Sunday, October 23, 2016

coming back to Selangor

Assalamualaikum

Year 2016 i came back to Selangor. how sadis right?
Recalling my memory in 2009 when i was given posting order at Cyberjaya memang totally lost where the hell is Cyberjaya actually. 
During that time i stayed at several places.

Beginning at Desa Floraminium (which bad memories there when my housemate brought her boyfriend in house n stayed overnight!!!).
Then menumpang di rumah my uncle while waiting for my bilik sewa to be is kosong.
Then i was in Desa Pinggiran Putra where is near presint 20, Putrajaya. not taking a long time there when the owner wanted to sell her house so we moved(me n a friend) to Seksyen 4 Tambahan Bandar Baru Bangi. 

it's all took around 1 year and 7 months.

Kalau diceritakan pengalaman selama itu banyak ragam manusia yang aku jumpa. buat novel silap2 boleh 2-3 bijik novel. tapi memandangkan confirm takde orang nak membaca so i just wrote it in my diaries.

n now after 2 years and 3 months and 3 weeks i have stayed in Kuala Lumpur( or i should call it Kuala Pendatang-bcoz so ramai pendatang in my area)im coming back to Selangor. apekah!!!

yes, need to move coz i cant afford to keluar awal(actually worried if my car was blocked at pagi2 buta since 6.45 plg lewat kene kuar) and cannot brain to pay toll RM11++ per day. not including my petrol that costly around rm20 per day. which i calculated if i stay at KL
my expenses would increase.

rent + utilities :  RM 295.00
Petrol (umah-opis): RM 400.00
Toll             :  RM 232.00

which total cost me around RM 927.00 a month without counting my makan cost + my phone bill + my hire purchase and many more lah.

so no choice i moved in to Cyberjaya...

Wednesday, July 20, 2016

Undangan Open House

Salam.

Selagi masih di bulan Syawal ni selagi itulah jemputan ke Rumah Terbuka diterima tak putus-putus. Dan kebanyakkannya pada hari minggu lah. Eh diet pon dah sesat barat ke mana-mana lah macam ni. Ditambah-tambah pulak dengan jemputan para bos-bos (tak pegi karanga de plak yang menyentap)

Last weekend jangan kate open house, kelas LAW aku pon aku skip. Kesihatan tak mengizinkan. Tetiba diberi ujian migrain teruk disertakan pakej gastrik. Sudahnya melepek di bilik dan dan2 tu jugak terbit sikiet rase menyesal apsal lah aku x de laki dan anak2 sebab nak suh masakkan bubur nasik. (nampak tak keperluan nak suruh senangkan kehidupan ?)

Alhamdulillah, dalam pada sakit dan dalam pada line celcom yang lagi teruk sakitnya (nazak dah aku rase), survive jugak lah turun semata nak dapat line sms (ye bukan Whatsapp) classmate inform aku skip kelas. dah waras sket lepas pekena nasik dan ikan goreng cecah budu bagai datang plak ilham rupenya kelas LAW tu instead of pukul 2pm Sir awalkan ke jam 1.00 tengahari (teringat kitorg perli Sir pasal Solat Zohor lewat(sumpah aku rase lecturer UIA x de macam tu kan... kalau kelas tu atau lab tu kene extend kami ramai2 kene halau tuk solat.. tapi ni uni Bumiputra bukan uni Islam.. opsss)

Dalam pada ralat aku skip kelas ( for the 1st time dalam sejarah kot) yelah mende tak pernah buat bila dah tua2 ni baru nak study balik kan..tetibe aku rase Allah nak bagi aku solat zohor awal weekend tu.. then aku sambung Zzzzzzzz. nak contact family pong susah agak2 la kan aku kene turun kat parking lot tu br ade line celcom..

Berbalik pada jemputan rumah terbuka ni.. officially sabtu dah ade jemputan dari BFF zaman sekolah menengah rendah dulu kami geng2 SMKA Sheikh Abdul Malek nak serang rumah pengantin baru kat Pandan Indah. Ahad tu our HOD buat open house di BBB. aku plan alang2 dah sesat ke BBB tu nak usyar lah rumah sewa seketul dua. Jadi nebes lak bile masing2 dah kuarkan jadual kemas barang n jadual msk opis baru.

