Friday, November 20, 2015

Koleksi Sneaker Murah Wanita online

Assalamualaikum
Seronok tengok IG member sekolah SEMSAS semalam. Diorg buat gathering di Korea!! Betul.. ni sama kes macam kami 2nd batch Biotech Engineering (lepas tu tukar nama jadik Bio Chemical Engineering) buat gathering tak sengaja di Jakarta + Bandung back 2012.. Rindu sungguh masa tu.. rindu nak shopping... rindu nak jenjalan.. nasib baik masa trip ke sana tu tak de insiden sakit kaki ke ape ke kan.
I do belive that when we are traveling we have many places to go and explore. I bet anyone would pray for a comfortable n pleasant experiences (if ada yang tak best tu nak buek camno kan. Kita hanya merancang Allah swt jua yang menentukan). Travel secara backpacking ke tourist agency packing ke.. semuanya memerlukan tubuh badan yang fit dan paling penting kaki yang sihat dan sepatu yang selesa. Betui dak?
Sebabnya saya sendiri sudah banyak kali mengalami peristiwa nak melawa punya pasal (penyakit perasan artis terkenal tu kadang-kadang datang menyampuk, maafkanlah) sampai lupe nak fikir ke depan sikit tentang jadual perjalanan ke mana nak pergi apa yang akan dibuat. Mulalah keluar bilik hotel dengan kasut tinggi kadang-kadang dengan slipper cabuk je yang mana tak sesuai langsung dengan tempat nak dituju tu. Lepas tu mulalah rabak poket n buat muka kesian ajak member temankan beli sepatu yang sesuai.(Sangat membazir sebab kadang-kadang time terdesak tu lah tak jumpa pulak yang jenis murah dan selesa, yang hado semua mahai.. bala.. bala..x merancang dari awal kann) Banyak kali sangat terjadi pada saya bukan sahaja semasa bercuti ke luar negara tapi bile keluar bersuka ria dengan kawan-kawan terutamanya apabila tak bawak kenderaan sendiri. Naik public transport ataupun menumpang kete kawan. Iyelah jika naik kenderaan sendiri tak menjadi masalah sebab boleh dikatakan cukup lengkap jenis sepatu dalam bonet belakang kereta saya!!! (Pompuan biaselah kan).
Jadinya di entry saya kali ini saya nak share dengan reader sekalian mengenail koleksi Sneaker Murah Wanita Online from Zalora. Musim-musim semua barang mahal (semalam saya ke pasar malam yang lebih 3 bulan saya tak jenguk.. rasa nak pengsan waktu membayar harga makanan dan barang-barang keperluan.. mahal Ya Amat). Selagi boleh jimat, kita jimatlah apa-apa yang patut.. mudah membeli online ni.. jimat masa dan tenaga..sediakan ongkos secukupnya..


Suatu ketika dahulu, pemakaian sneaker wanita sering dikaitkan dengan karakter wanita yang lasak atau ‘tomboy’. Namun, kita boleh lihat bagaimana fesyen berkembang dengan pesat sehingga pemakaian sneaker kini adalah relevan untuk dipadankan dengan hampir semua jenis pakaian. Tentu sekali, padanan sneaker dan baju kurung adalah tidak bersesuaian, begitu juga untuk dipakai apabila ingin menghadiri mesyuarat penting di pejabat .Namun, wanita zaman ini boleh memilih sneaker sebagai jenis kasut pilihan untuk digayakan bersama jeans, skirts, and even dresses! Adakah anda juga merupakan penggemar sneakers dan tahukah anda bahawa sneaker terbahagi kepada beberapa jenis rekaan?



Classic Sneakers

Well, berikut merupakan classic sneakers yang tidak perlu diperkenalkan lagi. Ia merupakan koleksi sneakers yang paling digemari ramai dan mempunyai rekaan bertali. Sesuai untuk dipakai oleh lelaki mahupun wanita dan juga digayakan dengan apa jua jenis pakaian.


High Cut Sneakers
Berikut pula merupakan jenis sneaker dengan rekaan tinggi hingga kebukulali pada bahagian bukaan kasut. Sneakers jenis ini sesuai dipakai dengan skinny jeans, leggings dan skirts.


Slip On Sneakers

Rekaan ketiga pula adalah slip on sneakers iaitudengan rekaan sarung. Paling mudah dipakai dan juga senang untuk dibersihkan.



Wedges Sneakers

Koleksi sneakers murah wanita yang terakhir adalah wedges sneakers yang direka dengan tapak yang lebih tinggi (di bahagiantumit). Ia sesuai dipakai oleh wanita yang mengidami ketinggian yang ideal.

So guys, don’t hesitate click on the link provided to get your dream n comfortable sneakers with affordable price..
See ya next entry.. Daaaa…

No comments:

Post a Comment