Sarapan pagi ini uols. hari ke-3 Selangor di beberapa mukim dikenakan arahan PKPD. Mee Goreng kicap terhasil selepas sis tengok ade satu akaun IG ni sorang mamat ni goreng mee kicap resepi mak dia.
Tapi sis tak ikut resepi dia pon. Sis belasah saje asalkan berkicap hitam mee tu sudah. Kire tercapai teringin tu. Setel. Alhamdulillah.
Keropok keping goreng is a must stock untuk manusia kelahiran dan dibesarkan di Terengganu almost 15 tahun ni.
Perihal mee goreng, sis memang sedari kecik lagi peberet mee goreng lagi banyak dari mihun/laksa dan sebagainya. Cuma bila dah makin dewasa dan menua ni kita pon dah boleh paham apa yang sesuai dengan perut/badan kita bukan semata-mata sesuai dengan anak tekak dan rasa teringin kita tu.
Alkisahnya mee kuning ni sangatlah kuat bergaduh dengan sis sebab selalunya sis end up gastrik teruk/berangin satu badan lepas makan mee kuning. So, nowadays sis memang dah swap mee kuning ni dengan mee lidi(org Trg biasa guna untuk buat mee rebus), or sphagheti or angel hair.
Uols breakfast apa pagi ni?
p/s: sis rindu Mee Talam pasar malam Kuala Berang. almost 11 months ye sis xjejak kaki kat umah di Terengganu nak tengok face to face mak sis n adik beradik semua. setakat video call jek.
No comments:
Post a Comment