Saturday, June 2, 2012

Perihal teruskan kehidupan

Assalamualaikum.

Terpanggil pulak untuk sama-sama kongsikan dan memberi pandangan mengenai sesuatu perhubungan yang sudah berada di penghujung ceritera. Bukan kisah kontroversi dan juga bukan kisah gossip-gossip terkini. Cuma kadang-kadang jatuh kasihan pada mereka yang terjebak dan tidak mampu untuk meneruskan kehidupan dengan keadaan normal iaitu terdapat gangguang emosi dan perasaan yang melampau sampaikan ada masanya mereka ini membuat sesuatu yang bisa menjatuhkan maruah dan harga diri masing-masing.

Sementelaah pula kawan baik saya khabarnya ikatan perkahwinannya dikatakan sudah sampai ke penghujung jalan. cuma menunggu kata putus jawatankuasa pendamai. Tetapi dia telah yakin dan redha suaminya bakal menceraikannya. Sudah tiga bulan dia dan kedua anaknya ditinggalkan di rumah. Suaminya pergi meninggalkan mereka tanpa apa-apa pesanan. Tahu-tahu sahaja mendapat surat daripada mahkamah syariah untuk permohonan cerai daripada pihak suami. (seperti kisah seorang dramatis terkenal bukan). Iye kisahnya hampir sama . Suaminya lebih muda (mungkin kurang matang, kurang kasih sayang ataupun terlebih dengar cakap-cakap orang yakni saudara mara). Sudah sehabis cadangan diutarakan semasa di mahkamah tempoh hari. Kawan saya ini setuju untuk dipoligamikan.Namun sang suaminya (punye byk kuasa dalam rumahtangga) tidak setuju. tiada persefahaman katanya.

Kisahnya mahu bercerainya ini bukanlah kali pertama. Dahulu sudah timbul semasa anaknya baru seorang. kejadian diterajang suaminya di bahgaian belakang badan ketika itu memang nekad kawan saya ini membuat report polis dan mau memfailkan penceraian. Tetapi dek pujuk rayu suaminya (sumpah mukenya muke orang baik-baik dan sebetulnya dia seorang ustaz yang bekerja di jabatan kerajaan tersohor bab-bab agama di putrajaya). Tiada penceraian berlaku dan kawan baik saya ini telah dimarahi dengan teruk oleh keluarga. keluarganya tidaklah besar. dia merupakan anak bongsu daripada tiga beradik. ibu bapanya masih sihat walafiat. Setahu saya tiada ibu bapa yang mahu anaknya terseksa batin dan zahir kan.

Bukan saya mahu mengaibkan kawan saya dengan sama-sama kongsikan ceritanya di sini tetapi saya sangat kagum dan hormatinya kerana die telah bertekad dalam dirinya. Walaupun suaminya tidak mahu memberikan kerjasama dalam usaha jawatankuasa pendamai menyelamatkan rumahtangganya. suaminya berkeras mahu bercerai dan sepanjang usia perkahwinan mereka. sang ustaz ini tidak segan-segan membandingkan isterinya itu dengan bekas kekasihnya. Nah, baru kamu tahu mengapa saya sangat hangin tak tentu pasal semalam selepas mendngar sesi soal jawap rumahtangga di radio THR smalam?

NASIB BAIK (saya suke menggunakan perkataan ini walopun ditegur berkali-kali oleh seseorang sampai tahap saya merajuk) kawan baik saya ini bekerja. punya sarjana muda dan dalam usaha mendapatkan PHd.teringat pula kisah-kisah di THR semalam yang telah bisa membuat ustaz jemputan tersebut menangis kerana wanita-wanita yang dikhianati oleh suami mereka itu adalah seorang SURI RUMAH yang tiada pendapatan sendiri. jika di ceraikan, bagaimana mereka mahu memulakan hidup baru dengan anak yang 3-4 orang? saya tidak menidakkan rezeki Allah s.w.t. Saya percaya teguh rezeki Allah ada di mana-mana. cuma saya kesalkan kegetiran hidup wanita-wanita ini. saya bukan Sister in Islam yang memperjuangkan hak-hak wanita. Tapi saya hanya mampu di sini di ruangan ini meminta manusia-manusia yang bergelar lelaki. Bersedialah anda sebelum anda melangkah kaki ke alam perkahwinan. sedia dari segi kewangan, dari segi ilmu agama.Bersedia dengan ilmu-ilmu sabar dan ilmu-ilmu seorang ketua/nakhoda yang berhemah agar penumpang-penumpangmu aman dan bahagia bukannya menderita.

