i hate that.

terus rase ala2 down sekejap..(tipu..satu hari oke depressed bile teringat). Saat2 cousin aku dtg lak td tanye mcm2 aku rase tersangatlah memerlukan someone tuk aku jerit2 n marah2 or kalau boleh di tumbuk2 or di terajang2 sampai lunyai kan best..oke fine..tipu lagik.. i need him by my side.tapi verangan je lah kan..

so, aku tgh x de mood sgt2 oke.buat begedil pun x menjadi. lagi lah x de mood. td anak sedara aku dah seround kene tengking.kesian budak2 tu.
i need book therapy tapi tgk buku pun x de mood. baju pun x iron lg.

notakukukakiku::if u wanna cheat, then cheat behind me.i dont want to know

Friday, July 29, 2011

Ihya Ramadhan


Aritu masa otw nak blk Terengganu mmg dah tergediks gile nak masuk dalam UIA.
Kalau bulan puasa ni lagi lah..rindunya nak solat teraweh kat masjid UIA.
tapi x de rezeki kan.

Thursday, July 28, 2011

Perihal berjanji

Mungkir Janji..

yes aku mungkir janji..dengan ramai orang.
sampai anak sedara duk menangis2..

i cant help ..i need rest..i need to be alone..
i dont care lah ..

Wednesday, July 27, 2011

surat

Kehadapan ___________(nama dirahsiakan)

Saya ada satu kemushkilan. Adakah terdapat satu diskriminasi dalam menegah aktiviti keluar malam/ bersosial dengan kawan-kawan?

Sekian, terima kasih.

Saya yang rasa tak puas ati sesangat,
WaTaCHiwa


notakukukaki::x nampak isu pun, dan x nampak soal WAJIB pun..sangat x puas ati oke

Friday, July 22, 2011

Perihal rutin dan bukan lagi rutin

Assalamualaikum...

Kadang susah nak tune life kite yang sedia ade rutin nak buat itu ini, nak pegi sana sini.sangat2 sukar dan tak biasa di buat. agak janggal.

Itulah yang aku hadap dan tempuhi sepanjang 7 bulan (nak masuk bulan ke 8 dah).camne nak tune dulu duk umah bujang..kalau dulu boleh kata seminggu tu jarang x kuar malam. paling tak pun keluar makan incase malas nak masak. ari2 lain tu pegi psr malam la, pegi econsave la. pegi Alamanda la.

Tu dulu la 7 bulan lepas. now kuar malam seminggu sekali pun susah nak dapat. kalau keluar pun pegi isi minyak kete. kalau balik opis lewat n keluar merayau malam tu pun jarang kecuali kuar dinner lepas abis keje.

sangat berbeza situasinya.kalau makna tiba2 nak kuar malam tu sangat TIADA. dan kalau keluar pun selalunya pegi join aktiviti opis mcm main futsal.gigih la pegi kan . yelah nak buat alasan anak x de anak lagi, nak bg alasan laki x izinkan laki pun takde kan. nak ckp x leh main futsal sebab caesar x pernah bersalin lagi la plak..opsss.. so join je lah.

So, jangan lah ajak i kuar malam just nak kuar dinner or nak ajak i round2 pegi I-city Trg ke, nak ajak gi join segala mak nenek bentuk pesta ke hiburan ke. Bukan kate my mum x bg or my sista or brother x bagi. Tapi i yang x berminat nak pegi pun.
Usah di tanye kenapa n mengapa.

So, rutin lama i x leh diguna pakai dah sekarang ni sebab rutin br i lain sesangat. bukanlah kate berlaki beranak berkahwin or berubah status dah. sebab x de sebab pun.

Sekian, terima kasih.

notakukukaki::aku sangat x suke bile sampai part org meroyan x tentu pasal kat org yg x tau apa2. tobatlah pokcik oi.

Heboh dah


Isu pasal Barbican ni dah lama kecoh kan sebab org cakap x halal.
aku rase 1st impression org ingat arak sebab dek kerna botol dia tu.
masa mula2 aku duk tengok budak2 negro n Iranian yg teguk barbican ni kat depan 7-E n dekat kedai makan Saba' dulu pun aku sangsi. yelah rupe cenggitu kan.

tapi nasib baik le rasional sebab duk fikir kedai Saba' tu owner dia sah2 la muslim. ape nak buat dosa ke kalau jual arak dlm menu dia kan.

Teringat bila someone told me camne dia kene tazkirah kat depan 7E DAnau Kota sebab duk minum Barbican ni secara berjemaah dengan anak2 sedaranya. Beliau ckp dia layankan aje pakcik yg duk nasihat tu. nak explain pun x sanggup sebab x nak malukan pakcik yang prihatin tu.

