Lama sungguh tak bersiaran di arena blogging ni. Bukan apa, tak sempat nak berfikir dah pasal diri sendiri, apatah lagi nak berangan nak imaginasi nak tulis apa di blog.
Gayanya macam sibuk sangat je. Banyak jugak hal-hal lain yang terbengkalai. Yelah nak memblog waktu pejabat kan HARAM gituh. Jadi kene cari masa yang terluang itulah (walopun kat pejabat tu masa sungguh masa terluang).
Akhir-akhir ini saya sering diganggu oleh orang yang saya tak berapa nak kenal dan tak ingin nak kenal. Baik di media sosial dan jugak di arena Aplikasi telefon pintar (nanges tak tengok Mak Ngah translate uols)
Oleh itu, saya telah menghalang insan tersebut dari mengacau kehidupan saya.
Ya terima kasih lah buat sahabat-sahabat dan saudara mara ipar duai yang berusaha nak mencarikan jodoh untuk saya, tapi janganlah mengganggu gugat ketenangan hidup saya. Perlu diingat kehidupan setiap manusia itu berlainan dan seperti yang manusia di sekeliling saya sedia maklum, saya memang dalam golongan pelik dan mungkin jelik bagi anda. Jadi hormatilah hidup saya.
Tidak seperti manusia lain secara khususnya perempuan/gadis lain, saya bukanlah manusia yang suka kehidupan saya diteropong dan diambil tahu oleh orang lain setiap masa terutamanya oleh manusia yang tiada hubung kait ataupun tiada pertalian darah daging dengan saya. Waima dengan keluarga sendiri pun saya pasti mereka juga tahu saya memang jenis yang dilahirkan pelik.
Saya percaya kita tidak boleh menentukan perbuatan atau perlakuan manusia lain untuk berbuat sesuatu cuma cukuplah saya ulangi sekali lagi, berhenti mengganggu. Biarlah saya menikmati ketenangan hidup saya dengan dunia bujang saya (saya tidak malu sedikit pon dengan status saya masih bujang di usia 35 tahun ini dan saya pun tidaklah tergesa-gesa nak menangkap mana-mana lelaki untuk dijadikan mangsa sebagai suami)
Hormatilah privasi orang. terima kasih
Hormatilah privasi orang. terima kasih
p/s: Bukanlah entry kali ini untuk bermegah kerana saya sedar saya bukanlah orang yang lawa dan cantik untuk perasan hot n spicy. cukuplah saya dah meninggalkan tanda dengan block certain people di media sosial dan jangan cuba-cuba nak sms pulok. U are so annoying oke!!
No comments:
Post a Comment