Wednesday, July 21, 2021

Raya ke-2 Aidil adha 1442 H- Edisi Rindu Pasar Payang

 



Salam Aidil Adha ke-2.

Putrajaya dah mula kerja dah arini. Terengganu and few states je yang dapat Public Holiday 2 hari tuk raya haji ni. That's why la kami raya beriya (kalau balik kampung la..) Orang gila je tak balik kampung. Tapi untuk tahun ni orang gila je yang balik kampung. Pening tak?

Pagi-pagi tadi masa bangun jam 4.30 pagi sakit kepala semalam masih la bersarang kat kepala ni. sakit kepala sebelah atas belah kanan. Dalam samar-samar lampu porch kereta yang masuk menerangi bilik sis tu sempat la petik 2 biji panadol n seteguk air. Dah minum, cepat-cepat gi toilet sebab nak terkucil. Lepas tu apa lagi sambung krooh kroh la.

Bangkit lepas subuh tadi tengok mesej di Wassap berlambak-lambak. As usual malas nak baca. Sebab mostly pasal kes UEL, Caprice and latest pagi tadi pasal kenyataan Nadir. Just skip n give my few words.

Kalau ikutkan nak order je breakfast  sebab rasa nak makan bagel japaleno Coffee Beans sekali tengok bukak ari Khamis? duhh lama pulak ko bercuti ye. Terus bengang tak tentu pasal (Biasa lah pompuan). Kita wish panjang-panjang lepas tu orang reply dengan sticker pon boleh jadi naik angin hokkay😁😁

Jadiknya terus blurr tak datang lak idea nak masak apa. Teringin nak makan something berkuah yang boleh ilangkan angin-angin dalam badan ni. Tetiber je nampak megi asam laksa tu. So terus amik n gi prepare garlic, cilipadi, kiub ayam sket. daun ketumbar sket, bawang goreng sket. campak telur seketul. soo Siap la megi sup.

Sambil makan sambil murung lagi. Asik murung je la kau ni pompuan oii!
Mana taknya teringat kat menu-menu sarapan pagi kat pasar Payang lama. Ade nasi ayam, nasi air, sup perut, bihun sup. megi sup kuew teow sup. adoilaaaaaaaaaaaa

Oke Bye nak hapdet keje dengan pegawai sis lak..


XOXO


Tuesday, July 20, 2021

Raya Haji 1442 Hijriah


 Assalamualaikum.

ye Hari ni hari raya aidil adha. For all my life which is 40 years ni, this is my second year did not going back to my home town to celebrate this festival.

My first time was during my second or third year at IIUM. Masa tu IIUM umum cuti raya sehari je. Since raya kedua sis ada kelas and at that time rasa malas nak pegi Hentian Putra berebut beli tiket. Ye masa tu dalam tahun 2002 ke 2003 macam tu.

So sis tekadkan hati call mak bagitahu tak balik. Alih-alih IIUM umum cuti panjang lak. Dia tambah sehari lagi raya kedua. Cess. tiket pon dah abis and I did not have any intention cari mana-mana pakcik or sepupu sepapat nak tumpang balik that time. Jadiknya rasa boleh la kot raya sorang-sorang kat kolej. Sebenarnya tak sorang2 pon sebab foreigners so berlambak-lambak je kat Kolej tu.

Nak jadi cerita, my cousin pon bagitahu diorang tak balik gak sebab join event apa entah so pakak2 nak gi main bowling masa tu. Tapi takde lah sis join.

Pagi raya haji tu cool je masa mak call. Tetiba dengar tahmid dari Masjid keramat IIUM. fuhh start meleleh air mata tersedu sedan kat atas katil..
Tetiba my besties datang bawak juadah raya. nasi impit, kuah kacang, ketupat dan rendang. Siap pakej ajak ikut dia balik umah tok dia di Taman Melati. Tapi itulah dia kesian kat sis. Tapi sis takut banjir lak umah tok dia satgi. So terpaksa la ditolak. Disebabkan dia seorang besties yang sangat considerable, terus dia booked sis untuk gi tengok wayang keesokkanya tu. Gila lah raya haji kedua aku gi tengok wayang. (Lupa dah citer apa).

So nak dibandingkan dengan raya Haji tahun 2021 yang sis tak dapat tak dibenarkan dan dilarang balik kampung ni tak best langsung. Pagi-pagi bangun tido mandi-manda sunat aidiladha. Then masuk dapur masak nasi kuning dan buat acar timun. Gulai ayam kampung dah selamat masak malam tadi. 

Nak excited apa nya, baju raya pon tiada bha. pakai tshirt free Larian Kitar Semula SWCorp, seluar palazo jek. Budak-budak umah semua duk dalam bilik. Sorang tu dengar lah dia duk call famili. Yang lagi sorang senyap je, entahlah duk menangis ke masih berdengkur ke.

