Tuesday, June 26, 2012

x ingin lagi

kalau ianya hadir zaman2 sekolah dulu or lebih tepat lagi zaman2 muda remaja dulu mungkin jadi satu kebanggaan, mungkin akan tersengih2 seorang dan terbuai perasaan.

Namun dia hadir di saat yang tidak diperlukan dan tidak terjangka.
excited? Sumpah tak ada langsung.suke? sekelumit pun tak. ngeri dan susah hati lagi ade lah.

perasaan tu bukan boleh dipaksa2. ye saya setuju ianya boleh dipupuk secara perlahan. tapi saya bukanlah manusia yang terleka dengan perasaan itu. saya seorang pentingkan diri. mengapa harus memilih jalan itu andai saya sudah terlihat ribut taufan bakal melanda. duri2 dan ranjau penuh menghiasi jalan yang bakal saya lalui.
ye saya selesa sendiri. simpan saje perasaan itu.


saya yg tiada berperasaan kerana kita mampu menepisnya

Friday, June 22, 2012

pergi dengan tenang

pernah kita terfikir untuk meninggalkan orang tersayang dengan hati dan perasaan yang tenang dan senang?

Wednesday, June 20, 2012

Sunday, June 17, 2012

Friday, June 15, 2012

selagi masih sabar

Alhamdulillah. sebenarnya smalam ari plaing gembira dan bahagia bile big bos panggil tuk sesi penilaian. siap big bos ty pernah dpt APC ke idak. kembang lobang hidung Mak Ngah dengar pujian dan kata-kata dorongan dari big boss.

makin bersemangat bukan ape big bos dulu baik jugak cume idak le memuji keje kite buat dan ape2 pon seniority je manjang. sampai nak jelak duk dengar. yelah kadang-kadang nama je senior tapi keje haprak. duk keje pedajal orang ngan duk mengadu domba keje x jalan. manjang je ilang dr tempat duduk.kalo di tanya melenting pulok x tentu pasal kan.

Apa2 pon ade satu task yg sangkut. due date hari ni. sampai saat aku duk taip blog aku ni si Malaun aka pemalas tu x key in2 lagi data dia. dah kalau buat keje sorang2 dan kalo kite mintak soft copy n hardcopy dokumen x pernah nak bagi. macam ni lah. nak tlg key in part dia pon aku x mampu sbb x de dokumennya. dia? sedap2 g bercuti dr smalam. candat sotong katenya. kalo aku, ngan opismate n big bos di amik tindakan sbb kes dia sorg ni mmg seumur hidup la aku x lupe.

susah kalo kite tegur keje dia, katenya nak tabur pasir dlm periuk nasi dia plak. periuk pon x rupe periuk. camne tu.. oke dah jadi stress plak. dr mlm smalam sbb malaun tu reply sms kul 11.55 malam. akusyiok nyer landing tido. mau x hangin.

Astaghfirullahalazim. dia ni diutuskan dlm hidup aku untuk menguji kesabaran aku lah tu..x sabar wei layan org cenggini.

makan kek karamel lagi best. hahahaha. otw dah ni tunggu lg 45 minit. adik aku rekues

Monday, June 11, 2012

apa pon tak boleh

Assalamualaikum.

kadang-kadang aku sangat tak paham bile arahan dikeluarkan hal yang bersangkut paut dengan hal kerje tapi sebenarnya adalah hak-hak peribadi orang. Sudah lama aku perhatikan tapi tidak mahu pula aku dilabelkan sebagai pemprotes tegar walopun kadang-kadang perkara-perkara tu sebenarnya just ' silly thing' saje aku tuliskan dalam bahasa Inggeris supaya nampak macam best kalo ditulis dalam bahasa melayu nampak kasar agaknya.