Kawan saya ini, yang selama ini ditemani ibunya di ibukota telah meminta ibunya pulang ke kampung (ibunya pnya tanggungjawap terhadap suaminya kan). katanya. dia perlu belajar hidup sendiri perlu belajar menjadi kuat dan tabah dan dalam proses belajar menjadi lebih redha. hanya anak-anak yang menjadi sumber kekuatan dan sebab mengapa dia masih mampu tersenyum.MasyaAllah, anda mampu berbuat demikian jika berada di tempat kawan baik saya itu? Saya sendiri belum tentu mampu.

Oleh sebba itulah saya sangat sangat SANGAT bengang dan marah dengan perempuan-perempuan gedik yang duk meroyan di Facebook di Twitter dan di blog masing-masing apabila ditinggalkan oleh sang kekasih dan tanpa segan silu meletak status yg sangat memualkan semata-mata untuk mencari publisiti muarahan aka menjaja diri mengatakan dirinya SINGLE dan meraih simpati peminat-peminat. Mungkin cara itu melegakan tekanan dan dirinya meras puas hati apabila bekas kekasihnya melihat respond jantan-jantan kabaret mengomen simpati?

Ok. Seems like You don't need me anymore. It's Ok as long as I can see you happy. I still miss our happy moments together even I've been dumped for several times. We're still friend right? =')

Aku belajar utk menjadi insan REDHA..dalam mengharungi UJIANMU yang TIBA, aku cuba menjadi BAHAGIA, walau HATI sarat PENUH DUKA kerana aku tahu ada CINTANYA..bersama ujian yang sedang ku RASA.

Technically I'm single. But emotionally I'm taken because in my heart I'll always be his girl even if he doesn't know at all.

status2 ini saya pinjam daripada frenlist saya di FB. pinjam untuk tatapan dan pengajaran orang lain.

Saya tahu itu FB maisng-masing dan status masing-masing punye suke lah seperti kata-kata yang selalu dilontarkan bila kita menasihati orang untuk menjadi lebih baik.
Kubur lain-lain kan

Sebab kubur lain-lainlah kita nak bagi nasihat. kalau esok2 kubur kite bersebelahan tidaklah tersiksa dengar rintihan dan lolongan kawan-kawan yang disiksa Mungkar dan Nangkir. sebab Fb masing-maisnglah saya mahu menasihati kawan-kawan. Jangan gadaikan diri dengan status sebegitu. mungkin anda bangga dilimpahi simpati dan ade jantan-jantan gedik duk menempel di FB anda menunggu update status anda.

alangkah baiknya kalau kita tidak lagi mengeluh tidak lagi meminta-minta sesama manusia. kalau kawan baik saya yang sudah mempunyai 2 orang anak. anak keduanya berumo 5 BULAN. dan suaminya mau menceraikannya, dia tidak mengeluh. dia belajar SABAR dan REDHA. anda baru ditinggalkan kekasih anda bukannya suami anda. sepatutnya anda bersyukur lelaki itu meninggalkan anda sekarang bukan dimasa anda bergelar isterinya dan sesungguhnya Allah itu mengetahui apa yang terbaik buat diri hambaNya.


~saya juga dalam proses belajar redha tapi tidak bermaksud saya sudah berhenti berharap. kerana saya masih bisa berusaha memajukan diri, membahagiakan diri saya tanpa simpati orang yang tidak sepatutnya.

No comments:

Post a Comment

Not so true but a litle bit true

Not in every single way la but the par set up by my late dad also take a role in it.