Wednesday, July 20, 2016

Undangan Open House

Salam.

Selagi masih di bulan Syawal ni selagi itulah jemputan ke Rumah Terbuka diterima tak putus-putus. Dan kebanyakkannya pada hari minggu lah. Eh diet pon dah sesat barat ke mana-mana lah macam ni. Ditambah-tambah pulak dengan jemputan para bos-bos (tak pegi karanga de plak yang menyentap)

Last weekend jangan kate open house, kelas LAW aku pon aku skip. Kesihatan tak mengizinkan. Tetiba diberi ujian migrain teruk disertakan pakej gastrik. Sudahnya melepek di bilik dan dan2 tu jugak terbit sikiet rase menyesal apsal lah aku x de laki dan anak2 sebab nak suh masakkan bubur nasik. (nampak tak keperluan nak suruh senangkan kehidupan ?)

Alhamdulillah, dalam pada sakit dan dalam pada line celcom yang lagi teruk sakitnya (nazak dah aku rase), survive jugak lah turun semata nak dapat line sms (ye bukan Whatsapp) classmate inform aku skip kelas. dah waras sket lepas pekena nasik dan ikan goreng cecah budu bagai datang plak ilham rupenya kelas LAW tu instead of pukul 2pm Sir awalkan ke jam 1.00 tengahari (teringat kitorg perli Sir pasal Solat Zohor lewat(sumpah aku rase lecturer UIA x de macam tu kan... kalau kelas tu atau lab tu kene extend kami ramai2 kene halau tuk solat.. tapi ni uni Bumiputra bukan uni Islam.. opsss)

Dalam pada ralat aku skip kelas ( for the 1st time dalam sejarah kot) yelah mende tak pernah buat bila dah tua2 ni baru nak study balik kan..tetibe aku rase Allah nak bagi aku solat zohor awal weekend tu.. then aku sambung Zzzzzzzz. nak contact family pong susah agak2 la kan aku kene turun kat parking lot tu br ade line celcom..

Berbalik pada jemputan rumah terbuka ni.. officially sabtu dah ade jemputan dari BFF zaman sekolah menengah rendah dulu kami geng2 SMKA Sheikh Abdul Malek nak serang rumah pengantin baru kat Pandan Indah. Ahad tu our HOD buat open house di BBB. aku plan alang2 dah sesat ke BBB tu nak usyar lah rumah sewa seketul dua. Jadi nebes lak bile masing2 dah kuarkan jadual kemas barang n jadual msk opis baru.

Harapnya aku boleh behave makan dgn kadar clean diet(konon kan)

p/s: Pakcik, sepupu sepapat yang duk KL x nak buat open house jugak ke? hahaahah

No comments:

Post a Comment