Tuesday, May 31, 2011

bila tikus jadi harimau

Tak payah nak belek mana-mana buku peribahasa carik tajuk entry aku ni sebab pastinya tak jumpa.
its not about yesterday,ianya adalah kisah hari-hari.

Susah bila orang bawahan ni berlagak jadi CEO. perli orang sana sinu, cakap main lepas je kan. mendapat sokongan padu dan mampat plak dari orang kesayangan, makin menjadi2 lah perangainya.
Sudah hilang rasa hormat pada staff atasan dan kalau rase diri tu dah besar sangat, cubelah hormat kat orang lain.

Kerana seorang manusia itu wajar dihormati bukan kerana pangkatnya tapi kerana dia juga manusia. dan kita juga gembira dan senang hati andai wujudnya rasa hormat menghormati di antara satu sama lain. Tapi kalau cakap pun main taram orang je memang lah susah kan.

Faktor ape ntah yg merasuk aku pun tak tahu. nak andropause dah kot..
sebenarnya peribahasa paling sesuai kaduk naik junjung.

notakukukaki::pagi2 gi stesen minyak dah kene sakat. budak2 lelaki zaman sekarang ni berani betol. akak ni dah tua dik oii

Saturday, May 28, 2011

Bisik-bisik Gelora

FInally berjaya abiskan buku Fauziah Ashari ni petang tadi. Dalam sibuk2 ramai org datang berkunjung ke rumah kan.

oke lets do the work

~kisah Umi aka Basrin Umira yg sangat liar, bese la anak tunggal oke. so dihukum oleh parentsnya dihantar ke kg masa tu lg 2 weeks nak dpt result SPM.

unfortunately(drama lah kan), dia kene tangkap khalwat ngan anak pak Imam oke.so kene paksa kawen.ari nikah tu lakinya kene tangkap ngan pak polisi n parentsnya plak accident n meninggal on the dot.

so Umi larik ke London.while the husband went to jail.
7 years past n she come back to Malaysia n sunggu x sangka cempedak jadik nangka dia terserempak pulek ngan sang suami..

mcm2 konflik jadik, ade sedey ade lawak ade cam bangang.

nak tau kene beli le bukunya.ngeh ngeh ngeh..

karya FA ni aku bg rate 4.5/5. since dia x meleret, penulisan dan pengolahan yang matang.i like.

Fauziah Ashari

Karya Fauziah Ashari-Bisik-bisik Gelora



actually dah ade byk buku aku bace 2-3 menjak ni cuma x datang mood nak buat review. nanti kalau rajin aku komen buku Sri Diah yg aku sangat menyesal baca.

So buku FA ni aku baru beli semalam kat Pesta Buku Terengganu 2011 pegi sekali ngan Shakir,Nazri n Nazirah. Asalnya nak beli buku Siti Rosmizah yang Cik Mimi kita buat review tu7 hari mencintaiku. tapi malangnya ade 1 booth Karangkraf je yg jual novel cintan cintun ni. n mostly x de stock lak. jenuh aku tanya budak yg jaga booth tu, harem dia x tau. mat rempit mana ntah yg dikutip suh jaga booth. satu buku pun dia x tau dan nama penulis pun dia x kenal, apatah lagi aku nak tanya buku mana yg best kan.

KArya FA yg 1st aku baca haruslah Ombak RIndu yang khabarnya kini filemnya sedang giat menjalani penggambaran.then ade 2 lg novel sambungan kisah Izzah tu.

agaknya penulis ni suke benor letakkan tajuknya berkaitan alam. yelah ombak la gelora la, macam2 kan. ape2 pun karya FA ni matang dan tidak meleret2 dan sesuai lah dengan taste aku kan.
so next time aku buat book review pulek

notakukukaki::my mum n sis gi umrah esok. my problem is sape nak hantar ke opis malam nak ke KL on 2rd June ni. takkan nak suh my sis yg bongsu yg sorg2 kene tinggal kat umah tu..adeih la

Friday, May 27, 2011

Dinner APC dan Karnival Sukan

Our Annual Dinner n Majlis Anugerah perkhidmatan Cemerlang untuk 2010 akan diadakan on 3rd June 2011. Sukannya pada 4 Jun.