Harapnya aku boleh behave makan dgn kadar clean diet(konon kan)

p/s: Pakcik, sepupu sepapat yang duk KL x nak buat open house jugak ke? hahaahah

Tuesday, July 19, 2016

Manusia itu diciptakan berlainan sistuasi kehidupannya

Assalamualaikum


Lama sungguh tak bersiaran di arena blogging ni. Bukan apa, tak sempat nak berfikir dah pasal diri sendiri, apatah lagi nak berangan nak imaginasi nak tulis apa di blog.

Gayanya macam sibuk sangat je. Banyak jugak hal-hal lain yang terbengkalai. Yelah nak memblog waktu pejabat kan HARAM gituh. Jadi kene cari masa yang terluang itulah (walopun kat pejabat tu masa sungguh masa terluang).

Akhir-akhir ini saya sering diganggu oleh orang yang saya tak berapa nak kenal dan tak ingin nak kenal. Baik di media sosial dan jugak di arena Aplikasi telefon pintar (nanges tak tengok Mak Ngah translate uols)

Oleh itu, saya telah menghalang insan tersebut dari mengacau kehidupan saya.
Ya terima kasih lah buat sahabat-sahabat dan saudara mara ipar duai yang berusaha nak mencarikan jodoh untuk saya, tapi janganlah mengganggu gugat ketenangan hidup saya. Perlu diingat kehidupan setiap manusia itu berlainan dan seperti yang manusia di sekeliling saya sedia maklum, saya memang dalam golongan pelik dan mungkin jelik bagi anda. Jadi hormatilah hidup saya.

Tidak seperti manusia lain secara khususnya perempuan/gadis lain, saya bukanlah manusia yang suka kehidupan saya diteropong dan diambil tahu oleh orang lain setiap masa terutamanya oleh manusia yang tiada hubung kait ataupun tiada pertalian darah daging dengan saya. Waima dengan keluarga sendiri pun saya pasti mereka juga tahu saya memang jenis yang dilahirkan pelik.

Saya percaya kita tidak boleh menentukan perbuatan atau perlakuan manusia lain untuk berbuat sesuatu cuma cukuplah saya ulangi sekali lagi, berhenti mengganggu. Biarlah saya menikmati ketenangan hidup saya dengan dunia bujang saya (saya tidak malu sedikit pon dengan status saya masih bujang di usia 35 tahun ini dan saya pun tidaklah tergesa-gesa nak menangkap mana-mana lelaki untuk dijadikan mangsa sebagai suami)

Hormatilah privasi orang. terima kasih

p/s: Bukanlah entry kali ini untuk bermegah kerana saya sedar saya bukanlah orang yang lawa dan cantik untuk perasan hot n spicy. cukuplah saya dah meninggalkan tanda dengan block certain people di media sosial dan jangan cuba-cuba nak sms pulok. U are so annoying oke!!

Thursday, June 9, 2016

Balik Raya

Assalamualaikum

Ya, tahu.. baru 4 hari puasa Ramadhan.. Dah..baca sampai abis entry kali ni jangan duk kutuk pulak sebab tajuknya balik Raya..Bagilah Mak Ngah excited sikit dh 2 tahun kembali bermusafir di kotabatu Kay Ell neh


Nak drive balik buat Mak Ngah fikir panjang.. balik raya nko, bukan blk yg ujung2 bulan x berape ramai sangat tu
tamau lah kejadian 2014 berulang walopun MakNgah tak terlibat kes balik raya jem kat LPT1 sampai 12jam++ tuh

Duk usyar tiket flight mak aii dh naik RM400++ dah tarikh cantek nak blk.. yelah nak beli awal2 cuti pon CEO x approve lagi ni..camno den nak balik

Paling jimat balik naik bas Ekspress lah tapinya risau kalau duk sebelah mat bangla mcm kes2 lepas tu jek

walopun Pok Jib bagi ganjaran RM500 tak bermakna boleh habiskan dengan sia2 kan.. melabur emas dgn power gold lagi baik

Monday, June 6, 2016

salam Ramadhan al Mubarak

Assalamualaikum

selamat berpuasa
fikir yang baik2
buat yng terbaik

insyaallah baik2 semuanya

Friday, March 11, 2016

lazy mood, irritating environment

Assalamualaikum

Lama sungguh Mak Ngah tak bersiaran.
Been lazy to complete my assignment n test n so on.. exam is around the corner..2-3 minggu lg nak exam dah