bermula tidak boleh mengomen secara emotional di lama muka buku. diikuti wajib pakai nama betol kalo idak kene demerit. apekah. sudahnya rakan2 di opis neka dmembuka akaun baru menggunakan nama betol manakala akaun sedia ada menggunakan nama samaran/nama yang digemari. Sudah menjadi terlalu formal pulak. Apa pun tak boleh. kadang-kadang ruangan muka buku ni dijadikan tempat melepaskan stress dan menyuarakan ketidakpuasan hati. apabile semuanya harus mengikut rules n regulation. sudha jadi skema pulok.
makin tensi lah budak-budak kat opis

masih tidak paham mengapa mesti di sekat kebebasan dan diberikan peraturan seperti budak2 sekolah.
habis semua tak boleh. tu tidak termasuk episod manusia penghasut dan peracun. yang pendek kata menunggu kita tersilap langkah dalam kehidupan. laju saja nak bergossip dan mengadu domba ke serata alam. lebih parah lagi ke pihak atasan.
Ingat-ingatlah. segala apa yang berlaku dna terjadi ke atas diri kita sekarang(masih tidak insaf2 lagi) adalah balasan tentang apa yang kita lakukan. menganiaya orang. jangan sebab kita rapat dengan orang atasan kita mereka cerita tentang orang-orang yang kita anti dan kurang senang. itu kejam namanya.
kalau kita itu sudha terlalu baik. bile masa kita melakukan tugasan. semedang je duk intai FB orang. semedang aje msk lewat kuar urusan peribadi sampai 2 jam.

Kita mungkin boleh make up some good stories to cover up. tapi kita tak boleh menipu diri sendiri dan ingatlah. Allah itu Maha Mendengar.

Friday, June 8, 2012

Ade jua sebab-sebabnya

Assalamualaikum.

Kadang-kadang sakit jua telinga dengar cakap-cakap orang. umpat keji orang dan tidak kurang juga kata-kata sinis orang-orang sekeliling.Baik di persekitaran kawasan rumah, sanak saudara, YM n FB dan juga di pejabat mengenai persoalan MENGAPA TAK KAWEN-KAWEN LAGI.

Suke ati kan tanya. agaknya ingat kawen tu mcm g beli barang ala2 drive tru kot. lalu, order dpt brg then setel. hamboi2 Mak Jemah suke ati ek. Jodoh semua tu ketetapan Allah s.w.t. kalo tak dibukakan hati, x dilorongkan jalan dan tak dipermudahkan walaupun dah berdoa bagai nak rak. ape yang kita mampu buat. berdoa lah di hadapan Kaa'bah kalo belum masanya lagi. siapah kita nak menidakkan kekuasaan Nya. so jangan sebarang2 cakap ataupun menuduh golongan kami yang masih pegang status BUJANG ni sesuke hati korang. We do have feeling ya.

Tu tak termasuk kawan-kawan di FB or twitter yang pesen2 dah menikah beranak pinak ni la. abis semua mende citer umah tangga nak di sharekannya.

Baru lepas menyusukan Baby XX. sukenya dot susukan sendiri
ko x de mende lain dah ke nak citer?

umo 31 anak 2, umo 32 anak 2.5, umo 33 anak br 3. apsal la aku x kawen awal.
ni pesen x belajo agama ke ape. x reti nak bersyukur? lagi duk komplen2. tu semua kan Ketentuan

Tapi bile ade masalah umah tangga, masalah nak jaga anak. masalah nak mintak tlg bile suami takde di sisi. kawan-kawan yang statusnya BUJANG ini jugaklah. bukan dimintak tlg dah. dipaksa-paksa lagi ade la.Masa tu baru korang nampak betapa bergunanya kami-kami yang masih tak berjodoh lagi ni kan. masa korang mengutuk, masa korang duk sound2 kot2 kami nak rampas laki korang(ade aku teringin?) idak pulak korg terfikir kan.
alih2 ayat biasa korang gunakan.

Alah, ko kan x de komitmen ape2 lagi. tolonglah. bukan selalu pon

ape ingat kitorang x de keje ke? kitorg pun perlukan masa-masa bertenang di hujung minggu. masa-masa bersantai dan merilek2 kan diri. berspa bagai. Hormatilah privasi kawan2mu yang statusnya masih BUJANG. dan suke ati dialah nak g keluar ngan sape2 pon asalkan orang tu bukan SUAMI ORANG. Ngerti kalian?


p/s: teringat insiden one of my relatives yang duk meraung di telefon siap warning kakak2nya yg masih BUJANG supaya jangan kawen.kalo idak senasiblah dengannya. very the silap konsep. yg ko kenal org tu 2 bulan then bute2 g menikah sbb kawan baik tunjukkan kenapa?menikah pulak dengan orang negeri pantang MAK AJI MUNAH nyer pilihan tu? Al-fatihah tuk arwah tok