So rasernya tokey BArbican ni patut tukor sket design botol Barbican ni supaya org x confuse dan silap menghukum. macam kite tgk lelaki menyerupai perempuan n vice versa. berdosa kan kat manusia yg berupa tu. tapi kalau botol Barbican ni?
fikir2 lah


notakukukakiku::gigih siapkan keje kat umah ni..

Wednesday, July 20, 2011

State Public Holiday

nak kate menyesal x apply cuti esok tak jugak.tapi konpem ramai ni yg cuti kat opis esok. our pengarah mmg konpem cuti..maklum le org senang hati dapat tukar blk pahang.

x pe lah esok keje sampai 3.30 ptg je, tapi byk nak kene setelkan ni.sebelum pegi kursus 2 ari nextweek.SKT lagi. nak siapkan gambar tuk hantar lagi..berhempas pulas la nanti jawapnya.

petang ni my mum ade buat kenduri kesyukuran sket sebab my sis (Cu Bi) dapat continue study kat UM amik dental. impian jadik kenyataan lah. sebab tu 1st choice dia. n alhamdulillah dapatlah menutup mulut2 longkang sedara mara yang ckp kalo pompuan dpt result 4.0 time Asasi belum mampu dpt amik medical course. sape cakap. kalau tak usaha dan bertawakal insyaallah mudah jalannya. register on 4 th September. time org duk sakan raya lagi tu

kenduri petang ni just kecik2 je ajak jiran2 n kawan2 n sedara close. yg tak dijemput tu harapnya tak de lah susah ati kecik ati

notakukukaki::muak dgn org yg suke kecik2 ati ni..kecik ati dia ambil kesah..kecik ati kite ade peduli?

Monday, July 18, 2011

Perihal orang

Bestkan melepaskan tanggungjawap dan beban kepada org lain sedang elok ko pegi bercuti ke luar negara. x berani kan nak kenselkan tiket flight yg beli time takde duit murah . aku bet tiket tu x sampai rm50 pun.

kalau keje setel x pe la kannnnnnnnnnnnnnn


notakukukaki::mode marah, bengang n geram

Friday, July 15, 2011

Tiada tajuk

Tetibe je macam ada desakan naluri suh update blog (konon)..
setelah aku mengskodeng FB my x-bos.
sudah selamatt aku mendeletenya dr senarai kawan.
bukan niat nak gelakkan dia or nak ckp padan muke hang. tapi berharap dia sedar dan insaf dengan keadaan yang menimpa dia dan kawan2 di Selangor.

ye , sudah confirm opis2 di selangor dan penang bakal di tutup dan semua staff akan ditukarkan ke negeri2 yg masih ada kekosongan waran. Aku jugak x de niat nak mendabik dada nak ckp "nasib baik" ke ape tuk aku dan 2-3 kerat lg staff selangor yg dah bertukar same time ngan aku dulu.

yes, kesian tgk dan baca rintihan bos2 ni sebab kene tukar n x tau lg ke mana akan ditempatkan. masing2 takut kene hantar pedalaman. kalo bos2 susah hati.. staf2 bawahan lagi lah kan. berbalik kepada my x-bos..dgn statusnya mcm tu aku tau dia susah hati..

lupekan je lah ape yg pernah diucapkan pada aku masa ari2 genting aku menunggu keputusan dan surat pertukaran tahun lepas. yes, memang lain perasaannya. sebab masa tu aku dah confirm tahu nak kene campak ke mana kalau permohonan berjaya..tp diorg2 ni ke mana belum tentu, surat mebi dpt 18 julai n 15 ogos last day lapor diri.

nway good luck.

notakukukaki::tgk, dlm2 aku x suke x-bos pun, tp smepat kesian kan..sape ckp aku x de perasaan aritu?

Thursday, July 14, 2011

Yang Manis Manis Sahaja

Owh jangan terkejut.Bukannya aku terlebih telan gula or dapat sakit diabetes pun.
Cuma nak melengkapkan hidupku sehari dua ni sebagai yang manis dan sedap seperti makan portugese tart dan menelan marble cheese cake di Secret Recipee itu.

