Friday, October 5, 2012

kongsi resepi

KERABU APPLE HIJAU [ MAKLANG]

BHN
2 biji apple hijau
1/2 cawan kacang tanah digoreng tanpa minyak dan ditumbuk
1/4 cawan udang kering digoreng juga dan ditumbuk
5 biji cili api 1 kuntum bunga kantan (jika suka)
1 sudu kecil kerisik
garam & gula secukup rasa
5 biji imau kasturi

CARA
hiris apple nipis2 (jgn sagat) dan rendam dlm air garam utk mengelakkan dari menjadi lebam
hiris cili api dan bunga kantan
gaul semua bahan2 dan yg dihiris dan tabur udang kering dan kacang tanah. perah limau kasturi.
bubuh garam dan gula sebelum dihidang.

ACAR IKAN MASIN [hanieliza]

Bahan
300 g isi ikan masin [talang/kurau/merah]
100 g cili mesin
200 g gula
100 gm bawang merah ]
5 ulas bawang putih ] mesin halus
2 inci halia [mayang halus]
100 g kismis
100 g lobak asin
1 s/k jintan manis ]
1 s/k jintan putih ] mesin halus
1 s/k kunyit ]
10 biji bawang merah [biarkan sebiji-sebiji]
1 cawan cuka tiruan
1 cawn minyak untuk tumis
1 s/b bijan goreng untuk tabur
garam

Cara
1. Potong kecik ikan masin dan gorengkan.
2. Panaskan minyak dan tumislan bawang y2 dimesin sehingga wangi
3. Masukkan cili dan kacau rata. Biarkan sehingga naik minyak.
4. Masukkan jinta mesin dan kacau rata.
5. Bila naik minyak masukkan cuka, gula dan halia.
6. Bila dah mendideh masukkan lagi kismis, lobak asin dan biarkan mendideh lagi.
7. Masukkan bawang dan ikan masin yg digoreng tadi.
8. Bila dah naik minyak boleh tutup api.

No comments:

Post a Comment