Friday, December 6, 2013

musim banjir

Ramai yang masih dalam keadaan terkejut dengan musibah yang melanda negeri Pahang dan Terengganu.

terkejut bukan sebab tak pernah dilanda banjir tapi terkejut dengan banjir kali ini yang setakat ini paling teruk sejak 30 tahun yang lalu.

macam2 spekulasi yang diberikan. antaranya
-empangan di Pahang terpaksa lepaskan air bagi elakkan kejadian di Cameron Highland berulang. jadiknya Kemaman daerah terdekat terkene tempiasnya. Betol atau tidak kami tak pasti. tu semua cakap2 org di muka buku.

- Empangan Kenyir turut melepaskan air. tapi nafikan pulak. sebab tu arus sungai kebanyak menjadi deras dan banyak merosakkan jambatan2. macam2 lagi cerita2 yg dikongsi oleh bukan jabatan Saliran. semua nak tunjuk pandai dan tahu serba serbi.

tu dia jambatan yang selalu aku lalui. boleh katakan setiap hari lah untuk ke tempat keje. ni fakta bukan auta yer.

petang Rabu masa aku balik keje around 6 lebih sampai kat situ dia mcm dah pecah2 sket sebelah dlm 2 kaki. so diorg tgh repair lah. aku sampai umah adik aku lak kelam kelibut nak g amik suaminya yg dr kemaman. adik ipar aku tu mmg dah seminggu x blk umah mak dia sbb risau tersekat x leh g keje. incase banjir. skali Kemaman especially Chukai depa dah cut off letricity n air. so adik ipar aku tu x leh nak blk umah mak dia sbb banjir teruk. famili dia dah pindah g umah sedara yg len. so dia nyer option blk umah kitorg lah.

masa kitorg otw blk umah JPS tgh duk baiki lagi jambatan tu. tutup selorong.. oke fine. aku dah x leh nak tido takut x leh gi opis esoknya tu. sbb main road mmg x leh lalu air naik paras betis.

dijadikan cerita pagi khamis aku kuar kul 7. cuaca pon elok x ujan pon malam rabu tu. jambatan tu elok cume ade rekah sket kat belah kiri. aku terdetik dlm hati. 'jgn retak semua sudah'.

elok duk opis aku duk call cawangan tanya sape yg x leh dtg opis nak tau keadaan semua. ade staff dr cawangan Ajil ni call dia x g keje sebab jambatan gmbr kat atas tu terbelah. aku ingat dia main2. skali member aku tag kat FB.

menggelupur oke. sbb tu jalan alternatif nak elak traffic lite yg dkt 30 bijik tuk aku sampai opis n jalan yg x pernah naik air time banjir.skali rupe itu plak. itulah depa pi besarkan sungai aritu korek2 bg lebar la konon. skali arus jadi makin besar dengan hujan yg lebat mmg langgar ler jambatan tu.

td tgk berita penduduk situ ckp jambatan tu dibina pada 1969. dan ahli parlimen hulu trg mohon disegerakan buat jambatan sementara bg bolehkan anak2 kg tu g sekolah n mohon jambatan yg baru nanti lebih kukuh strukturnya.

tengok pada musibah banjir dan tanah runtuh kalini yg melanda trg dan phg mmg sangat dasyat dan seolah bukan di Malaysia.

Kekuasaan Allah. Dia nak uji kita sekejap je. bayangkan kalo kiamat camne? dah ready nak mati? Astaghfirullahalazim..
semoga ujian ini jadi peringatan tuk kita semua.

No comments:

Post a Comment

Not so true but a litle bit true

Not in every single way la but the par set up by my late dad also take a role in it.