Tuesday, May 17, 2011

Happy Teacher's Day

Rasernya tak terlewat lagi nak buat entry pasal Hari Guru ni.
Kesibukan di tempat kerja dan macam2 hal yang datang menjenguk membataskan waktu untuk mencoret Bukan Kisah Dongeng ni.

Di Muka buku , x sempat nak tagged sesape pun waima cikgu2 aku, kenkawan, or sedara mara yang bergelar cikgu , just wish secara general je. untuk dia pun aku x wish. nasib la kan.

Teringat zaman2 sekolah dulu, masa sekolah rendah la paling beriya sambut hari guru ni. sebuk mintak duit ngan mak. masa tu mampu beli pen tak pun bunga ros kaca yg berbau wangi tu.buat kad la. pastu as usual ade sambutan lah di sekolah. dengan bacaan perutusan pengarah pelajaran(betol ke?) dan juga menteri pelajaran. then tgk cikgu nyanyi . me myself pun hapal kan lagu tu sebab dulu2 masuk koir sekolah.

Then sempena ari guru mmg x belajor le. lepas acara di dewan besar. kite lawan netball n football lak ngan cikgu.parents pun ade yg dtg sekolah time tu. silap2 org PPD pun dtg turut serta.

Di peringkat sekolah menengah pun begitu jugak cume x beriya sgt sambutnya sementelaah busan agaknya. cume part plg best gi wish kat cikgu kesayangan yg menjadi pojaan hati.hahaha. ala zaman sekolah kan.

Semua orang mungkin labelkan kerjaya perguruan ni adalah profesyen yg senang dan paling best.cuti banyak,keje pun separuh hari. x de banyak tanggungjawap. tu kate sesetengah orang. kalau tidak masakan org berlumba2 untuk mengisi borang KPLI dan DPLI bukan? bukan jugak guru ni satu profesyen pilihan terakhir. last choice katenya. especially bagi graduan jurusan2 yg menyukarkan tuk ditempuhi especially golongan wanita yang dah beranak pinak.

Malas nak merepek panjang. yang aku boleh katakan adalah menjadi seorang cikgu adalah BESAR tanggungjawapnya. sebab apa aku ckp macam tu? sebab aku pernah terjebak dalam kancah perguruan ni. x lama sangat tapi lebih drpd 7 bulan kalo x silap.

Banyak pengalaman, dan enjoy jugak sebenarnya. tapi kalau hati tak suka usahlah diteruskan. ye dak. memang x biasa bile kuar ke pasar malam x pun ke mana2 terserempak dengan anak murid paling happening bile diaorg assigned kite as Teacher n keep on calling dr jarak yg jauh.sampai semua org pandang.tu tak termasuk diperkenalkan kepada seluruh kaum keluarga. Berat pandangan masyarakat kepada cikgu ni.

Ala2 artis gitew.hahaha. nak kene jaga penampilan, pertuturan dan byk lagi lah.Paling tidak berat kepala nak fikir nak bentuk anak2 kecik ni tuk jd orang yang boleh dipakai tuk membina negara di masa akan datang.dengan masalah sosial yg sangat serius zaman sekarang ni. Aku awal2 dah surrender.

Akhir qalam, Selamat hari Guru. JAsa dan pengorbanan golongan ini tidak ternilai.walaupun rata2 parents kerap melabelkan cikgu2 ni keje x ikhlas sebab dibayar gaji.

notakukukaki::Selamat Hari Guru untuk cikgu Fatimah di Tadika cikgu Fatimah Sura GAte, Dungun(1986), cikgu di tadika Kemas ,Jalan Bunga Raya, Dungun(1987), Tadika Kemas Jalan Pusara, Kuala Berang(1987), Cikgu2 sekolah Kebangsaan Kuala Berang(SKKB) (1988-1993), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sheikh Abdul Malek(SHAMS), Kuala Terengganu (1994-1997), Sekolah Menengah Sains Sultan Haji Ahmad Shah(SEMSAS), Kuantan (1997-1998), warga penysarah di MCIIUM, Petaling Jaya dan IIUM, Gombak.

4 comments:

  1. Kalau dihimpunkan dari tadika sehingga tingkatan 5, ada berapa puluh orang guru kita pernah ada ? Berapa ramaikah yang kita masih ingat apalagi bertanya khabar? Hmm.

    ReplyDelete
  2. huhuhu,tak terbilang la pak Asan

    ReplyDelete
  3. elo...unrelated to ko punya entry..hehehe
    aku beli kat ladiesfash.blogspot dan yang dalam gambar tuh, dari agapeboutique.
    tapi, kalau nak yang bersopan sikit, ko boleh tengok kat hijabiboutique.net..
    selamat ber dinner...

    ReplyDelete