Sebulan dua ni otak mcm jem je rase sebab x baca buku. sakit ati byk plus rase nak muntah tgk perangai orang hipokrit dan talam dua muka ni. oke tutup citer tak best tu.

cant wait for our Sport Carnival..x sedor diri ni sakit lutut x ilang lagi hegeh lak nak gi main futsal..yelah nak main badminton mcm dah puluhan tahun je x main kan.lagik haru.

beria-ria buat sepanduk, bendera n tempek segala macam mak nenek..thanks to Ang, ANi n Huda. u are great walopun usung anak still manage buat keje. compared to others yg suke buat muke..suke cebik2 suke merengus dan mengeluh.(please dont ask who)

So, aku rase baik aku jauhi org2 yg x brape nak manis perlakuannya ni..marilah kite mamaniskan kehidupan kite. enjpy dulu before bersebuk2 dengan Audit ISO lak yg 2 ari ni..


notakukukakiku::kalo ikut surat HQ td i'll attend a seminar psl file. nak gi jumpe ke tak? hopefully dapat pegi ngan NAzri..hehe..nak menjolikan diri sebelum puasa nanti

Wednesday, July 13, 2011

im sad

i dont know where to turn to

Tuesday, July 12, 2011

Simpanan

Sementara nak amik mood nak iron baju(x mo dah incident pg td berulang)..nak menyiapkan dokumen tuk Audit Kewangan esok hari meh kite bercakap pasal menabung aka simpanan.

How much u save monthly...walopun org duk pesan kene menabung 20% dr our salary. i still cant manage that la..asik manjang je x cukup. mane idaknya.pantang ade sales, duit abis berkepuk2..
cume skarang ni bersyukur sgt walopun musim Mega Sales!!! why? sebab aku dah meng'isolate'kan diri kembali ke negeri kelahiran ku ni..
kalau tidak mau sampai jatuh bangkrup..hahahha

okeh, sejak keje tetap ni..this is my 1st time start saving. hopefully akan berterusanlah.n biler ade lebeh sket, insyaallah nilai tabungan tu akan ditambah lagi..tuk kesenangan masa depan

Saturday, July 9, 2011

It's a Hard situation

Susahkan nak please people surround us without hurting anyone.
dah rase mcm pepari lak nak kene buat semua orang senang hati, gembira dan sayang kita. Sebelum ni tak pernah lak rase trapped mcm ni. its life rite. Playing role as org tgh ni sgt membuatkan aku jd plastik hokkay..plastik sampah hat hitam tu pun byk lg gunenya.tolon tolon

oke.i'll try my best to create peaceful situation. x mo lah jd huru hara mcm nak buat perhimpunan haram tu khen..
n way meh kite berjiwang menghayati lagu BLUE feat pokcik Elton John ni.
"Sorry Seems To Be The Hardest Word"

(Sorry seems to be the hardest word)

What I got to do to make you love me?
What I got to do to make you care?
What do I do when lightning strikes me?
And I wake to find that you're not there?

What I got to do to make you want me?
What I got to do to be heard?
What do I say when it's all over?
Sorry seems to be the hardest word.

It's sad, so sad
It's a sad, sad situation.
And it's getting more and more absurd.
It's sad, so sad
Why can't we talk it over?
Oh it seems to me
That sorry seems to be the hardest word.

What do I do to make you want me?
What I got to do to be heard?
What do I say when it's all over?
Sorry seems to be the hardest word.

It's sad, so sad
It's a sad, sad situation.
And it's getting more and more absurd.
It's sad, so sad
Why can't we talk it over?
Oh it seems to me
That sorry seems to be the hardest word.

Yeh. Sorry

What I got to do to make you love me?
What I got to do to be heard?
What do I do when lightning strikes me?
What have I got to do?
What have I got to do?
When sorry seems to be the hardest word.

notakukukakiku::lagu ni just tuk hiburan tak de makna ape2 pun.kwang kwang kwang

Friday, July 8, 2011

Harry Potter Final EPisode Part 2

Sape nak temankan gi tengok Harry Potter ni?

Offer masih di buka. tapi bukan dalam minggu depan la..
mebi ujung bulan lepas setel semua Audit

Thursday, July 7, 2011

episod pertama dah berakhir

Alhamdulillah. setel satu audit tuk bulan ni.walopun arini sakit kepala mcm nak pecah.thanx to my niece yg jd tukang picit kepala Mak Ngah..nanti dpt upah (dia suh ty mama dia lak harga upah tu..cess dah pandai buh harga nih).oke la..ari2 blk umah kul 12 tgh malam x sakit kepala..lepas audit je sakit kepala..

