Tuesday, December 31, 2013

Selamat Tahun Baru 2014

Kita tidak perlukan bunga-bunga api meluncur ke langit menyinari gelap pekat malam tahun baru.
Kita tidak perlukan pekik laungan 'Happy New Year' bergemuruh kedengaran .
Tetapi yang kita perlukan adalah semangat sentiasa ingin berubah menjadi lebih baik dari hari semalam.


Baik Tahun Masehi dan juga Tahun Hijrah pasti berlalu silih berganti. Bagaimana perubahan kehidupan kita setiap tahun? masih di takuk lama atau sudah berubah seinci ke arah yang lebih baik? atau berhasta jauh ke arah yang tidak sepatutnya?


Tekadkan azam yang positif dan yang jauh ke hadapan. Biarlah impian kita setinggi bintang dilangit kerana sesungguhnya lebih tinggi impian maka lebih besar harapan dan semakin gigihlah kita berusaha mencapainya.


Salam Tahun Baru 2014. Semoga segala perancangan dan impian akan dapat dicapai.

No comments:

Post a Comment