Tuesday, May 10, 2011

Tentang kekecewaan

Siapa yang tak pernah alami kekecewaan dalam hidup? Tipulah kalau hidupnya tak pernah kecewa. selagi bernama manusia dan selagi ade kehidupan yang perlu dijalani, selagi itulah episod kekecewaan ini tercatat dalam kamus perjalanan hidup kita.

Hari ini aku melihat kekecewaan rakan2 yang mana tak berjaya mendapat APC aka Anugerah Perkhidmatan Cemerlang. Ye, kecewa itu tidak salah jika dijadikan stau azimat untuk berusaha dengan lebih gigih. Tapi kalau tak dapat APC tu x payah lah nak perli2 orang yang dapat tu.Inilah namanya kalau keje mengharapkan balasan.

Kecewa tidak dapat mengorek perihal personal orang pun ade juga. ke sana sini bertanya tentang orang yang mungkin diminati beliau. Kesian pulak bila melihat keadaan ini. tak termasuk kecewa bile cintanya tidak di balas. kecewa makin jatuh teruk ke dalam gaung yang sangat dalam.kesian sungguh beliau itu.

Kekecewaan ini terlahir bile ape yang dihajati tidak menjadi kenyataan. Namun, jangan terbawa-bawa dengan perasaan kecewa itu, kelak memakan diri.satu kerja pun tidak menjadi.kalau fikiran asyik melayang dek kerana melayan perasaan kecewa itu. sudahnya menyusahkan orang lain.

dalam banyak2 kekecewaan, aku tengok yang paling parah dan sukar sungguh diubati adalah berkaitan dengan perihal kehidupan berkeluarga. Ada yang kecewa dengan kehidupan rumahtangga mereka. dan kadang2 seakan menyesal. ade juga yang kecewa kerana masih tidak mempunyai cahaya mata. kecewa dengan sikap suami.dan kecewa dengan diri sendiri kerana tidak mampu memberikan yang terbaik untuk keluarga masing-masing.

kalau dihitung kekecewaan ini ada bermacam jenis.x larat pulak nak mengarut merepek kat sini. nanti kecewa pulak orang yang tersesat kat blog ni.

moral of the story
-kecewa itu lumrah kehidupan, namun kita perlu bangkit segera untuk memperbaiki kehidupan kita.


notakukukaki::masih mencari buku cerita yg misplaced..

No comments:

Post a Comment

Not so true but a litle bit true

Not in every single way la but the par set up by my late dad also take a role in it.