Kalau duk opis lama ni harus x buang masa gi beli marble cheese cake kat secret recipee n carik portugese tarts kat Jusco. tapi malangnya tadi hujan campur ngan petir n guruh.pulaknya nak ajak opismates yg lain...ade yg helmet terkunci dlm locker la..nak kene gi beli helmet br la..adoila..
so terus blk umah, mandi n tido seround.

ingatkan nak memujuk orang, tapi malas n x kuasa la plak kan.lantak situ. yg penting audit setel. tunggu ep 2 lak rabu ni.masak la nanti.muntah hijau terus.

i need to go to spa la..nak buat lulur..anyone tahu tempat best kat KT ni?

Saturday, July 2, 2011

Baju Raya dan kenangan

Amboi Mak NGah. mentang2 dah abis ganti puasa laju je yek pi beli baju raya.
Actually ni kali ke-3 lah kirenya beli bj raya. 1st time beli kain tuk buat baju raya tahun 2011 ni on 15th Mac. masa tu pegi umah makcik kat Teluk Kalong.so singgah Kamdar beli.ade 2 psg kot..x pasti lak sebab x ingat n x abis selongkar lg bilik jahit my mum tu.

Jangan x tau tahun lepas gaduh ngan my sis sebab dia x ingat kain dia hat mana sudahnya baju aku dia ckp baju dia.mentang2 saiz lebey kurg kan.

oke berbalik pada misi ke 3 td tu melayang jugaklah seratus lebey.dapatlah 3 pasang kain.satu cotton, satu satin n satu lg entah le labu, mak ngah pun x tau ape ke nama kainnya.serai wangi? mukan2 makngah allergik kain bau2 mcm tu maunya bersin seminggu.

THanks to my 'assistant' yg menyibuk nak ikut pegi Kamdar tadi kan.Sebab katenya lepas tu nak temankan Nazri gi amik kitten kat umah Irah..Mak NGah jeles..

Nak dijadikan cerita lak tadi, masuk2 KAmdar tetibe je ade org dtg tegur..oppssie..My Uncle n his family. my cousins n my aunt mcm pelik lak aku dtg sorg2 beli baju raya. oke mmg le kitorg adik bradik jenis mengekor je mak gi mana. tp dengan aku yg umo dah remaja purba ni kan. x de salah nya gi beli bj raya sorg. kat Terengganu je pun. kalo kat KL pun aku redah je gi mana sorg2..apetah lagi kat negeri kelahiran ni kan.harap2 x de lah dpt call makcik2 lain duk ty lak takut kene gossip ngan 'assistant' beli baju raya i td je. jenuh lak karang nak menjawap.

owh kenangan tu ek? 11 tahun lepas dek non oi..masa tu makngah kanak2 ribena lagik. carik tudung raya.zaman2 innocent gitu. masa tu 1st time kuar gi jalan TAR pakai baju supan. baju kurung lah.so, classmate i tetibe je call masa sahur tu ty buat ape weekend.mak ngah ckp le nak gi cr tdg raya. then dia nak ikut. so dia tunggu sana lah, mak ngah kuar ngan roomate.

tahu je lah nak beli tudung je pun.abis semua kedai aku singgah,sampai pening classmate mak ngah tu. sape suh offer kan diri. mak ngah lain lah masa tu uzur syar'e. nak tunjuk gentleman nyer psl abis segala mak nenek yg mak ngah beli dia nak bwk.bg jelah..udahnya br 4 jam shopping, dia dah terjelepok tepi kedai..nak pengsan tgk cara shopping makngah yg mcm bateri br kene caj katenya.

sampailah satu kedai dia ckp dia nak tgk mak ngah pakai tudung kaler biru raya thn 2000 tu. since mak ngah ni x suke kaler biru, haruslah muncung mulot kan.pilih la jugak berlakon la konon2 nak beli.dah pilih2 2 kaler(excluded blue color lah), tau2 masa nak byr abg yg jual tu ckp dah ade org byrkan.tp ade extra lah tudungnya..tgk2 dlm beg plastik-biru oke.

makngah pakai tak tuudng biru tu time raya? tunggu lah kalo ade entry berkaitan mak ngah citer lagi.malas nak mengenang peristiwa lampau ni


notakukukakiku::
---------------
1-thanks ye kat org yg bayarkan tudung 11 thn lepas tu.semoga murah rezeki
2-thanks jugak kat 'assistant' yg rajin temankan makngah shopping bj raya td.makngah x byk songeh kan? kan?
3-arini lunch kfc,smalam pun lunch kfc jugak..camne nak diet ni budak2 oi..korg saje kan pedajal diet aku

Friday, July 1, 2011

t.i.r.e.d

people said 'what u give u get back'. ade pulak org2 tua ckp kerana mulut badan binasa.

x de kene mengena pun dgn citer kali ni. cume teringat insiden bile aku jatuh tangga during my 1st year dulu.7 anak tangga beb.lebam2 montot. 7 months lepas tu br sakit melampau n after the x-tray i was advised jgn terlalu aktif sgt. that's why i left my most precious sport TAEKWONDO. so never ever jogging lepas tu.just try mesin basikal tu je kat gym n kalo gedix2 sket pegi le berendam dlm swimming pool saiz olimpik(katenya) kat sport complex pompuan tu.