Tarikh asalnya adalah 27 dan 28 Mei which is tomorrow n day after tomorrow
Bercakap pasal dinner ni, aku tak de mood nak gi carik baju tuk attend. Sebab ape?
meh aku citer. our HQ dah setkan temanya adalah western. baik dr segi jenis makanan dan juga dresscode. dah diberi contoh2 dressing dah pun sebenornya.
Adelah dalam awal bulan Mei tahu temanya cume, our state management lambat decide tuk keseragaman staff kite ni.so mmg x dapek la nak gi tempah2 baju or cr yg beriya ikut tema.(macamlah aku yg dapat anugerahnya kan)

Temanya tuk rombongan cik Kiah kami adalah black n white. i hate to tell that was my previous state's theme during our Annual Dinner Negeri Selangor. which i wore white salin blouse, black embroidery's skirt n long abstract white n black scarf. kalau diikutkan hati aku nak ulang pakai yg tu je tapi very x ikut la tema western tu kan.

so ptg tadi, niat asalnya nak gi Terengganu Trade Center tuk ke Pesta Buku n ke Karnival Jualan Barangan Berjenama. tapi udahnya beli 2 bijik buku je n satu ala2 jubah(wont reveal the pix here since nak jahit manik sket lagik kasik bling bling)
semuanya ni hasil cucukan dan firestone 'adik' aku sorg ni si Nazri dan partner incrime tangkap anak kucennya Si Shakir. x pasal2 aku n Nazirah gi buang duit RM120.00 tu pun penat gak si NAzri bodek akak tu suh kurangkan harga dr RM150.00

Tahun ni aku berpeluang merasai pengalaman naik bas berrombongan CIk Kiah ke KL. Dinner kat Ball ROom,Shah Alam Convenction Center. x kesah lah. tudung recycle je, kasut dah ade, cume nak selongkar lemari je. dinner beg je belum jumpe lg.

Wednesday, May 25, 2011

Bengang

x tahan dah ni. nak kene merapu jugak

ni yang aku tak suke bile jd unofficial secretary tuk alumni sekolah
kalau semua bagi kerjasama baik dan tak menyakitkan hati senang keje nak kumpulkan orang ramai-ramai.
ni nak buat gathering, bile mintak no fon n emel kene sound plak. x leh bg no fon. suh hubungi pakai emel..oke fine la kalo ko x de tepon ke x mampu ke(padahal x pun)
tapi boleh tak bitau elok2. so annoying. nak kate period lelaki lak tu. nak masuk fasa andropaos kot.

eii geramnya aku. kalo setakat Pm kat aku takpe. ni bantai letak kat wall Group.
pegi mampuslah ko. x hingin aku nak bergathering tgk muke ko!!!


notakakikuku::aku x tau la kalo orang tu masih terkenang kisah monyet dan anak anjing zaman2 sekolah dulu. past is past la pokcik wei. sengal

Tuesday, May 24, 2011

Edisi sengal-sengal badan

Sebenarnya sejak dari semalam lagi the whole day tekak perit, then mcm ade kahak semua. Lebih2 lagi sebab puasa kan.
Since arini x puasa so ingatkan dah oke la, minum air suam, minum semua yg panas2 belake.makan pun mee rebus tengahari td.cume masa lunch tu x dapek nak ditolong telah memesan jus epal. x pe lah x de org yg tegar nak bebel kan.

balik2 opis nak naik solat badan rase x larat sangat. lenguh semua sendi2 especially tang kaki, lutut. nak jalan naik tangga pun rase nak berhenti je.tapi gagahkan jugak sebab arini my turn kene present tuk Kursus Dalaman. mmg la suara menten je ,baca notes sampai 16 pages. tp badan dah seram sejuk.
jari dah lenguh2. byk sms x reply, apentah lagi nak buat keje.duk melepek je kat cubicle.

Time nak balik td mmg x larat sangat macam nak tido je kat depan kaunter tu. budak2 opis yg hold my hands pun ckp panas gile. dia rasa panas dr dalam badan.i dunno why. nak demam agaknya.

so decided tuk lalu jalan yg x sebuk n mendamaikan fikiran(tipu...ade org mabuk bwk kete td masuk lane org ,nyaris terbabas masuk gaung semak aku elak td).ni sampai umah, tunggu my mum n my sis blk dr pasar malam.nak mkn,then makan ubat n have a good rest. serious penat sangat arini x tau apsal.

Sunday, May 22, 2011

Mengenai dunia artis

Mak: Rozita ni cantik ke? Mak tgk biase2 je.sana sini orang duk kate cantik. x de nampak cantik pun

Adik: Entah ler.

MAk: Ni jadik duta iklan Safi pulok. x de org lain dah ke?