Monday, June 4, 2012

bile kupu2 menyentap

Assalamualaikum

Arini byk lak nak buat entry. suke ati la kan, blog kite. kite punye hal la. korg x suke. korg boleh pejam mata jgn bace oke.
inilah bile budak2 tak de keje duk nak mesra2 alam berpesbuk.

lagi2 pulak tu sedara mara-berkupu2 lak tu. kalo duk mengomen men sedap jari je. aritu bapaknya yg ade mAster dan tua bangka nunggu nak pencen je tu duk ngadu domba ckp kat our tokwan yg cucu yg sorg ni liar kuar ngan lelaki. keluar jumpe kat Kamdar pon kotnya di tuduh mcm2. agak2 la apak kupu2 oi.

Ni kupu2nya duk komen suke ati. org kate nak komen tu bg salam la dulu. idak2 pon ko baca la paham dulu2 kesah ape org duk cakap. ni main terjah. silap paham. pastu bile tegur menyentap lak. g delete pos. termalu la tu. kalo dimohon kemaafan kan senang. x mintak gi sembah pon yg tua ni. mintak di hormati je. kalo sama je anak beranak suke jaga tepi kain orang, suke ckp hal2 buruk org suke gossip x tentu hala, jangan samakan kami yg x brape nak bergaul ngan kupu2 ni terlibat dlm kegiatan x brape nak pandai korg tu.

lebey baik kirenya kupu2 fokus belajo. buat duit byk2. kalo rase nak tinggi sket level dr kami ni. pi la menikah awai. so tinggi martabatnya berbanding kami yg x brape nak kawen lg ni. korg kan dah berlaga2 pipi buh gambor dlm pesbuk. kan mulia tu. x liar sebab gambar mcm tu apak kupu2 suke tgk. laku kan anak dia kan....................

oke. kami yg bukan kupu2 ni jahat sgt plak malam ni..geram sey.

padamu aku bersujud

Ku menatap dalam kelam,

tiada yang bisa ku lihat,

selain hanya namaMu,

Ya Allah


Reff:

esok ataukah nanti,

ampuni semua salahku,

lindungi aku dari segala fitnah


Kau tempatku meminta,

Kau beri ku bahagia,

jadikan aku selamanya,

hambaMu yang selalu bertaqwa


Ampuniku ya Allah,

yang sering melupakanMu,

saat Kau limpahkan kurniaMu,

dalam sunyi aku bersujud

Saturday, June 2, 2012

Perihal teruskan kehidupan

Assalamualaikum.

Terpanggil pulak untuk sama-sama kongsikan dan memberi pandangan mengenai sesuatu perhubungan yang sudah berada di penghujung ceritera. Bukan kisah kontroversi dan juga bukan kisah gossip-gossip terkini. Cuma kadang-kadang jatuh kasihan pada mereka yang terjebak dan tidak mampu untuk meneruskan kehidupan dengan keadaan normal iaitu terdapat gangguang emosi dan perasaan yang melampau sampaikan ada masanya mereka ini membuat sesuatu yang bisa menjatuhkan maruah dan harga diri masing-masing.

Sementelaah pula kawan baik saya khabarnya ikatan perkahwinannya dikatakan sudah sampai ke penghujung jalan. cuma menunggu kata putus jawatankuasa pendamai. Tetapi dia telah yakin dan redha suaminya bakal menceraikannya. Sudah tiga bulan dia dan kedua anaknya ditinggalkan di rumah. Suaminya pergi meninggalkan mereka tanpa apa-apa pesanan. Tahu-tahu sahaja mendapat surat daripada mahkamah syariah untuk permohonan cerai daripada pihak suami. (seperti kisah seorang dramatis terkenal bukan). Iye kisahnya hampir sama . Suaminya lebih muda (mungkin kurang matang, kurang kasih sayang ataupun terlebih dengar cakap-cakap orang yakni saudara mara). Sudah sehabis cadangan diutarakan semasa di mahkamah tempoh hari. Kawan saya ini setuju untuk dipoligamikan.Namun sang suaminya (punye byk kuasa dalam rumahtangga) tidak setuju. tiada persefahaman katanya.