When my coursemate dengan lancangnya berkata: "Camne nak pregnant?boleh ke?or memang x leh pregnant sebab cedera tu?" i dunno la ape niat or maksudnya sebab aku masih ingat soalan tu diutarakan masa dikhalayak ramai yakni lepas abis satu kelas yg campur dak course lain.
masa tu mmg aku stare je muke penuh keimanan dia tu.sesambil aku jawap. x tahu lah sebab doktor x de lak ckp x leh pregnant ke ape effeknya.n to tell u d truth is x pernah plak aku mikir sampai tahap tu.

Lupekan kisah tu.aku maafkan soalan dia tu.walopun sampai skarang still ingat lg soalan n mimik mukenya masa tu.yeah..People may forgive but wont forget.

Kisah masa sekarang.
after 3 years of marriage suddenly i've been told by somebody she delivered.n she lost her baby.Alfatihah


notakukukakiku::
----------------
1-bukan berdendam
2-terlalu penat nak fikir psl org lain
3-sape nak tlg urut kaki? lutut sakit x baik2 ni
4-kenapa lain yg kite tunggu lain plak yg hegeh dtg ni.

Saya bukan orang sebegitu

Kadang-kadang kita selalu disalah tafsirkan oleh orang-orang sekeliling kita. Dituduh macam-macam sehingga tak masuk akal pulak. Sebabnya fitrah manusia suka menjatuhkan hukuman dan pandangan tanpa selidik yetlebih dahulu.

Contoh mahkamah la kate 'selagi tak dibuktikan bersalah, orang itu adalah innocent(tunggang terbalik dah bahasa aku..nangis Rais Yatim baca kang). tapi kite bile tgk ade kes kat court mcm2 dah tajuk citer yg kuar muke surat depan sokkabar tu hah. awal2 pihak media dah meracuni fikiran kite kan.

Selalunya sesetengah orang itu dia tidak dapat nak sorokkan segala kusut fikirannya. sangat obvious.terserlah ye kek muko tu kepalo pusing.
akhir kate, jgn stress2.

eh ape mende aku mengarut ni..


notakukukkakiku::
----------------------
1-i wont ask what's ur problem bcoz i dont want to know
2-i may lend my ears listening ur problems n u may use my shoulder to cry on
3-as long as u pretend n try to act u are okay..then, its oke with me. i'll treat u as u dont have any difficulties or problem
4-i didnt ask u doesnt mean im not concern but becoz im not a busy body type maaa.

Thursday, June 30, 2011

kesabaran ada batasnya

Hari ni ari yang tersangat getir ..dugaannya sungguh berat sekali.
sib baik le x de darah tinggi kan.

Sabar
sabar
sabar

Wednesday, June 29, 2011

Song of the night

Lirik Lagu Selamat Sultan
Terengganu Darul Iman

Allah daulatkan Tuanku Sultan
Terengganu Darul Iman
Allah peliharakan Tuanku Sultan
Sejahtera sepanjang zaman
Allah rahmatkan Tuanku Sultan
Memerintah rakyat aman


oke..jenuh la duk nyanyi lagu ni lebey 10 kali sebab ade la budka tu keje rumahnya subjek Muziknya kene tulis lirik dan dia nangis2 x ingat lirik katenya

Tuesday, June 28, 2011

s.a.c.r.i.f.i.c.e

what does it means to you?

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
it means a lots to me. a lots to sacrifice.lebey tuk yang tersayang.

so, please dont ask, i will sacrifice anything to my beloved famili.
the end

notakukukaki::bukan x nak tolong, tapi my family's need comes first la dear.

Monday, June 27, 2011

Sometimes we shud remember

X menahan ye tajuk entry Mak Ngah arini. ni tgh rest amik napas ..stay kat opis ni siapkan keje tuk Audit Kualiti on 7th July ni ha..pastu Audit lg 13 July tuk bahagian kewangan n Audit ISO on 21 July..ape le diorg ni suke benor ber audit2 nih..mencik betollah.

According to the entry titled. SAje lah nak mengingatkan diri sendiri dan kawan-kawan yang tersinggah kat blog Mak Ngah ni kan. Tentang kemahuan dan permintaan kita yg kadang-kadang tidaklah melampau atau dalam erti kata yang lain adalah simple benor. tapi idak jugak le menjadi kenyataan lagik.