Heran sebenornya tetibe lak mak aku bergossip psl RCW ni. aku 3-4 menjak ni dah slow down psl gossip2 ni.malas nak amik port.tp aku kesian plak kat si Syahir tu. mcm x nampak pompuan lain dha nak dibuat awek.


enuff said, kang kate haku jeles lak kan.

notakukukaki::muak dah bc kesah RCW ni

Tuesday, May 17, 2011

Happy Teacher's Day

Rasernya tak terlewat lagi nak buat entry pasal Hari Guru ni.
Kesibukan di tempat kerja dan macam2 hal yang datang menjenguk membataskan waktu untuk mencoret Bukan Kisah Dongeng ni.

Di Muka buku , x sempat nak tagged sesape pun waima cikgu2 aku, kenkawan, or sedara mara yang bergelar cikgu , just wish secara general je. untuk dia pun aku x wish. nasib la kan.

Teringat zaman2 sekolah dulu, masa sekolah rendah la paling beriya sambut hari guru ni. sebuk mintak duit ngan mak. masa tu mampu beli pen tak pun bunga ros kaca yg berbau wangi tu.buat kad la. pastu as usual ade sambutan lah di sekolah. dengan bacaan perutusan pengarah pelajaran(betol ke?) dan juga menteri pelajaran. then tgk cikgu nyanyi . me myself pun hapal kan lagu tu sebab dulu2 masuk koir sekolah.

Then sempena ari guru mmg x belajor le. lepas acara di dewan besar. kite lawan netball n football lak ngan cikgu.parents pun ade yg dtg sekolah time tu. silap2 org PPD pun dtg turut serta.

Di peringkat sekolah menengah pun begitu jugak cume x beriya sgt sambutnya sementelaah busan agaknya. cume part plg best gi wish kat cikgu kesayangan yg menjadi pojaan hati.hahaha. ala zaman sekolah kan.

Semua orang mungkin labelkan kerjaya perguruan ni adalah profesyen yg senang dan paling best.cuti banyak,keje pun separuh hari. x de banyak tanggungjawap. tu kate sesetengah orang. kalau tidak masakan org berlumba2 untuk mengisi borang KPLI dan DPLI bukan? bukan jugak guru ni satu profesyen pilihan terakhir. last choice katenya. especially bagi graduan jurusan2 yg menyukarkan tuk ditempuhi especially golongan wanita yang dah beranak pinak.

Malas nak merepek panjang. yang aku boleh katakan adalah menjadi seorang cikgu adalah BESAR tanggungjawapnya. sebab apa aku ckp macam tu? sebab aku pernah terjebak dalam kancah perguruan ni. x lama sangat tapi lebih drpd 7 bulan kalo x silap.

Banyak pengalaman, dan enjoy jugak sebenarnya. tapi kalau hati tak suka usahlah diteruskan. ye dak. memang x biasa bile kuar ke pasar malam x pun ke mana2 terserempak dengan anak murid paling happening bile diaorg assigned kite as Teacher n keep on calling dr jarak yg jauh.sampai semua org pandang.tu tak termasuk diperkenalkan kepada seluruh kaum keluarga. Berat pandangan masyarakat kepada cikgu ni.

Ala2 artis gitew.hahaha. nak kene jaga penampilan, pertuturan dan byk lagi lah.Paling tidak berat kepala nak fikir nak bentuk anak2 kecik ni tuk jd orang yang boleh dipakai tuk membina negara di masa akan datang.dengan masalah sosial yg sangat serius zaman sekarang ni. Aku awal2 dah surrender.

Akhir qalam, Selamat hari Guru. JAsa dan pengorbanan golongan ini tidak ternilai.walaupun rata2 parents kerap melabelkan cikgu2 ni keje x ikhlas sebab dibayar gaji.

notakukukaki::Selamat Hari Guru untuk cikgu Fatimah di Tadika cikgu Fatimah Sura GAte, Dungun(1986), cikgu di tadika Kemas ,Jalan Bunga Raya, Dungun(1987), Tadika Kemas Jalan Pusara, Kuala Berang(1987), Cikgu2 sekolah Kebangsaan Kuala Berang(SKKB) (1988-1993), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sheikh Abdul Malek(SHAMS), Kuala Terengganu (1994-1997), Sekolah Menengah Sains Sultan Haji Ahmad Shah(SEMSAS), Kuantan (1997-1998), warga penysarah di MCIIUM, Petaling Jaya dan IIUM, Gombak.

