Saturday, October 29, 2011

cakap2 orang

Assalamualaikum

Kita selalu dapat nasihat free daripada kaunselor tak bertauliah. tak kiralah saudara mara ke..sahabat handai ke.kadang2 nasihat2 free atau cakap2 orang ni ade jugak betolnya. dan ade jugak yang diberi atas dasar ape kita sendiri pun tak pasti bukan.

Kalau cadangan ataupun cakap2 orang ni lebih kepada nak menyusahkan hidup kita, better u think twice before u mak ur own decision. bukan ape, hidup kita, bukankah kita yang menentukan?
Mereka2 ini boleh lah bercakap2 sebanyak mana pun, memberi pandangan dan nasihat sampai kering air liur sekalipun. Namun yang tetap n pasti tuk menghadapinya adalah kita sendiri. mereka hanya mampu melihat dan mungkin di hujung2 cerita menyalahkan kita, andai keputusan itu x memberi benefit ataupun kebaikan.

Berbalik kepada cakap2 orang. Kadang2 rimas jugak. org yang rapat ngan kita, yang kita rasa dah mcm sebahagian hidup kita bagi nasihat yang kita rasa sangat ridiculous. x pastilah ikhlas atau tidak pandangannya, atau pun ade agenda dan muslihat lama yang masih tidak padam2 dalam hati dan ingatan mereka.Kadang2 kena jugak ingat kan..kalau nasihat yang diberi lebeh byk unsur2 cemburu dan perasaan x puas hati, jangan kata orang. kucing pun perasan oke.


kalau asik dengar cakap orang, abis semua mende x leh nak buat, camne nak maju. Sayang x bermakna memiliki, tidak memiliki apa yang kita sayang tak bermakna kita nak hancurkan hidup org yang kita sayang tu kan..kejam namanya.menidakkan kebahagiaan org. takkan kite je nak bahagia, org yg kita sayg x perlu bahagia sebab dia dah patahkan hati kita..XoXo

Wednesday, October 26, 2011

Waktu itu

been accused as too modern by my sista since im wearing a pair of black trousers..not a lady like one (not slack type) but more to casual type.tapi peduli hape kan.nak berlakon2 pakai baju kurung berjubah buat ape. its me.

For the first time lak tu..i chose black bawal tudung (black lagi..mmg gelap masa depan je rase).
parallel to my mood at that time lah. mood tadak, campur nak marah+geram+bengang semua ada.

Tak termasuk episod x bersembang sgt setakat 2-3 ayat je. Tapi puas hati dapat sediakan kueh tradisional Terengganu. harap pueh hati le ye.

segala layanan yang tak berape nak frenly tu harap dimaafkan.

that's all history kan. move forward for a better future. insyaallah

Monday, October 24, 2011

Tentang perancangan cuti Umum Deepavali

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
(eceh skema lak..oke oke oke..)

Korang2 semua buat ape eak cuti Deepavali ni? (Rabu -26/10/11)
Mesti planning baik punye kan..kalo di pantai barat cuti Deepavali ni tengah2 minggu ari bekerja.
Bagi kami di Pantai Timur dan juga di kedah, kire di penghujung2 la,walopun Khamis tu still keje kan.(nasib baik state Trg balik 3.30 petang ari Khamis kan..sudah untung di situ)

Setakat ni perancangannya nak pegi mengutip kulit siput(ceewah) di Pantai Chendering.
Pastu ade lak yg suggestkan tuk buat BBQ skali petang Rabu tu kat tepi pantai.
So tengah menunggu list nama berape ramai yg nak join.nanti leh collect duit n plan nak masak n bawak ape kan..

Tapi semuanya bergantung kepada keadaan cuaca yang tidak menentu ni..kadang2 hujan pagi, kadang hujan petang..kadang2 hujan sepanjang ari..jadi sama2 lah kita berdoa dan berharap cuaca tenang dan sesuai tuk aktiviti kutip kulit siput+BBQ+piknik tu..Ameen..

p/s: arini masa bukak blog, tgk ramai lak wish congrate sebab terpilih as blog pilihan en Ben Ashari..thank Ben..makin gigih lak rasernya nak update blog..cume kekangan waktu je kdg2 jadik masalah..insyaallah ade masa i'll make up sket blog ni...