Kisahnya mahu bercerainya ini bukanlah kali pertama. Dahulu sudah timbul semasa anaknya baru seorang. kejadian diterajang suaminya di bahgaian belakang badan ketika itu memang nekad kawan saya ini membuat report polis dan mau memfailkan penceraian. Tetapi dek pujuk rayu suaminya (sumpah mukenya muke orang baik-baik dan sebetulnya dia seorang ustaz yang bekerja di jabatan kerajaan tersohor bab-bab agama di putrajaya). Tiada penceraian berlaku dan kawan baik saya ini telah dimarahi dengan teruk oleh keluarga. keluarganya tidaklah besar. dia merupakan anak bongsu daripada tiga beradik. ibu bapanya masih sihat walafiat. Setahu saya tiada ibu bapa yang mahu anaknya terseksa batin dan zahir kan.

Bukan saya mahu mengaibkan kawan saya dengan sama-sama kongsikan ceritanya di sini tetapi saya sangat kagum dan hormatinya kerana die telah bertekad dalam dirinya. Walaupun suaminya tidak mahu memberikan kerjasama dalam usaha jawatankuasa pendamai menyelamatkan rumahtangganya. suaminya berkeras mahu bercerai dan sepanjang usia perkahwinan mereka. sang ustaz ini tidak segan-segan membandingkan isterinya itu dengan bekas kekasihnya. Nah, baru kamu tahu mengapa saya sangat hangin tak tentu pasal semalam selepas mendngar sesi soal jawap rumahtangga di radio THR smalam?

NASIB BAIK (saya suke menggunakan perkataan ini walopun ditegur berkali-kali oleh seseorang sampai tahap saya merajuk) kawan baik saya ini bekerja. punya sarjana muda dan dalam usaha mendapatkan PHd.teringat pula kisah-kisah di THR semalam yang telah bisa membuat ustaz jemputan tersebut menangis kerana wanita-wanita yang dikhianati oleh suami mereka itu adalah seorang SURI RUMAH yang tiada pendapatan sendiri. jika di ceraikan, bagaimana mereka mahu memulakan hidup baru dengan anak yang 3-4 orang? saya tidak menidakkan rezeki Allah s.w.t. Saya percaya teguh rezeki Allah ada di mana-mana. cuma saya kesalkan kegetiran hidup wanita-wanita ini. saya bukan Sister in Islam yang memperjuangkan hak-hak wanita. Tapi saya hanya mampu di sini di ruangan ini meminta manusia-manusia yang bergelar lelaki. Bersedialah anda sebelum anda melangkah kaki ke alam perkahwinan. sedia dari segi kewangan, dari segi ilmu agama.Bersedia dengan ilmu-ilmu sabar dan ilmu-ilmu seorang ketua/nakhoda yang berhemah agar penumpang-penumpangmu aman dan bahagia bukannya menderita.

Kawan saya ini, yang selama ini ditemani ibunya di ibukota telah meminta ibunya pulang ke kampung (ibunya pnya tanggungjawap terhadap suaminya kan). katanya. dia perlu belajar hidup sendiri perlu belajar menjadi kuat dan tabah dan dalam proses belajar menjadi lebih redha. hanya anak-anak yang menjadi sumber kekuatan dan sebab mengapa dia masih mampu tersenyum.MasyaAllah, anda mampu berbuat demikian jika berada di tempat kawan baik saya itu? Saya sendiri belum tentu mampu.

Oleh sebba itulah saya sangat sangat SANGAT bengang dan marah dengan perempuan-perempuan gedik yang duk meroyan di Facebook di Twitter dan di blog masing-masing apabila ditinggalkan oleh sang kekasih dan tanpa segan silu meletak status yg sangat memualkan semata-mata untuk mencari publisiti muarahan aka menjaja diri mengatakan dirinya SINGLE dan meraih simpati peminat-peminat. Mungkin cara itu melegakan tekanan dan dirinya meras puas hati apabila bekas kekasihnya melihat respond jantan-jantan kabaret mengomen simpati?

Ok. Seems like You don't need me anymore. It's Ok as long as I can see you happy. I still miss our happy moments together even I've been dumped for several times. We're still friend right? =')

Aku belajar utk menjadi insan REDHA..dalam mengharungi UJIANMU yang TIBA, aku cuba menjadi BAHAGIA, walau HATI sarat PENUH DUKA kerana aku tahu ada CINTANYA..bersama ujian yang sedang ku RASA.