Sunday, May 15, 2011

iklan jap

nak celen mc d n kfc..tp rasamas ni link ngan kfc rasernya
mcm x jadi puasa je esok ni..haish..budak2 suke tau nak khianat puasa n diet aku

kezutan

Owh arini time ujung2 nak balik tu(time ade org pujuk suh bukak puasa kat RasaAyam)tetibe dapat surat. confirmation letter oke.

abis pecah perut aku gelak td.camne leh terlepas dah le nama aku sorg2 yg dpt sedangkan aku x complete lg pakejnya.adoila.kecoh td hampir 3-4 org duk baca surat aku beriya2 nak phmkan kot silap baca kan.
x lain ni mesti HQ salah. tp bagus gak kalo nak bg status mcm tu kat aku.senang kan.esok jenuh nak explain kat Tuan Haji.

ALhamdulillah arini berjaya puasa tanpa ade rase sakit perut aka gastrik. smooth je.cume perit tekak.mebi nak selsema.kat opis pun dah ade 2-3 yg demam.arini aku amik pendekatan dgr version terowong. pelik tak tu.masalah umah tangga n masalah kesian dan sedih2 ni aku x suke nak dgr.lebih2 part org tu yg jenuh aku nasihat elok, tp degil.
sudahnya aku marah, pun x jalan. so u citer la beriya2 pun, walopun berkoyan2 tempayan air mata ko kuar,tidak ku hairan.

itu yg plg bagus.dan paling tepat.baik fikir masalah sendiri kan..


notakukukaki::esok nak puasa ke idak,haish..apsal la ade iklan rasa mas buat offer yg lunch hour neh

Saturday, May 14, 2011

im speechless

Lain kali buat lagi lah macam tu
buat lagi n tgk camne aku jadik reksakse ngamuk2

Tuesday, May 10, 2011

Tentang kekecewaan

Siapa yang tak pernah alami kekecewaan dalam hidup? Tipulah kalau hidupnya tak pernah kecewa. selagi bernama manusia dan selagi ade kehidupan yang perlu dijalani, selagi itulah episod kekecewaan ini tercatat dalam kamus perjalanan hidup kita.

Hari ini aku melihat kekecewaan rakan2 yang mana tak berjaya mendapat APC aka Anugerah Perkhidmatan Cemerlang. Ye, kecewa itu tidak salah jika dijadikan stau azimat untuk berusaha dengan lebih gigih. Tapi kalau tak dapat APC tu x payah lah nak perli2 orang yang dapat tu.Inilah namanya kalau keje mengharapkan balasan.

Kecewa tidak dapat mengorek perihal personal orang pun ade juga. ke sana sini bertanya tentang orang yang mungkin diminati beliau. Kesian pulak bila melihat keadaan ini. tak termasuk kecewa bile cintanya tidak di balas. kecewa makin jatuh teruk ke dalam gaung yang sangat dalam.kesian sungguh beliau itu.

Kekecewaan ini terlahir bile ape yang dihajati tidak menjadi kenyataan. Namun, jangan terbawa-bawa dengan perasaan kecewa itu, kelak memakan diri.satu kerja pun tidak menjadi.kalau fikiran asyik melayang dek kerana melayan perasaan kecewa itu. sudahnya menyusahkan orang lain.

dalam banyak2 kekecewaan, aku tengok yang paling parah dan sukar sungguh diubati adalah berkaitan dengan perihal kehidupan berkeluarga. Ada yang kecewa dengan kehidupan rumahtangga mereka. dan kadang2 seakan menyesal. ade juga yang kecewa kerana masih tidak mempunyai cahaya mata. kecewa dengan sikap suami.dan kecewa dengan diri sendiri kerana tidak mampu memberikan yang terbaik untuk keluarga masing-masing.

kalau dihitung kekecewaan ini ada bermacam jenis.x larat pulak nak mengarut merepek kat sini. nanti kecewa pulak orang yang tersesat kat blog ni.

moral of the story
-kecewa itu lumrah kehidupan, namun kita perlu bangkit segera untuk memperbaiki kehidupan kita.


notakukukaki::masih mencari buku cerita yg misplaced..

Monday, May 9, 2011

Perihal thumbprint dan Penilaian baru

Salam petang Isnin..

sesi berhemah plak rase arini.maklumlah senarai APC 2010 dah tahu kan..wakakaka.kite jadik skema sket.Ape salahnya sekali sekala kan.

back to topic. Saya dengan ini sangatlah berbesar hati menerima khabar gumbira(tgk..ejaan gembira tu sendiri dah menunjukkan kegembiraan tahap petala langit oke)sebab saya dapat tahu Perbadanan saya yang tercenta itu telah membuat keputusan untuk memasang thumprint kat seluruh cawangannya di Malaysia ni.