Di opis lak tukar cubicle, kene duduk kat budak2 techinician computer n their technical officers. whom most of them vape n smoke in office. can u imagine that? cepat mati la gamaknya kite yg menyedut udara tercemar nih
tak termasuk sesi dengkuran yg dr pukul 6.45pagi sampai lah membawa ke jam 11 pagi. tu pon kalau ade yang kejutkan bangun lah hamba Allah tu
adoila... sangat menguji kesabaranku

so orang kate selamat dari dealing with pompuan hormon tak stable now masuk dunia jejantan kaki fogging plek
ayyo..

before this dah la stress ngan sorg hamba Allah yang lain ni. x cukup di FB, annoying plak di messenger.. tak dilayan.. amik ko mana dia dapat no fon mak Ngah.. time tu ingat lagik tgh2 nak exam tgh2 kite duk serabut macam2 x baca neh dia duk play sweet guy lah sangat nak wish2 bagai tanya mcm2.. mcm remaja umor 14 tahun baru nak bercinto kekdahnya..end up until my last paper i told someone n ask his opinion.. oke done. i block the Hamba Allah kat whatsapp.. lega mak ngah tanpa gangguan nih..

N Malangnya 2-3 minggu lepas ade plak org duk add kat WeChat. ku ingat kawan skolah ku.. skali Hamba Allah itu lagik.. mula2 duk menyamar pakai gambar macam2.. ujung2 letak gmbr sedirik aku block jugak..
mintak maaf lah ye.. saya ni kalau tak berminat saya banned dan block bukan setakat kat media sosial, kat otak, hati saya semua saya block. saya doa sgt supaya Allah tak de lah balik2 kan hati saya nih.. Ameen..

serius sgt seteres dgn makhluk Allah itew.. serabut pon ye.. Hidup kita dah tenang2 aman damai.. emosi stabil (time mai period je swing sket..eheks).. Mohon sangat jangan ganggu gugat kedamaian saya ni.

and i cant wait la.. abis final exam on 17 April 2016 (besday Cubie) ..
i need a long long vacation laa ini macam................... Saigonnnnn mu tunggu aku datang minum kopi. kah kah kah

Saturday, February 6, 2016

Misi Berdiet

Misi berdiet dah masuk bulan kedua n masih in off ade cheat day bagai.
paling best masa buat cabaran 20 hari tanpa ari manis aritu. weight loss nearly 3kg.

n tadi timbang lost another 1 kg. walopun arini dh membaham 2 botol vitagen.
gonna start a fresh diet next week after masuk keje lepas CNY n will start puasa sunat balik Insyaallah

Monday, January 4, 2016

2016

Assalamualaikum..

Ada yang marah2 sebab semua orang bercakap dn wish tahun baru sempena 2016..kafir katenya.. org islam x sambut.. pelik pulak tang mana sambutnya aku pon tak tahu..dah kalo rase kafir sangat kami2 ni.. awak pegi lah keje on 1st jan tu.. tgk sanggup ke idak.. awat cuti lak.. cuti tu bukan jatuh sambut tahun baru jugak ke?
haish.. kalau nak bertekak memang x abis.. asik dia la nak menang

Anyway disebabkan pentadbiran negara kita ni basenya on Tahun masihi so bile tahun abru datang banyaklah perubahan dan dasar2 yang diubah dan ditambah baik dan jugak baru diwujudkan..

resolusi saya 2016::
- start diet pada 1 Jan (not Atkins dun worry)
- start travel again (korek tabung ayam la jawapnya)
- Le tour de Muzium (semenanjung dulu)
- Buat baik pada semua orang. Yelah kadang orang suka kita kita x suke orang. kadang terbalik.. mcm tu lah.. so just face it. life goes on.
- Doing anything i love to.. Insyaallah



my workplace
- wajib pakai baju cleaner korporat setiap Isnin which i hate it soooo much.. sbb warna putih hokkay n tudung oren.. ku rase makcik cleaner di LRT Kerinci tergugat tgk baju korporat aku same dgn uniform dia tadik..stress makngah
- Julai akan pindah ke Cyberjaya (tu pon kalo stay di HQ lag lah.. kan nama den naik kene transfer ke utara sinun)

Not so true but a litle bit true

Not in every single way la but the par set up by my late dad also take a role in it.