Saturday, October 22, 2011

Cerita lawak ari semalam

Insiden kat Exit Rantau Panjang..bile driver kalut..
nyaris la pakcik Kastam tu x naik angin ye..
lepas lah beras 2 kampit tu..
mau pecah perut kalo ingat..hanya yg berada dlm kereta Saga TAV je yg tau..hahahah.
aku yg innesen..miahahah

insiden 2 di wakaf che yeh

Mat Apih::Aku gi berak kat Hotel td..
kitorg::Wah..hotel tu..hat mana satu?
Mat Apih::hang kua dr kedai ni..jalan stet je ade Hotel (aku lupe nama daa)
kitorg:: ye ke ni Apih?
Mat Apih::ye la..kene duit Rm5 td
Aku::gile mahal
Hafezal::hang biar betol ni
Mat Apih:: Ye la..aku hulur RM5 td..x tipu
Hafezal::RM 5???
Mat Apih:: Ye..dia bg RM4.50 kat aku

HAHHAHHAHAHAHAH..
lepas la buat meredakan hati2 yg di amuk amarah time tu kan


x termasuk insiden kesesatan cr kereta sebab pening duk tgk org lelong kat pasar Wakaf CHe Yeh tu..

Friday, October 21, 2011

Kisah2 teladan

Jangan buat kalau tak ikhlas
Andai bertarung pasti tewas

Esok hari hujung minggu
Masa bergembira dan berlagu
Usah termenung menongkat dagu
Pasti nanti ade yang tertunggu-tunggu


Kelantan, see u another 8 hours

Wednesday, October 19, 2011

Hari ini dan kisah di tempat kerja

Tidurku semalam tidak berapa lena kerana apa aku sendiri tidak mengerti.
Kusangka panas tengahari tapi mendung jugek sebab hujan dari pagi.
Ku mengerti siapa manusia baik budi siapa jenis busuk hati.
Ku nekad siapkan keje hal lain ku tak ingin peduli.


Hari ini mungkin hidupmu menongkat langit
Esok Lusa tak pasti siapa tersepit
Kerana setiap dosa yang terpalit
Pasti ada balasan yang telah dicatit


p/s: Allah tu Maha mengetahui dan Maha Berkuasa. Alhamdulillah, aku mengenal erti 'kawan' versi orang Terengganu part sinun.

Monday, October 17, 2011

Kisah 17 oktober 2011

Since arini sgt hectic dengan aktiviti berjimba2 buang masa keluar masuk opis .pg2 dah terkejar nak gi beli itu ini..dan akhirnya terkocoh2 dengan preparation state meeting..
termasuk TRAGEDI di depan pintu pagar MuZie
sangat tragis membawa kami sampai ke sekitar airport Sultan Mahmud sinun..tetttt.

as committee, aku rase sgt stressed dengan malaun2 staff atasan yg memerintah org dan mengarah2 dengan penggunaan word SEKARANG hello makcik,aku br nak amik napas dah ko dtg bwk muke kemek x psl2 la kan..tutup citer lah psl yg best ni.

actually sebelum TRAGEDI tu berlaku, (cerita aku dah tunggang langgang ni).NazRi ade bisik2 ajak gi somewhere Jumaat ni..
kunon2 aku ckp nak amik tempoh bertenang dulu nak fikir..padahal dah bitau mak dah td..mak x de ckp x leh gi pun(maknanya boleh la kan?)..tambah2 lak mak ckp "Beli beras siam hat 10kg tu skali.." x termasuk pesanan along suh beli selimut hat soploh hengget katenya..
maknanya confirm leh gi kan..kan kan..

aku x menjeleskan adik aku lg nak bitau aku nak gi jenjalan kalo x de aral melintang nanti..
lamenya x gi jenjalan ngan geng2 single mingle ni..last buek keje mcm ni bulan puasa, tp setakat gi bukak puasa skali n lepak2 kat org lelong2 brg2 raya je lah kan.

**teringat kata2 seorang teman ::Kalau dah kawen , suami mesti nak suh kite bancuhkan air untuk dia.-setelah dia dgr aku jawap"kalo dia nak air, buat sendiri..or just bancuh 3 in 1 je"
motif??? suke ati aku la dah life aku..

Friday, October 7, 2011

Cerita hari ini


menurut Kak Yong, dia jumpe Siti Puteri Hakimi(suke ati kan bg nama kat kuceng org tu) dlm longkang kat tepi umah ni hah..so dia ajak masuk. dan tanpa segan silu SPH ni masuk sampai ke dapur. x lama lepas tu mintak diri ke toilet..dia gi kencing oke..sgt beradab uols..

n kak yong telah di brainwash oleh makngahnya yg garang.sebab kurung dlm sangkar.
ptg tadi SPH ni dah blk umah dia kot..sesat kot..tp alhamdulillah dia kenyang.


**inilah antara tetamu yg dtg umah arini

Thursday, October 6, 2011

lite n ez

Dalam kehidupan kita seharian terlalu banyak perkara dan peristiwa yang kita tempuh. Baik yang kita suka dan yang kita benci.Mahu atau tidak kita tetap kena menghadapinya. Bukan seperti dalam cerita2 dongeng di TV yg boleh kita forwardkan(kalau kita rakamlah) kalau kita tak gemar sesuatu tu.