Technically I'm single. But emotionally I'm taken because in my heart I'll always be his girl even if he doesn't know at all.

status2 ini saya pinjam daripada frenlist saya di FB. pinjam untuk tatapan dan pengajaran orang lain.

Saya tahu itu FB maisng-masing dan status masing-masing punye suke lah seperti kata-kata yang selalu dilontarkan bila kita menasihati orang untuk menjadi lebih baik.
Kubur lain-lain kan

Sebab kubur lain-lainlah kita nak bagi nasihat. kalau esok2 kubur kite bersebelahan tidaklah tersiksa dengar rintihan dan lolongan kawan-kawan yang disiksa Mungkar dan Nangkir. sebab Fb masing-maisnglah saya mahu menasihati kawan-kawan. Jangan gadaikan diri dengan status sebegitu. mungkin anda bangga dilimpahi simpati dan ade jantan-jantan gedik duk menempel di FB anda menunggu update status anda.

alangkah baiknya kalau kita tidak lagi mengeluh tidak lagi meminta-minta sesama manusia. kalau kawan baik saya yang sudah mempunyai 2 orang anak. anak keduanya berumo 5 BULAN. dan suaminya mau menceraikannya, dia tidak mengeluh. dia belajar SABAR dan REDHA. anda baru ditinggalkan kekasih anda bukannya suami anda. sepatutnya anda bersyukur lelaki itu meninggalkan anda sekarang bukan dimasa anda bergelar isterinya dan sesungguhnya Allah itu mengetahui apa yang terbaik buat diri hambaNya.


~saya juga dalam proses belajar redha tapi tidak bermaksud saya sudah berhenti berharap. kerana saya masih bisa berusaha memajukan diri, membahagiakan diri saya tanpa simpati orang yang tidak sepatutnya.

Friday, June 1, 2012

ingatan sesama manusia Islam.especially muslimah

Minggu ni di opis sebuk dengan skandal an gossip2 yang telah menjatuhkan air muka dan maruah 3-4 orang.
DI tambah-tambah lagi bile dpt tau my best fren during secondary skool nak kene cerai ngan tok lakinya yg 'ostaz' itew.
ada plak penambah perisa pg td di THR duk ade sesi ngan sorg ustaz ni (lupe nam tp bergelar Dato'). ustaz ni siap menangis bile ade seorang isteri yg telefon mintak pandnagan mengenai rumah tangganya.suaminya sgt tak bertanggungjawap dan akak tu suri rumah sepenuh masa.kalo x silap nak kne cerai gak tu.

br je jap td duk merewang2 tgk FB org. ade la seorang kawan ni. kalo dulu suke dia mengajak org ke arah hidup yg lebih baik dan lebih sihat,cerita bagaimana dia berjya turunkan berat badan dia n dia sgt bangga dengan pencapaian itu. tahniah makcik.
tp tadi bile tgk dia letak gambar dia yg di ambil(sy pasti bukan suaminya) dgn gaya gediks. baju ketat(tp masih beriman sebab tudung masih di kepala).

konsepnya camne tu. dulu suke cerita 'aku baca buku ni, buku itew'(buku2 motivasi diri dan buku2 keagamaan-which aku sendiri x mampu nak buat mcm makcik tu).mane pegi pengajaran buku2 yg dia pernah baca dulu tu? bukan soal manusia berubah, tapi soal manusia islam itu tahu ape baik dan buruk tapi tetap tegar memilih yang buruk2 untuk hidupnya.

arini bukan nak membebel sgt pon sebab penat. ditambah2 dengan kelupaan id n pasword blog penulisan aku tu. so aku jd annoyed tgk pix dia di FB. ye kubur kami lain2. tapi aku kesian. kalo selalu dia sama2 menasihatkan rakan2 yg lain jgn duk pakai legging..oke fine. tp kalo pakai inner ketat n nampak bentuk badan yg sudah ramping itew. mungkin mengikut pemahaman dia x berdosa.

aku bukan nak jadi ustazah di ari jumaat ni. cume heran.

Not so true but a litle bit true

Not in every single way la but the par set up by my late dad also take a role in it.