Siap masak dan hidang menu kat atas tu sis post dalam group wassap umah ajak diorang ni makan. Sis dah mula jiwa kacau tengok famili dan kawan-kawan pos gambar menu sedak-sedap. Terus jadi murung. Tak lalu nak berjaga dan datang sakit kepala berdenyut-denyut. Sis segera melangkah ke katil dan tidur. hahaha. panas wei teruk nau cuaca nya. pukul 11 pon perit dah rasa kepanasan. Dengan kucing jiran datang mengiau makin berdenyut kepala den.

Sempatlah wish seketul dua kepada kawan-kawan dan yang tersayang. Tapi dari petang (bangkit pukul 3 petang) sampai membawa ke malam sakit kepala aku tu.
 
Tak sempat sampai malam, berdesup desap wassap notification naik.. Sis bitau officer, bagi lah orang bujang yang raya tanpa famili di perantauan ni ubati perasaan dan hati walang dulu arini. Nak jadual kerja ka apa ka esok punya cerita lah

Tuesday, July 6, 2021

Acar Ikan Tongkol aka Acor Ikang Aye

 

Assalamualaikum.

Rajin pulak kan duk update blog. Selepas minum Bullet Proof Coffee buat pertama kali pagi tadi rasa semangat lain maciam.

Oke ni menu malas sebab dia sangat senang 1 lauk saje setel semua. Ade protein ade sayur2 n herba. 

Resepi:
Ikan Tongkol Masak Acar

Bahan-bahan:

Ikan tongkol (kerat kecik2)
garam
kunyit
gula
bawang putih (belah 2)
Bawang besar (potong baji 4)
Halia (potong mancis)
Sedikit Biji Sawi
Sedikit Halba
Bawang kecik kisar
Cili kering kisar
Minyak masak
Cuka makan
Carrot (potong baji)
Timun (potong baji tapi buang biji)
Cilipadi potong 2
Tomato potong baji

Cara-cara:
  1. Lumur ikan tongkol dengan garam dan kunyit
  2. Panaskan minyak, goreng ikan dulu
  3. Dah siap goreng ikan, toskan .(hati2 tu kang kene ngak ngan budak Oyen susah)
  4. Guna minyak goreng ikan dalam 2-3 sudu, panaskan.
  5. Tumis bawang putih, bawang merah kisar, halba dan biji sawi. dah naik bau, then masukkan halia.
  6. Masukkan cili kering kisar dan tumis sehingga pecah minyak.(bagi bersin2 sket housemate ko yang tengah duk membuta lagi tu)
  7. Masukkan gula (jangan banyak sangat nanti kerat kaki susah)
  8. Letakkan cuka makan 3-4 sudu
  9. Masukkan air dalam secawan dua.
  10. Masukkan jenama sayuran (kecuali tomato) dan bawang tu
  11. dah gelegak kuah masukkan tomato n campak ikan tongkol yg dah goreng tu.
  12. Rasa lah kalo x cukup rasa tambah la paper. sis x buh garam sbb ikan dh masin kan. Tutup api dapur.

Monday, July 5, 2021

Watachiwa Food Channel

 


Sarapan pagi ini uols. hari ke-3 Selangor di beberapa mukim dikenakan arahan PKPD. Mee Goreng kicap terhasil selepas sis tengok ade satu akaun IG ni sorang mamat ni goreng mee kicap resepi mak dia.

Tapi sis tak ikut resepi dia pon. Sis belasah saje asalkan berkicap hitam mee tu sudah. Kire tercapai teringin tu. Setel. Alhamdulillah.

Keropok keping goreng is a must stock untuk manusia kelahiran dan dibesarkan di Terengganu almost 15 tahun ni. 

Perihal mee goreng, sis memang sedari kecik lagi peberet mee goreng lagi banyak dari mihun/laksa dan sebagainya. Cuma bila dah makin dewasa dan menua ni kita pon dah boleh paham apa yang sesuai dengan perut/badan kita bukan semata-mata sesuai dengan anak tekak dan rasa teringin kita tu. 

Alkisahnya mee kuning ni sangatlah kuat bergaduh dengan sis sebab selalunya sis end up gastrik teruk/berangin satu badan lepas makan mee kuning. So, nowadays sis memang dah swap mee kuning ni dengan mee lidi(org Trg biasa guna untuk buat mee rebus), or sphagheti or angel hair. 

Uols breakfast apa pagi ni?

p/s: sis rindu Mee Talam pasar malam Kuala Berang. almost 11 months ye sis xjejak kaki kat umah di Terengganu nak tengok face to face mak sis n adik beradik semua. setakat video call jek.

Not so true but a litle bit true

Not in every single way la but the par set up by my late dad also take a role in it.