Bukanlah senang kalau namanya kehidupan. Dan bukanlah susah namanya dugaan hidup andai kita kuat dan tabah menghadapinya. Memang senang kita menulis dan bercakap-cakap macam kaunselor/pakar motivasi yg selalu kita jumpa. Nak melaluinya tu sedikit perit. Mana ada kehidupan yang sangat senang dan tidak ditimpa masalah. Pokok pangkalnya hati kita.

Andai kita menafsirkan hidup kita ni susah dan serabut.maka stress lah kita dengan kehidupan seharian kita.

Orang Yang Gagal Adalah orang Yang tidak pandai menguruskan masalah. Hanya Manusia yang mampu menguruskan masalah sahaja boleh berjaya.

Saturday, October 1, 2011

TrAGedik petang Sabtu

bukan tragedi dah..jd tragediks terus..
Since arini br ade ruang dan masa serta khudrat tuk keluar membeli brg2 keperluan..
So walopun hujan turun mencurah2, tetap gigih dan telah memaksarela the one n only niece tuk ikut together. tu pun setelah dijanjikan habuannya MEKDI.

Walopun ade tetamu dtg kat umah..my cousin n her daughter, my makciks2 n penjual merangkap kawan rapat our mum. mcm janji2 lak..dtg skali kan..tapi hajat nak kuar tu tetap diteruskan sebab dah set dlm kepala kan..time mood tgh ade ni..mmg lah. lagipun diorg dtg nak tgk AMsyar kan..bukan tgk Mak Ngah Amsyar pun
Entah ape lah yang x kena, mebi ade lah tu khilaf kat mana2 kan..tadi sesi memperabiskan duit di AVon Boutique..beli itu ini abislah RM100++..nak pegi Cosway tertinggal kad n kupon kat umah lg 1 la plak(so careless me)..so nak ke Hong leong Bank actually..tp dek sebab jalan jem( x tau apsal) n hujan yg sangat lebat. ditambah2 lak ngan bebelan penumpang umo 7 tahun kat sebelah tadi..so Mak Ngahnya telah memutuskan untuk terus pegi ke DRive Tru Mekdi..

hokkay..disebabkan tempat nya sgt strategik..berhadapan dgn pasaraya Giant..saspek ade jualan murah kot sebab semua kete berpusu2 masuk ke Giant sampai jem org parking di luar pagar. n nama je drive tru..sgt lembab oke..slow gile..order 10 minit br dpt ape yg di order..

lega lah sebab dah dpt nak melepasi kawasan jem..tetibe penumpang sebelah bersuara:
"kenapa air Ribena ni x kale pepel?"
tgh2 jalan jem nak menyelit nak elak kete yg ntah pape..aku belek2 air ribena kunonnya tu..
ku bukak penutupnya erm..aku silap tgk ke ape..(since pakai lens kaler violet)..
"Meh Mak Ngah test dulu rase dia"
konpem..air Sprite..tensen aku...seyes
"kakak tu silap bg..x pe la, Kak Yong minum je la air tu"
"Kak Yong x minum air x de kaler tu..tadikan kite order Ribena.."start berdrama dah anak sedara aku ni..siap buat2 muke..

oke sebagai Mak sedara yg sgt prihatin, aku pun try la cr jalan nak u-turn tgh2 jem tu..dan alhamdulillah manage to u turn n masuk area mekdi nak cr parking space..
oke kem salam sudah..x de oke..so, last choice aku masuk blk lane drive tru tu n wait for another 10 minutes..

sampai kat box order tu Mak Ngah dah naik angin;
"saya x nak beli/order saya nak tukar air"
"oke kak..teruskan pemanduan"
sampai kat kaunter bg makanan tu satu hal plak aku nak terangkan..jenuh oke..
aku rase aku ckp same language dah..x tau la mebi bile time marah tu speed aku ckp tu agak laju.. setelah 2-3 minit aku duk explain br lah budak tu paham..(thats why she work there..)

then my niece muke dah bercahaya ala2 taman I-city dah dpt Ribena..n best part sepanjang jalan tu ade byk trafic lite yg x function n ade lah abe2 polis trafik ni jaga kan..penat telinga dengan the one n only niece duk bebel2 komen psl polis n lastly dia tanya:
"kite x pegi bank pon?"

aku malas dah nak jwp..
n the worst part was brg yg dibeli di Butik Avon tu silap saiz. mmg pekak budak tu gamaknya..
or im the one yg tersangat careless x check semua brg yg dibeli td?oke..aku dah start tensen..

mencik!!!!!!!!!!!!!