Thats why it said we shud remember. because sometimes, we always ask for something. mintak/ doa macam2 ngan Allah kan..mintak dpt tukar la, mintak cepat naik pangkat la, mintak kaya cepat la.mintak cepat jodoh la cepat dapat anak la. But we always forget solat kite tu sempurna kah. khsyuk kah. di awal waktu kah.. kalau solat zohor pun lg 10 menet nak masuk waktu Asar tu x yah la kan..(mengate diri sendirik)

The worst is we never performed solat or we always making excuses. kalau sebulan ko period sampai 20 ari ape kes lak kan. bulan puasa elok pulak 7 hari je. ni kalau nak berfunction dinner ke..manjang je x boleh semayangnya.. bukan pompuan je..yg lelaki pun ramai x solat x puasa. cukup lah aku tgk kat opis lama 50% lelaki islam x puasa dan semuanya lelaki pantai timur.


So konklusinya, korg malu tak nak doa macam2 tapi korg nyer ibadat tu yillek..tahap2 cukup makan je..kalau korg la keje malas, bos suh buat keje korg x buat. biar je, tak rasa bersalah pun. pastu korg nak mintak amcam2..malu tak?????????????


notakukukaki:: Saya pemalu orangnya

Sunday, June 26, 2011

Mungkin

Tajuk/Lirik Lagu: Mungkin
Penyanyi: Anuar Zain

Biarkanlah saja diriku sendirian tanpamu
Biarkanlah aku merindu sekian lama
Bukan maksud untuk membisusepi tanpa kata
Terpisahnya kita kerana mengejar impian

(korus)
Mungkinkah bersama dua jiwa ini
Dalam mencari cinta sejati nan suci
Mungkinkah segala derita di jiwa
Akan terabat kini

Biarkanlah saja diriku sepi tanpa kata
Terpisahnya kita kerana mengejar impian

Hanya satu pintaku
Sabarlah menanti
Ku kan pulang bersama
Cinta…

Saturday, June 25, 2011

stressnya

sungguh sket pun x tipu..
dah le crk seluar keje x jumpe2 lg ni..susah kalau org yg lipat bj main buh je bj org x ikut hak milik. geramnya..

x campur ngan arahan 'tetamu' yg mintak brg mcm mintak kat room service hotel.
arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh

balik le cepat..biar le org ckp tetamu tu bwk rezeki..tp kalo tetamu serupe ini..byk benor aku kumpul dosa satu famili ni. balik le ke rumah anak2 mu.............

i need my normal n private life.

Thursday, June 23, 2011

missed call

oke lately dlm 3-4 arini selalu je ade call dr number 03-27818181 n number 03-2037666.

malas nak amik port sangat pun. td dlm meeting ader 3 missed call from each number.

so makngah tanpa membuang masa telah men'gogel' number fon tu

boleh abca sini

n plg besta de staff AIA insurans ni plak pegi jwp tu mmg keje dia..oke fine, makngah x sempat

nak reply call or nak ajwap call tu..tp dr bacaan kat blog the star tu org yg pick up fon tu kate number scam ni mengaku kunon2 org Telekom ye..ujung2 br ngaku AIA.

dan menurut agent AIA ni diorg dpt number tru real rewards, reader digest n so on.

masalahnya perlu ke gigih cr customer sampai satu hari call 3-4 kali.


bengog!!!!!!!!!

Wednesday, June 22, 2011

yada yada yada

nothing much to be shared here. just not feeling good.

people may plan, setting up something but we never know what will happen next. just like our life. There a quote saying that u need to plan n work as u will live 1000 years, n u may pray n worship your creator as u will die tomorrow.

The most important things are u still work on, plan something else when ur previous plan didn't work. yelah dari meratap pilu, sentap sana sini x tentu psl why not u change to plan b, c n next.
Think positive, cheer up.


notakukukaki::being a part time listener this evening. tetibe jd depress sebenarnya.. dont worry, im always strong mentally..

Monday, June 20, 2011

Mini Marathon MD Setiu

Tak perlu description byk sebab nanti jadik melalut lak aku citer hal yang tidak best..so lg best tgk gambar kan..
tq Nazri n Ani for da pix

Sunday, June 19, 2011

Cuti-cuti

semalam (Sabtu 18 Jun 2011) we all dlm 14 org telah tergedix2 join mini marathon kat Majlis Daerah Setiu. x tahu lah kene sampuk ape kan tetibe nak join marathon. tp oke le. last aku duk berjogging(excluded main futsal) adalah pada JUN 2010 kat MAEPS masa tu program opis gak.