Nak tahu kenapa saya sangat gembira? sebab saya rasa itulah seadilnya.zaman saya bekerja di pejabat cawangan satu ketika dulu, saya sangat stress sebab saya handle dan perlu buat laporan Punch card setiap bulan. kenapa saya seteres? sebab bos saya selalu called dah tanpa segan silumannya dia mintak kami kuli2 batak dia untuk punch kan kad dia.seawal 7pagi dia gigih tuk call dgn sore serak2 katak dia tu.
kalau x jawap call, dia sms plak ye.pastu saya berani jamin 200% dia telah menyambung tidurnya.

Jadi dengan pemasangan thumbprint ini, saya rase staff2 cawangan baru bos saya tu tidak lagi wajib tuk punch kad bosnya.sudah nampak dosa2 dikurangkan di situ.secara tidak langsung bolehlah manusia2 yang rase dia bos dan ade kuasa untuk ugut2 staf bawahan ni jd OKU buat sementara waktu..
unless dia buat duplicate ibu jarinya.bersedialah nak kene isi borang pengecualian thumbprint dan rekalah alasan2 yang munasabah.

SIapa baca berita harian arini?front page pasal satu sistem kompetensi baru yang bakal diberi nama kelak yang akan menggantikan sistem PTK.saya tidak tahu ape keburukannya, tapi buat masa sekarang dengan deraf2 yang didedahkan, saya sangat suka bile ade penilaian dari rakan sejawat dan anggota bawahan mengenai sesi penilaian untuk kenaikan pangkat.

Kerana sejak bekerja di Perbadanan saya ni, saya rasa sangat annoyed dengan kelakuan pegawai2 atasan yang suka2 ati buat kesalahan dan meletakkan punishment itu di pundak staf bawahan. x lupe juge frasa paling saya benci yg kerap sungguh di ucapkan oleh pegawai2 atasan ini "saya x pe, saya pegawai. Kamu x boleh"

kadang2 terasa ringan mulut ingin menyatakan, "sebab awak pegawai lah tanggungjawap awak besar dan berat, dosa pun banyak kalau silap memegang kuasa dan menyalahgunakan kuasa". Bukanlah satu platform pulak untuk kami2 ni nak menghentam para bos.
Tapi kadang2,bile mereka berada di atas dan mempunyai kuasa. mereka lupe mereka juga manusia yang tidak terlepas dari kesilapan. bagus kalau kita boleh bagi komen/cadangan untuk menambah prestasi keje orang lain bukan?

so moral of the story, saya rasa bahagia arini, walaupun telah berjaya diperdaya oleh Nazri untuk meranapkan diet aku.
padahal dah janji ngan orang lain nak ke mekdi(another penyumbang obesiti).

notakukukaki::saya bukanlah pendendam tapi saya rasa doa saya ketika di Cyberjaya telah dimakbulkan Tuhan..Alhamdulillah

Sunday, May 8, 2011

Mother's Day

standard la kan..entry psl Motehr's day ni..
since our mum's day pun jatuh 8 Mei jugek..so selalu celebrate 2 in 1 lah.
cume my along's family je x de skali td masa kuar makan2. sebab my BIL n niece x sihat n dua2 x gi sekolah n my along pun EL arini.

hope tahun ni x de lah sesi2 kek semua kan..high kolestrol hokkay..
bercakap psl mother's Day ni kat opis arini kaum ibu dapat adiah..sob sob..i x dapat la sebab ade anak tekak n anak rambut je..hahahah..(teringat plak ade pompuan desperate nak tuuutt tadi tanye soalan pelik..sgt memalukan ye )

paling x leh blah.sape ntah silap donlod video mother's day x abis,sudahnya tergantung gitu jalan citer..sabor je lah aku..

so malas nak merepek byk..
Happy mother's day.

notakukukaki::salute dgn mak2 zaman skarang yg nak hadap anak2 yg super duper rude n byk songeh

Thursday, May 5, 2011

Sutera Bidadari

walaupun buku lain melambak2 duk Q tuk dibaca tapi buku karya Ramlee Awang Murshid ni jugak yg aku paksa tuk abiskan..baca pun waktu malam before tido..tapi gigih jugak kan,tadi baru abis.

so bg review brg dua tiga baris.

