Saturday, November 26, 2022

Into the scene

PM10 dah diberikan warkah lantikan oleh DYMM YDPA Malaysia. 

Kita sekalian rakyat menjunjung titah.

Kalau pun tak bersetuju, bolehlah anda rajin-rajin kan diri belek pada Kad Pengenalan masing-masing. Ada tak tercetak kat situ tulis Warganegara?

Kalau ada, baguslah. Saya cadangkan anda semua yang mana tidak buta huruf, membaca Perlembagaan Persekutuan. (boleh buat carian di internet)

Keutamaan adalah untuk penjawat awam, sambil-sambil baca Perlembagaan Persekutuan boleh ulangkaji Pekeliling Perkhidmatan sekali. Sebab nampak tuan/puan ni terutamanya yang favor parti-parti tertentu sudah mula menubuhkan angkatan 'Cari Salah' dan paling memualkan bila menghasut di aplikasi WhatsApp perihal keselamatan negara dsb. 

Perkara paling mudah, Pemakaian Capal bersama Baju Melayu lengkap pada hari Jumaat oleh penjawat awam. Termaktub di dalam Pekeliling Perkhidmatan Bil 2 Tahun 1985. 

Perkara 2.1.6

Kasut kulit atau lain-lain kasut yang sejenis dengannya. Capal boleh dipakai dengan baju Melayu yang lengkap bersamping.

 

Jadinya kan Bang, jangan malukan penjawat awam tau. Sebab tu kalau tak pasti jangan kongsi. Kalau tak tahu diam. Kalau kau rajin nak belek PP semua tu tak jadi hal. Tapi sebab kau malas dan buat-buat pandai ni kadang dia makin menyerlahkan komposisi tak pandai kau tu ke khalayak ramai bang. Simpan sikit.

-Post ni sekadar menjentik hati dan mungkin membantu agar sel-sel otak kita berhubung dengan baik. 

-Cik Wata-

26.11.2022

Putrajaya

No comments:

Post a Comment

Not so true but a litle bit true

Not in every single way la but the par set up by my late dad also take a role in it.