So kalo tanye psl pix tunggu le sebab aku x bawak kamera pun, nunggu ehsan org or mane tahu masuk paper sinar harian or Harian metro. oh ye sempat menangkap sekor anak ikan dengan pesen baju jersi dia yg unik. satu bj x berlengan. mmg dijahit mcm tu bukan kate dia suke2 ati potong lengan baju tu. budak bola agaknya. sebab ramai budak2 sekolah sukan bukit nanas n cikgu2 sekolah tu yg join.

ade byk entry nak letak actually tp otak berkarat malas nak transfer gambar lg. nunggu masuk opis la ye i buh gambor BBQ.

Arini Ahad 19/6/2011 cuti bola n esok aku telah mencutikan diri since kensel kan kursus kat Hq sinun. so adious nak kemas umah. td dah selamat kemas dapur.

Thursday, June 16, 2011

wrong timing lorr

cuti ari isnin aku tunda ke ari khamis(nampak gaya mcm nak kene kensel lak cuti ari khamis)..Senin x jd coti sebab nak ke KL.arghhh kursus 2 ari yakni selasa dan Rabu.
kalo Rabu tu abis lewat dpt le pelepasan ari Khamis tu..so cuti leh kensel. tp kalo abis awal kene la masuk opis ye.

blk2 umah td mak plak ckp nak buat BBQ esok malam..adoila...esok mlm nak gi tidur umah member.adoila..adik2 aku neh x bitau awal, mentang2 le aku duk umah lain 3 ari lepas..

sabtu nak gi marathon kat Setiu..

Tuesday, June 14, 2011

cuti piala FA + SUKMA

smalam MB dah announce di Dataran Syah bandar..walopun aku x pegi ke tempat kejadian tapi kitorg semua dah dapat agak dah..cume ingatkan dpt cuti 2 ari..tp oke la sehari kan dr x dapat langsung.
So dengan bangganya saya pun telah mengapply cuti ari Senin 20/6/2011 tu dengan jayanya.

nak gi mana? nak buat ape? Ade la


notakukukaki:: org2 Kl kecoh dgn gegaran yg berlaku 2 kali arini. rasernya sebab earth quake kat kepulauan sulawesi semalam

Friday, June 10, 2011

i need some rest

For those yg ajak2 i kuar jenjalan, piknik2 bagai, tgk new born baby n whats eva tu..
sorry la yek..tadok mood

here i am

Tuesday, June 7, 2011

My worst experience at ER PArt 2

Sambung citer..

Bese la kalo inject2 ni aku assume dlm 10 menet berkesan lah ubatnya. cume aku dah agak sebab bg half dose mmg x jalan nya ngan sakit yg aku tanggung ni.ade la 5 kali dalam ER tu aku gi toilet tuk muntah. makin worst setiap kali muntah, perut pun sakit, abdomen sebelah kanan pun sakit. so, i cant baring2 ye kenkawan. just duduk atas katil di bahagian STICKER MERAH. the nurse yg petite n nice tu dtg n tanye samaada aku cirit birit ke? aku ckp x , aku muntah. then she gave me yellow plastic bag for clinical waste.so aku muntah dlm tu je la.

dalam pada sakit2 tu, aku sebenarnya nak mintak dia injek ubat plg kuat sekali so, x de lah terseksa sgt aku duk berpeluh2 dlm ekon n angin kipas yg kuat tu. kaki je sejuk, n the nice nurse dtg bg selimut suh calm down. i keep complaining that i pain getting worse while the other 3 staff TIDUR..aku ulang tido. nurse yg sombong tu siap berselimut lg letak kepala atas meja, while the MA yg check my BP mula2 tu siap bukak baju biru ER n tudir atas katil yg sticker KUNING. mak ngah sentap sgt oke. aku rase cam nak tercabut segala organ duk muntah2, diorg tido ye.

so i called the nice nurse n told her. she suggested to give me a drip.mak ngah x kesah la ko nak injek ape pun asalkan sakitnya hilang.n she keep asking me question to distracted me from sakit tgn kene cucuk.but dlm sakit2 aku tu setakat kene injek kat tgn tu x de rase ape dah.

tetibe ade pompuan yg dah over due nak bersalin dtg masuk ER sebab x de org kat receptionist depan. hegeh la MA yg tgh tidur tu bgn sarung bj ER. n asked the couple to directly go to matenity ward. n tanpa membuang masa mak ngah panggil MA tu n bitau sakit main teruk ni. He asked me to sabar n sabar. n keep on SMS someone,. aku saspek dia SMS doktor. gile pemalas doktor ngok ngek tu x nak dtg ke ER.aku haramkan gaji ko sebab ko oncall tp tido kat umah kan.cess..

