Saturday, August 20, 2011

Amalan di Bulan Puasa Bagi Wanita yang Di Datangi Haid

Kredit to http://penyuluh.blogspot.com

Amalan Ketika Haid di Bulan Puasa
SOALAN:

Assalamualaikum ustazah,

Selamat menjalani ibadah puasa dan ibadah lain sepanjang bulan ramadan.
Saya ingin bertanya kepada ustazah tentang amalan bagi wanita yang kedatangan haid. Apakah amalan yang dapat dilakukan pada bulan mulia ini agar tidak ketinggalan meraih barakah dan rahmah dari Allah.
Mohon ustazah menjelaskannya.
Terima kasih.


JAWAPAN:

Wa'alaikumus-salam wr.wb.

Wanita haid hanya dilarang solat, puasa, tilawah al-Qurandan menyentuhnya, iktikaf dan bersetubuh dengan suami.
Selain itu tidak dilarang.
Jadi dari segi ibadah khusus mereka boleh berzikir, beristighfar, berselawat dan seumpamanya. Selain itu terdapat banyak ruang-ruang kebajikan yang boleh dilakukan seperti bersedekah, ziarah orang sakit, berdakwah, hubung silatul rahim, tulung orang susah dan lain-lain. Paling baik sekali ialah sediakan makanan untuk orang berbuka puasa, pahalanya adalah sama dengan orang berpuasa. Bayangkan haid 7 hari, setiap hari sediakan untuk 3 org berbuka, maka anda dapat pahala puasa 21 hari. Untung tak? Perlu diingat, makanan yg disediakan adalah sekurang2nya sebiji kurma dan sekelas airpun sudah memadai.
AllahuA'lam.

~Teringat di zaman persekolahan di SMKA Sheikh Abdul Malek, Jalan Budiman, KTrg. Menurut Ustaz (aku x ingat nama dia). Ceramah pada masa itu khas untuk pelajar perempuan yang makzurah.Golongan wanita yang didatangi hadi ni boleh amalkan membaca bacaan tahiyat akhir di hujung bacaan yakni

'kamaa sholaita ‘ala saidina Ibrahiim wa ‘ala aalihi saidina Ibrahiim, wa baarik ‘ala saidina Muhammad wa ‘ala aalihi saidina Muhammad, kamaa baarakta ‘ala saidina Ibrahiim wa ‘ala aalihi saidina Ibrahiim, fil alamina innaka hamiidum majiid.”


ada juga beberapa bacaan zikir dan tasbih yang lain, namun x dapat recall buat masa ini. so jangan rase sedih x dapat nak teraweh, nak solat hajat di bulan Ramadhan. lebih2 lagi di penghujungnya ni. Kerana kita tak de pilihan rite.Redha je.

dan juga bacaan

2 comments: