Sunday, October 28, 2012

Salam Eidul Adha

Siapa cakap raya kat Pantai Timur meriah?
sesak jalan ade lah kotnya.
since thn ni x de yg buat Qurban or Aqiqah.
mmg x best sgt pon raya.
tambah2 dengan keadaan kesihatan yg tak mengizinkan.
batuk teuk, sakit tekak n kdg2 demam.
bile makan, je batuk2 sampai termuntah segala macam makanan.
camne nak g beraya kan?

kesian kat my mum n sis sbb pegi memanggil jemputan without me. Along dh le blk umah mertua di perak. dugaan la kan.

moral of the story:
weekend duk umah je rest x yah g keje bukan dpt OT pon. x gune gak kalo bos lepak kat umah dera anak buah gotong royong time hujan

Friday, October 12, 2012

im speechless


how adorable is he?
geram tengok kan. ni usia Fathi sehari dilahirkan pada 23 April 2012.
anak kawan sekolah. ibu Fathi ni bukanlah teman rapat saya malah kami tidak pernah
satu kelas. but she's very nice person. Fathi ni anak ke-3 drpd 3 beradik yg semuanya hero2 belake.

selama ini saya x pernah amik tahu walopun acapkali tengok status ibunya yg mengklasifikasikan anaknya sebagai anak yg istimewa. kerana bagi saya sudah terbiasa
membaca status ibu2 yg teruja ade anak kecik dan masing2 menggelarkan anak2 mereka anak istimewa.

but today, tetibe tgk ade ibunya letak gambar Fathi di dalam buaian tgh nak gigit kaki sendiri i keep staring on his eyes. MASYA ALLAH. ALLAHUAKBAR. he's BLIND.
im speechless. x pernah tahu dan x pernah amik tahu pon. so arini br saya tahu kawan saya seorang ini sgt tabah membesarkan anak istimewanya. babynya sihat montel dan membesar dgn baik. kecualinya matanya buta.

saya tidak pernah mempunyai anak tapi menjaga anak saudara saya yang 3 org itu saya sendiri merasa gundah gulana jika mereka bermain atau memegang benda2 yang tidak sepatutnya. lebih lagi mereka ini sempurna. namun Fathi ini buta dan saya tidak tahu bagaimana ibunya serta bapanya serta abang2 nya membesar dengan gundah gulana yang lebih hebat memandangan Fathi anak istimewa ini tidak nampak apa2 didepannya. bahaya atau tidak bahaya dia tidak nampak.

Saya berdoa semoga keluarga ini diberkati rahmatnya dan dilimpahi rezeki hebat dan dikuatkan hati dan iman mereka membesarkan adik Fathi.

Saturday, October 6, 2012

pepatah yang tidak sesuai digunakan

Hairan dengan persekitaran sekarang ni. Terlalu nak menyesuaikan diri sangat seperti pepatah melayu" Masuk kandang Kambing, mengembek, Kandang harimau mengaum...".
tengok dr segi cara berpakai sudah. pegi Majlis Ilmu agama bukan main tdung dilabuhkan, pakai hand guard,stokin, baju longgar. Tapi bile ke tempat kerja/kuar berlibur seluar ketat, tudung singkat. What's for? Allah s.w.t tu Maha Melihat dan para Malaikat itu berada di mana-mana untuk mencatit segala ape yang kita buat.


Juga bukan bermaksud kalo rasa diri tu rock sgt sampai nak ke masjid pon pakai seluar ketat yg jenis legging/carrot cut tu.

Hentikan amalan berpakaian menutup aurat hanya di tempat2 tertentu. Kerana di dalam Islam itu sendiri hanya 1 garis panduan sahaja yg tertera . seperti mana kita melakukan ibadah solat sebegitulah sebetulnya cara berpakaian muslimah.
kalo dengan kata sebetulnya, kalo kita pakai baju tuk keluar rumah, dengan baju/pakaian itulah kite boleh terus menunaikan solat. tanpa perlu nak memakai telekung lagi.

wallahualam

Friday, October 5, 2012

kongsi resepi

KERABU APPLE HIJAU [ MAKLANG]

BHN
2 biji apple hijau
1/2 cawan kacang tanah digoreng tanpa minyak dan ditumbuk
1/4 cawan udang kering digoreng juga dan ditumbuk
5 biji cili api 1 kuntum bunga kantan (jika suka)
1 sudu kecil kerisik
garam & gula secukup rasa
5 biji imau kasturi

CARA
hiris apple nipis2 (jgn sagat) dan rendam dlm air garam utk mengelakkan dari menjadi lebam
hiris cili api dan bunga kantan
gaul semua bahan2 dan yg dihiris dan tabur udang kering dan kacang tanah. perah limau kasturi.
bubuh garam dan gula sebelum dihidang.

ACAR IKAN MASIN [hanieliza]

Bahan
300 g isi ikan masin [talang/kurau/merah]
100 g cili mesin
200 g gula
100 gm bawang merah ]
5 ulas bawang putih ] mesin halus
2 inci halia [mayang halus]
100 g kismis
100 g lobak asin
1 s/k jintan manis ]
1 s/k jintan putih ] mesin halus
1 s/k kunyit ]
10 biji bawang merah [biarkan sebiji-sebiji]
1 cawan cuka tiruan
1 cawn minyak untuk tumis
1 s/b bijan goreng untuk tabur
garam

Cara
1. Potong kecik ikan masin dan gorengkan.
2. Panaskan minyak dan tumislan bawang y2 dimesin sehingga wangi
3. Masukkan cili dan kacau rata. Biarkan sehingga naik minyak.
4. Masukkan jinta mesin dan kacau rata.
5. Bila naik minyak masukkan cuka, gula dan halia.
6. Bila dah mendideh masukkan lagi kismis, lobak asin dan biarkan mendideh lagi.
7. Masukkan bawang dan ikan masin yg digoreng tadi.
8. Bila dah naik minyak boleh tutup api.

Not so true but a litle bit true

Not in every single way la but the par set up by my late dad also take a role in it.