Monday, March 5, 2012

Bertuahnya hidup...

Bertuah hidup andai mampu menunding jari meletak kesalahan pada orang lain
Tanpa ada rasa bersalah

Bertuahnya hidup andai mampu melempias amarah membuta tuli kepada insan lain
Tanpa terdetik apa silap mereka

Bertuahnya hidup bila mampu berlakon bahagia di hadapan manusia lain
Tanpa pernah peka perasaan sendiri

Bertuahnya hidup andai tegar mengadu domba perihal keburukan orang
Tanpa pernah rasa jelik dengan diri sendiri

Bertuahnya hidup bila bisa bermuka-muka di depan taulan
Tanpa sekelumit rasa malu

Bertuahnya hidup jika bangga membuat hati lain terluka
Tanpa ada rasa kegusaran hati



Bertuah sungguh andai dikurniakan hati yang sangat kebal, keras laksana kerikil
tanpa pernah ada cetusan NUR di minda untuk perbetulkan hatimu yang KOTOR.



NURKILAN: MIZ EZLIN FIZRIN

No comments:

Post a Comment