doktor tu x bg injek full dose sebab i got gastrik, it will be more complicated katenya. tahap nak meroyan aku dah kronik dah tp sebab ade budak sorg ni kesian plak kan, dia sembelit dah berape lama ntah x berak, apaknya dtg n tinggalkan dia kat ER while the apaknya gi kuar minum. jenuh plak nurse yg baik hati tu nak gi angkat budak tu gi X-tray.

n ade uncle ni asthma thp kronik dtg nak sedut gas. elok2 je aku nak panggil nurse tu ade plak polis dtg. polis depoh tahanan PATI tu ha. bawak mamat indon ni, tgn bergari. x tau le sakit ape.malas amik port, aku ni ha sakit x kurang2 jugak. then the nurse came n asked me betol ke sakit kat part kanan pinggang or just sakit gastrik angin naik sampai situ, i told her nicely. kalo gastrik i tahu camne sakitnya n angin selalu naik ke hati, jadi pedih hulu hati.

Then, she said, kite tunggu report urine k. i told her im period ye lah kang ade paper dlm urine suke ati plak ckp aku sakit bukan2.then my result ready..

My worst experience at ER PArt 1

ha, elok2 nak update psl gi KL sekali update psl tersadai kat Emergency Room aka Bilik Kecemasan.Stucked there at 2.30am untill 5.55am. i'd been there 3 years back for same reason but different situation, different time.

Semuanya bermula bila terjaga daripada tidur around 1.15am. still early i think. woke up n drink plenty of plain water. tried to continue my sleep but i couldn't. trid to calm myself while tenyeh segala mcm VICKS n salap buah pala. nothing changed. pain getting harder n harder.

so i decided to woke up my litle sis. THanks God , senang plak budak kecik ni bangun. imagine how i knocked her door without making extra noise, kang terjaga pulek jiran2.
i asked her bout the pills n she said she cant find it. i we decided to go straight to the ER.

All the procedures is bull shit enough during my time.yes, we need to register, then wait another 10 minutes n called again for registrations fee RM1. owh aku rase nak mengamuk dlm sakit2 tu. sesi muntah2 lebey dr 10 kali while waiting for my name to be called. mau x hangin kan. ade sorg makcik n her daughter menunggu bersama.i expected that mebi ramai la patient kat dlm tu kan.

so when my name being called, i x dapat nak fokus sudah masa tu jam berapa sebab the pain going worst. n the MA keep on asking whether im PREGNANT or not. OMG, salah mandatori tu. masa aku regist tadi, x de plak ko tanye history bout patient kan. alergik ape, marital status,sakit ape, yg ko tau ko mintak duit singgit je.

aku ckp aku x pregnant, gile plak kan tgh2 period pregnant plak, nak kutip sape lak jd tok laki kau nak suh aku pregnant.tp disebabkan sakit aku x berupaya dah nak marah2. dia ckp dia bg ubat thn sakit dulu n kene bg sample urine tuk test. so did i, got half dose injection kat bahu. i prayed i will be oke i manage to go to the office to complete my KPI report for MAy.


to be continue

Sunday, June 5, 2011

Penat

pagi tadi sampai kat opis kul 2.50 pagi n safely arrived at home around 3.15am.. thanks to Azimah n her sis sebab tlg tumpangkan 5/6 journey.

pix dinner n sukan i will upload later. now sesi dobi baju lak

Puding Pelangi suke hati

Okeh, lama sungguh tak mengasah skill2 yg terpendam nih.
since duk umah 2 org sajek n sangat malas nak keluar beli brg2 nak masak yg recah2 ni..

so i decided to make puding pelangi.. ekceli i buat sagar2 pandan bersantan jugek..tp tawar plak rasernya..dakpe lah, asal leh telan ye dak?

wokeh..
ni leh rupe puding pelangi mak ngah ni..ade 2 versi salah satunya ade org ajor letak bekas tu senget..tp look miserable rite?


so the other one, mak ngah tuang kat tengah2 je malas nak fikir dah..maklum leh perut dah berkeroncong time tu.
rainbow
oke lenkali mak ngah rajin sket mak ngah buat apam polkadot tu plak ye..

notakukukakiku::seindah pelangi semacam itulah perasaan ku..eheks(mode gatal)

Not so true but a litle bit true

Not in every single way la but the par set up by my late dad also take a role in it.