buku Sutera Bidadari ni 5th book yg bersambung2 start dengan buku Bagaikan Puteri(kisah Haryani yg asyik koma je tu).
Sampailah ke kisah Catalina aka Maryam dlm buku Cinta Sufi.
So dalam Sutera Bidadari ni sorry ye peminat tegar laksamana Sunan, beliau mati dlm buku kali ini.tapi x details plak citernya.
mati2 aku bajet si Saifullah tu anak Sunan aka Saifuddin yg kawen ngan Catalina..punah harapanku..
cume tunggu buku sambungannya yang keenam, kisah Sang Dewi..aku benci la tunggu2 mcm ni,Tapi mcm kate RAM, kisah Sunan ni pasti ade sambungan sebab dah jd addicted kat peminat

notakukukaki::next , nak kene abiskan Doctor In the House la plak,dah ade org tanye smalam..hahahah..

im upset

se upset my stomach(yg overdose makan jeruk n gi bantai minum 100 plus dengan jayanya)

semalam dah penat menangis sampai sakit2 kepala

so sesape yg called n sms smalam, sori la kalau i merapu merepek sampai i tertido tu

i cant help my self




notakukukaki::Hidup tak selalunya indah.sedih,gembira, pahit, manis semua kene telan tuk hadapi peringkat seterusnya

Wednesday, May 4, 2011

kenapa menyusahkan

Hairan sungguh aku dengan jenama manusia yang suka menyusahkan diri sendiri ni.
x taulah ape niatnya. nak menagih simpati ke ataupun nak bitau semua orang hidupnya susah dan melarat?
berhentilah buat perkara-perkara semacam itu.


notakukukaki::hari merapu dan merepek sedunia

Monday, May 2, 2011

saje ngade2..hahaha

my peberet..red color

white sandal, mengingatkan peristiwa di AEON AU2 tahun lepas

malas

semalam beriya je nak sambung citer pasal gi Tasik Kenyir. tapi sebab malas x de mood bengang n dot dot dot.

hari ni walopun bercuti still rase malas, pg td aware lah takut2 ade call dr opis.
lepas tu paksa adik ikut gi pasar tani, beli ikan talapia.jap lg nak bakar ikan tu.

tgh2 tido td terjaga dek sms drpd opismate.mesti busan tu, cuti lagi lama2pastu sebuk tanye org buat ape kan.

elok2 nak tido, dgr adik aku yg cikgu tu bising2..nak bgn tgk pun malas.bukan ape, risau dia gi sagat kete aku je kat porch tu ha.sebab kecoh bebenor td.

esok nak gi keje ngan tekad baru, malas nak share sini sebab nanti kene tuduh plak suke cr perhatian kan.

notakukukaki::x tau lagi nak melaram ngan kasut baru ke idak..

Sunday, May 1, 2011

KLIBF

i went to KLIBF yesterday.
i just bought one book by Ramlee Awan Mursyid and 2 magazines
sudahnya aku i The Mall memborong mcm2..
beli kasut/sandal sampai 2..actually nak cr kasut yg boleh pakai gi mana2..
dah elok je masuk2 PArkson tgk ade sales tuk Bonus Link card members..
mmg saje kan nak abiskan duit aku..
teruja duk try kasut Hush Puppies..x tau apsal kaki aku dah mengembang mcm pompuan peknen ke ape..kasut saiz 5 n 6 x leh masuk langsung
udahnya muat saiz 7 n 8 je..dgn saiznya x de..kaler pun so n so je..
aku pun ala2 sentap la kan..dah le member dah call byk2 kali ckp dia tunggu kat Kenny rogers..

gigih jugak aku melilau cr brand crocodile nak beli kasut i opis..
setan mana ntah yg mendorong aku menyesatkan diri ke seksyen Primavera...sudahnya aku beli kasut ala2 barbie dolls kaler merah berkilat(jangan jeles ye) ngan satu sandal putih(its reminded me about my sandal brand Esarli yg kene rembat ngan bohsia mana ntah kat fitting room jusco AEON2 tu)

so KLIBF kali ni, aku rase sgt x bermakna..sampai td pun mak aku heran aku beli buku satu je..hahahaha

notakukukaki::Alfatihah to our ex-SHAMS. Azzimir yg kembali ke rahmatullah smalam.walaupun aku x leh nak trace memory aku psl Arwah, tapi aku tau arwah seorang ayah, suami dan anak yg baik

Not so true but a litle bit true

Not in every single way la but the par set up by my late dad also take a role in it.