Tuesday, February 10, 2015

Alhamdulillah

Doakan agar hidup saya sentiasa sihat dan gembira.
Saya penat nak jaga hati semua orang.

Saya nak fokus aim masa pendek saya.
soal yang bergantung pada orang memang saya elakkan.

Sebab ada seorang kawan saya pernah berpesan
"
Persandaran Makhluk Hanya Pada Tuhannya
Tempat Ia Pasrahkan Segalanya
Bukan Selain Daripada Pencipta
Pasti Kekecewaan Yang Akan Dirasa

Bila Bersandar Pada Makhluknya
Jika Terpisah Rasa Kehilangan
Jika Terasing Rasa Ditinggalkan
Jiwa Menderita Gelisah Sentiasa

Biar Bersandaran Hanya Pada Tuhan
Merasai Cukup Hanya DenganNya
Bersama Terasing Rasanya Sama
Allah Sentiasa Di Dalam Jiwa

Biar Terlihat Tidak Punya Apa
Tetapi Hati Kaya Dengan Rasa
Rasa Kasih Dan Cinta Illahi
Menjadi Cahaya Penghidup Jiwa"

ye lagu nasyid Now See Heart..

Tapi lirik inilah saya pegang semenjak saya di Pusat Matrikulasi UIA, PJ.

Terima kasih sahabat

1 comment:

  1. takpd, asalkan niat kau baik, usaha nak jaga hati org tu tetap ada erti besar.

    ReplyDelete