Friday, September 27, 2013

hectic+stressfull

Dugaan hadir tak kira masa dan ketika.
kadang2 datang bertimpa2 macam pepatah melayu cakap
:Sudah Jatuh Ditimpa tangga: terpijak tahik ayam. (yg ni aku tambah)

Semalam dah bermula peperiksaan final tuk semester 1 pengajian aku ni..
macam x percaya je. sekejap je waktu berlalu. dah nak abis part 1.
umur makin bertambah (penyakit lupa dan hilang ingatan makin menjadi2. risau betol)

masa tengah2 cantik nak study ni lah macam2 datang.
nak kene keje luar. time ni lah CEO baru datang nak berkenalan.
kite AJK pantry bulan ni berhempas pulas gi cari menu nak bagi ceo makan. adoila..

Tak termasuk agenda Audit ISO dr pada auditor dalaman 2-3 minggu lagi ni.
elok plak nama naik kene gi KL lagi.kursus je la kejenya.

aritu dah aku bilang masa nama naik awal bulan 9. tapi dah ade pegawai atasan
yang buat2 bijak pandai x bagi pegi suh ganti dengan orang lain atas alasan kawan tu
tak cukup kursus. bile aku cakap kursus tu wajib semua staff kene pegi x percaya.
ni nama naik lagi x leh nak tukar siri lain dah.

elok2 last paper pagi. lps exam kene travel g KL plak.
Masya Allah, kuatkan lah semangat aku ni..

Masa2 tgh exam ni lah pulak datang idea nak buat kenduri aqiqah tuk Auni Aqilah.. sabau ajelah MakNgah oi.

Study group maintain setakat ni. jangan duk cakap aku gi dating or menggatal dgn jantan sudah.
kami study ramai2. sebenarnya tak susah pon hidup as orang Single x kawen lagi ni.

yang susahnya masyarakat sekeliling yg susah2kan mulut depa tu duk mengata mengutuk.
haish...

good luck for me.. next paper Selasa ni..

Saturday, September 21, 2013

Exam is around da corner

sekejap je rase dah nak abis satu semester..
asgn n test semua setel.

tunggu 1st paper Khamis ni..
lamanya x merasa bertapa dlm dewan peperiksaan. amik ko Khamis ni merasa la..

Esok start agenda bertapa kat Library buat discussion n study last minit ape2 yg patut..

Semoga Allah permudahkan segala urusan.Ameen

Tuesday, September 17, 2013

KEBIASAAN TIDAK MENGHALALKAN YANG HARAM

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum.

terketar-ketar tangan menaip setiap patah perkataan dalam blog malam ni. Tugasan masih ada 3 belum kesudahan. esei2 yang panjang. tapi saya sangat teruja untuk menyiapkannya.

Kisah jari jemari menggeletar tu kerana terlalu marah dengan manusia biadap yang seringkali menggunakan bahasa kesat apabila dia dilanda masalah. sesudah usai menyakitkan dan melukakan hati orang sekeliling laju pulak dia mintak maaf. Kalau sekali dua bolehlah kita maafkan. tapi kalau acapkali terkeluar perkataan 'bodoh' ditujukan kepada kita. tak termasuk carutan2 yang sangat tak manis untuk saya titipkan di sini.

Saya naik angin, Tapi Alhamdulillah masih mampu menjaga tutur kata dan masih mampu memberitahunya saya berkecik hati.
Bukan sekali dua saya mengenali bangsa negeri tersebut yang sememangnya kasar bahasanya. mungkin sebutan perkataannya kedengaran lembut tapi percayalah KEBIASAAN TIDAK MENGHALAL YANG HARAM.

Saya anggap dia kurang pandai menangani masalah mentalnya.
dan juga kerana kebiasaannya dia memang suka memaki orang mungkin baginya itu perkara biasa dan halal di buat kerana mungkin dia terdidik daripada kecil dengan budaya carut mencarut dan maki memaki.

wallahualam.

~meneruskan karangan tugasan itu lebih afdal daripada melayani perasaan yang sakit hati kan.

Wednesday, September 4, 2013

sesekali kenangan mengusik jiwa

amik ko...
dari smalam duk mengimbau kenangan lama

tetibe plak dia requested nak add as fren kat FB
tangan plak gatai g accepted

sudah.
bersambung episod cari ketenangan kat Kinokuniya ptg td

Not so true but a litle bit true

Not in every single way la but the par set up by my late dad also take a role in it.